Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azman Abdullah yang mengendalikan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais hari ini meninjau sebuah paya, tempat tong dram berisi mayat Kevin Morais dibuang, di Subang Jaya, Selangor.
Paya itu terletak bersebelahan Kompleks Sekolah Tan Sri Jeffrey Cheah di USJ1 Persiaran Subang Mewah iaitu tempat mayat Kevin Morais yang disumbat ke dalam guni dan disimen di dalam tong dram ditemukan.
Hakim Azman bersama pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin, pihak pembelaan dan tujuh tertuduh dalam kes pembunuhan itu -- Kol Dr R. Kunaseegaran, G. Gunasekaran, R. Dinishwaran, A.K. Thinesh Kumar, M. Vishwanath, S. Nimalan, dan S. Ravi Chandaran bergerak ke paya itu kira-kira 10 pagi, diiringi anggota polis.
Pasukan itu berkumpul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya sebelum bergerak ke paya yang terletak kira-kira 10 kilometer dari IPD itu.
Mereka meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau paya tersebut yang berbau busuk, berbuih dan berwarna hitam.
Pasukan itu kemudian bergerak ke dua lagi lokasi iaitu sebuah tapak kedai makan di Jalan USJ 1/6C, tidak jauh dari paya berkenaan dan sebuah bengkel di Desa Mentari, Petaling Jaya.
Tapak kedai makan itu dipercayai merupakan tapak kedai seorang daripada tertuduh manakala bengkel itu merupakan bengkel yang digunakan untuk menyimpan mayat dan kereta Kevin Morais.
Selepas tinjauan berakhir di bengkel, Saiful Edris memberitahu pemberita lawatan itu merupakan lawatan lokasi untuk memberi lebih pemahaman berkenaan kes itu kepada pihak pendakwaan dan pembelaan.
Enam lelaki - Gunasekaran, 48; Dinishwaran, 24; Thinesh Kumar, 23; Vishwanath, 26; Nimalan, 23; dan Ravi Chandaran, 45; - mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015, antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.
Dr Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama. -- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2016

Kawasan paya yang dipenuhi sampah sarap, airnya yang pekat, berbau dan berwarna kuning kehitaman di USJ 1, Subang Jaya. -Foto Astro AWANI / Nabal Shah

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kes kematian Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah
Enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian kepada Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain tanpa niat membunuh.

Nasib remaja didakwa bunuh 23 pelajar tahfiz diketahui hari ini
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah dijadualkan membuat keputusan itu pada 2.30 petang.

Kes bunuh Zulfarhan: 'Saya bersyukur bebas, nak sambung pengajian tertangguh'
Satu-satunya penuntut UPNM yang dibebaskan daripada pertuduhan terlibat kes kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain berhasrat untuk menyambung pengajian.

Hakim tinjau paya lokasi tong dram berisi mayat Kevin Morais dibuang
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azman Abdullah yang mengendalikan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais hari ini meninjau sebuah paya, tempat tong dram berisi mayat Kevi

Perbicaraan kes bunuh Kevin Morais bermula hari ini, pendakwa raya panggil 60 saksi
Mahkamah Tinggi menetapkan 16 hari untuk perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.