PEKAN: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Abd Halim Aman mendahului senarai 162 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang, sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, berkenan menyempurnakan istiadat pengurniaan itu yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan mencemar duli berangkat ke majlis santapan yang berlangsung selepas istiadat pengurniaan.
Turut berangkat ialah anakanda Seri Paduka iaitu Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.
Hadir sama ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan pentadbiran negeri.
Abd Halim antara 12 penerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, bersama-sama Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Suriani Ahmad, KSU Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Ramlan Harun serta Ketua Pengarah (KP) Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Azhar Abdul Manaf.
Turut menerima SSAP ialah Pegarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zainai Jass, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim dan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.
Penerima SSAP lain ialah Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia Lt Jen Datuk Mohd Zakaria Yadi, Pengarah Urusan Lynas Malaysia Datuk Mash Ahmad, Pengerusi Eksekutif Target Resources Sdn Bhd Datuk Mohamed Sofiadin Jaafar dan Presiden dan Pengarah Eksekutif Genting Berhad Tan Kong Han.
Pada istiadat itu, empat individu menerima darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk iaitu Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Pahang Datuk Mahmud Mohd Nawawi, Timbalan Ketua Eksekutif Genting Berhad Malaysia Lim Keong Hui dan Pengarah Eksekutif Nirvana Asia Group Kong Yew Lian.
Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk kepada 11 penerima, antaranya Timbalan KSU Kementerian Perdagangan dan Komoditi Mad Zaidi Mohd Karli@Sukari, KP Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Mejar Jen Mohd Rashidi Bujai dan Setiausaha Polis Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.
Penerima lain ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Dr Mohd Zakaria Ibrahim, Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin, CEO Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Datuk Baderul Sham Saad, bekas KP KAGAT Mejar Jen Muhamad Azmi Wahab, bekas Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman DCP (B) Azmi Adam, Peguambela dan Peguamcara Rizal Chek Hashim dan Pengarah Urusan Syarikat AR Eastern Sdn Bhd Mejar (B) Ir Mathialagan Chellappan.
Seramai 45 individu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk antaranya Timbalan KP Kastam (Perkastaman dan Cukai dalam Negeri) Datuk Abdul Halim Ramli, Duta Besar Malaysia Ke Jepun Shahril Effendi Abd Ghany, Duta Besar Malaysia Ke Republik Senegal Zainal Izran Zahari, Pegawai Daerah Jerantut Khairun Nissa Aris serta Pengarah Mineral dan Geosains Pahang Nurul Huda Romli.
Turut menerima DIMP ialah Pengarah Perkhidmatan Kornea, Penyakit Luaran dan Pembedahan Refraktif Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Madya Dr Khairidzan Mohd Kamal, bekas Pengarah Alam Sekitar Pahang Mohd Sani Mat Daud, Pengarah Bahagian Pencegahan Pegubahan Wan Haram Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Timbalan Pesuruhjaya Mohamad Zamri Zainul Abidin dan Timbalan KP Kastam Sazali Mohamad.
Penerima lain ialah Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) Bukit Aman SAC Kamaruzaman Abdullah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang SAC Mohd Yusri Othman, CEO Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) George Thomas, CEO Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Saiful Zaini Mohd Bokhari, Pengurus Besar YP Plantation Holdings Sdn Bhd Muhamad Fairuz Kamal Mat Noh, CEO Kumpulan Selgate Corporation Sdn Bhd Noor Hisham Mohd Ghouth dan Editor Pengurusan Revon Media Sdn Bhd Johnson Fernandez.
Pada istiadat itu, Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada lapan penerima, darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada 13 penerima, darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada sembilan penerima, darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 15 penerima, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) kepada 17 penerima, serta masing-masing 14 penerima untuk Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Abd Halim Aman mendahului senarai 162 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang - Gambar/ Sinar Harian
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Agong zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-57 SPRM
Ucapan tersebut disampaikan oleh Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Kelantan
Kelantan meraikan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan pada setiap 29 September sebagai cuti umum.
Musa Hitam dilantik Menteri Darjah (Chancellor) baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.
Lawatan Negara ke China satu kejayaan - Agong
Sultan Ibrahim bertitah banyak perkara telah dibincang bersama Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang serta diterima baik oleh kedua-dua pemimpin.
Agong selamat tiba di tanah air daripada Lawatan Negara ke China
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba ke tanah air selepas mengadakan Lawatan Negara ke China selama empat hari.
Agong berangkat pulang ke tanah air, akhiri Lawatan Negara empat hari ke China
Sultan Ibrahim berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas mengakhiri Lawatan Negara pertama ke China selama empat hari bermula 19 Sept.
Agong lawat pusat penyelidikan pesawat COMAC di Beijing
Sultan Ibrahim meluangkan masa lebih sejam di pusat berkenaan dan turut berkesempatan mencuba simulator penerbangan yang disediakan.
Agong berkenan luang masa bertemu diaspora Malaysia di China
Lebih 300 diaspora Malaysia yang hadir antaranya ahli perniagaan, penuntut universiti dan warga kedutaan Malaysia ke China.
Sultan Ibrahim berkenan namakan Kursi Pengajian Melayu di BFSU atas nama baginda
Yang di-Pertuan Agong berkenan menamakan Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University dengan nama Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim.
Yang di-Pertuan Agong diberi sambutan negara di Beijing
Yang di-Pertuan Agong diberi sambutan negara di Great Hall of the People bersempena dengan Lawatan Negara Seri Paduka Baginda ke China.