SANDAKAN: Isu tular berhubung pertukaran penggunaan istilah wilayah ke atas Sabah dan Sarawak belum dapat dipastikan kesahihannya.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika diminta mengulas isu berkenaan berkata, pihaknya mengalu-alukan perkara terbabit.
Jelasnya, jika diimbas kembali sejarah penubuhan Malaysia, Sabah dan Sarawak sememangnya sebuah wilayah.
“Sebenarnya, itulah apabila kita bersetuju menubuhkan negara Malaysia, Sabah adalah satu wilayah, Sarawak satu wilayah dan bergabung dengan Tanah Melayu untuk menubuhkan negara Malaysia.
“Jadi mungkin itulah antara yang diperlukan oleh penduduk-penduduk di Negeri Sabah dan juga di Sarawak supaya balik ke asal nama di mana Sabah dianggap satu wilayah dan juga Sarawak dianggap satu wilayah, dan ini amat kita alu-alukan.
“Bagi saya ini adalah satu usaha untuk menguatkan lagi kesatuan negara kita Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pertemuan Bersama Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Zon Lima Sabah, di Sandakan, pada Khamis malam.
Terdahulu, pada Khamis sebuah portal berita melaporkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang melaksanakan pertukaran nama cawangan bagi semua agensi di bawahnya di Sabah dan Sarawak.
Lapor portal itu, sumber KKMM berkata pelaksanaan itu dilakukan susulan keputusan dan arahan diperoleh pada Mesyuarat Kabinet sebelum itu.
Ia selepas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin awal bulan ini, mengumumkan panggilan untuk Sabah dan Sarawak yang sebelumnya disebut sebagai ‘negeri’ ditukar kepada ‘wilayah’ serta-merta.
Perkara itu kemudiannya tular di media sosial.
Radhi Muslim
Thu Apr 08 2021
![Hajiji Noor alu-alukan penggunaan istilah 'wilayah' untuk Sabah Hajiji Noor alu-alukan penggunaan istilah 'wilayah' untuk Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81601438299_HajijiNoor.jpg)
HAJIJI: Sebenarnya, itulah apabila kita bersetuju menubuhkan negara Malaysia, Sabah adalah satu wilayah, Sarawak satu wilayah dan bergabung dengan Tanah Melayu untuk menubuhkan negara Malaysia. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Cabang eksekutif harus putuskan untuk keluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak - Speaker Cabang eksekutif harus putuskan untuk keluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak - Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700312272_MohamadAsfiaAwang.jpg)
Cabang eksekutif harus putuskan untuk keluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak - Speaker
Cabang eksekutif Sarawak harus memutuskan sama ada mengeluarkan perkataan 'negeri' daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak, kata Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.
![Belum ada permohonan rasmi Sabah, Sarawak guna 'wilayah' - Armizan Belum ada permohonan rasmi Sabah, Sarawak guna 'wilayah' - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696243978_TBArmizanKPDNpem.jpg)
Belum ada permohonan rasmi Sabah, Sarawak guna 'wilayah' - Armizan
Belum ada permohonan rasmi daripada kerajaan Sabah dan Sarawak mengenai rundingan penggunaan istilah 'wilayah' dan 'negeri' bagi kedua-dua negeri tersebut.
![Pewartaan 'wilayah' Sarawak dibincang Khamis depan - Abang Jo Pewartaan 'wilayah' Sarawak dibincang Khamis depan - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673748468_AbangJo.jpg)
Pewartaan 'wilayah' Sarawak dibincang Khamis depan - Abang Jo
Status Sarawak sebagai wilayah masih belum berkuat kuasa sekali gus menjadikan ia antara hak yang terhakis.
![Masukkan status wilayah untuk Sabah, Sarawak dalam Perlembagaan Masukkan status wilayah untuk Sabah, Sarawak dalam Perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673708200_SabahSarawak.jpg)
Masukkan status wilayah untuk Sabah, Sarawak dalam Perlembagaan
Pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan bagi mengiktiraf atau memberi status wilayah kepada Sabah dan Sarawak.
![Sabah, Sarawak kini berstatus wilayah, bukan lagi negeri - Ahmad Zahid Sabah, Sarawak kini berstatus wilayah, bukan lagi negeri - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673585285_AhmadZahid.jpg)
Sabah, Sarawak kini berstatus wilayah, bukan lagi negeri - Ahmad Zahid
Pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur menjadikan Sabah dan Sarawak lebih strategik sebagai kawasan pertumbuhan baharu.
![COVID-19: 12,528 kes baharu, jumlah kematian harian tertinggi dicatatkan COVID-19: 12,528 kes baharu, jumlah kematian harian tertinggi dicatatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621553899_DrNoorHisham.jpg)
COVID-19: 12,528 kes baharu, jumlah kematian harian tertinggi dicatatkan
Menerusi ciapan di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes kumulatif Malaysia kini ialah 905,851 kes.
![Wilayah Sabah, Sarawak cuma syok sendiri tanpa pindaan Perlembagaan - Naib Presiden Warisan Wilayah Sabah, Sarawak cuma syok sendiri tanpa pindaan Perlembagaan - Naib Presiden Warisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71617954363_DatukJunzWong.jpg)
Wilayah Sabah, Sarawak cuma syok sendiri tanpa pindaan Perlembagaan - Naib Presiden Warisan
Pengumuman Sabah dan Sarawak sebagai wilayah dilihat sebagai 'syok sendiri' melainkan pindaan dibuat kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.
![Hajiji Noor alu-alukan penggunaan istilah 'wilayah' untuk Sabah Hajiji Noor alu-alukan penggunaan istilah 'wilayah' untuk Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81601438299_HajijiNoor.jpg)
Hajiji Noor alu-alukan penggunaan istilah 'wilayah' untuk Sabah
Isu tular berhubung pertukaran pengunaan istilah wilayah ke atas Sabah dan Sarawak belum dapat disahkan lagi kesahihannya.
![Gempa bumi 5.8 magnitud landa wilayah Maluku Gempa bumi 5.8 magnitud landa wilayah Maluku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615093775_TBGEMPAINDONESIA.jpg)
Gempa bumi 5.8 magnitud landa wilayah Maluku
Gempa bumi dengan kekuatan 5.8 skala Richter melanda wilayah Maluku di timur Indonesia pada Ahad, menurut laporan agensi meteorologi dan geofizik.
![MRM lancar NadiWilayah, sasar lahirkan 100 usahawan dalam enam bulan MRM lancar NadiWilayah, sasar lahirkan 100 usahawan dalam enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61606818592_pasarmalam.jpg)
MRM lancar NadiWilayah, sasar lahirkan 100 usahawan dalam enam bulan
Presidennya, Firdaus Wong berkata, MRM memperuntukkan dana berjumlah RM500,000 dan menyasarkan untuk mewujudkan 100 usahawan dalam masa enam bulan melalui inisiatif tersebut.