KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu positif COVID-19 di Malaysia masih lagi merekodkan angka melebihi 10,000 kes dengan 12,528 kes dilaporkan sepanjang 24 jam lalu.
Menerusi ciapan di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes kumulatif Malaysia kini ialah 905,851 kes.
Menurutnya, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi harian namun kali ini kurang daripada 5,000 kes dengan merekodkan 4,985 kes.
Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1,740 kes, Negeri Sembilan pula merekodkan 1,280 diikuti Kedah (701 kes), Sabah (647 kes) dan Johor (625 kes).
Perlis terus menjadi negeri yang merekodkan jumlah kes terendah dengan hanya satu kes direkodkan pada Sabtu.
Berikut adalah kes baharu yang direkodkan di negeri lain:
Melaka - 569 kes
Perak - 428 kes
Pulau Pinang - 396 kes
Pahang - 317 kes
Kelantan - 211 kes
Terengganu - 177 kes
WP Putrajaya -41 kes
WP Labuan - 22 kes
Di sebalik jumlah kes sedikit menurun berbanding semalam dan kadar vaksinasi melebihi 400,000 dos sehari, angka kematian akibat COVID-19 negara kembali merekod angka membimbangkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman Twitter mereka pada Sabtu memaklumkan sebanyak 138 kematian dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu.
Jumlah itu sekali gus menjadikan ia sebagai jumlah kematian tertinggi pernah direkodkan negara, mengatasi 135 kematian pada 8 Julai lepas.
Pertambahan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Malaysia akibat COVID-19 kini adalah 6,866 kes.
Sementara itu, kes sembuh pada Sabtu pula adalah 6,629 kes menjadikan jumlah kes yang sembuh sepenuhnya ialah 779,171 kes.
Kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula masih mencatat angka membimbangkan dengan 908 kes masih dirawat dan 425 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu Dr Noor Hisham memaklumkan daripada 12,528 kes baharu direkodkan pada Sabtu, hanya 64 kes atau 0.5 peratus berada dalam kategori lima (kritikal dan perlukan ventilator).
Majoriti kes berada pada Kategori 1 (tiada gejala) dan Kategori 2 (gejala ringan) dengan 6,840 kes (54.6 peratus) pada Kategori 1 manakala 5,468 kes (43.6 peratus) pada Kategori 2.
Ridauddin Daud
Sat Jul 17 2021
![COVID-19: 12,528 kes baharu, jumlah kematian harian tertinggi dicatatkan COVID-19: 12,528 kes baharu, jumlah kematian harian tertinggi dicatatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621553899_DrNoorHisham.jpg)
Jumlah kes baharu positif COVID-19 di Malaysia masih lagi merekodkan angka melebihi 10,000 kes dengan 12,528 kes dikesan pada Sabtu. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Polis kesan tujuh kes guna dron edar dadah masuk penjara Polis kesan tujuh kes guna dron edar dadah masuk penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721449239_rampasdadah.jpg)
Polis kesan tujuh kes guna dron edar dadah masuk penjara
Penggunaan dron untuk tujuan mengedar dadah di dalam penjara dikesan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Varian COVID-19 JN.1 kini menular di AS Varian COVID-19 JN.1 kini menular di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670400435_Covid.jpg)
Varian COVID-19 JN.1 kini menular di AS
Varian baharu COVID-19 JN.1 kini merebak dengan pantas di AS sekali gus menjadi penyumbang kepada kes baharu di negara terbabit.
![Vietnam rekod 13 kes cacar monyet Vietnam rekod 13 kes cacar monyet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696937142_Monkeypox.jpg)
Vietnam rekod 13 kes cacar monyet
Bandar Ho Chi Minh di selatan Vietnam melaporkan empat lagi kes cacar monyet, menjadikan jumlah jangkitan di bandar itu kepada 13 setakat Isnin, lapor media tempatan.
![COVID-19: 223 kes baharu, tiada kematian dicatat COVID-19: 223 kes baharu, tiada kematian dicatat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670400435_Covid.jpg)
COVID-19: 223 kes baharu, tiada kematian dicatat
9,380 kes aktif dilaporkan pada Sabtu dan daripada jumlah itu, 9,077 kes atau 96.8 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
![COVID-19: 251 kes baharu, tiada kematian dicatat COVID-19: 251 kes baharu, tiada kematian dicatat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672620584_Covid.jpg)
COVID-19: 251 kes baharu, tiada kematian dicatat
9,350 aktif dilaporkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 9,012 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
![COVID-19: 279 kes baharu, tiada kematian dicatat COVID-19: 279 kes baharu, tiada kematian dicatat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673338054_TBSAMPELCOVID.jpg)
COVID-19: 279 kes baharu, tiada kematian dicatat
Sejumlah 9,296 kes aktif dilaporkan pada Khamis dan daripada jumlah itu, 8,964 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
![COVID-19: 235 kes baharu, satu kematian dicatat COVID-19: 235 kes baharu, satu kematian dicatat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670400435_Covid.jpg)
COVID-19: 235 kes baharu, satu kematian dicatat
Sejumlah 9,253 kes aktif dilaporkan pada Rabu dan daripada jumlah itu, 8,916 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
![COVID-19: 170 kes baharu, tiada kematian dicatat COVID-19: 170 kes baharu, tiada kematian dicatat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673338054_TBSAMPELCOVID.jpg)
COVID-19: 170 kes baharu, tiada kematian dicatat
Kes aktif adalah sebanyak 9,239 kes di mana 8,934 kes atau 96.7 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
![COVID-19: 244 kes baharu, lima kematian dicatat COVID-19: 244 kes baharu, lima kematian dicatat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668139873_Covid.jpg)
COVID-19: 244 kes baharu, lima kematian dicatat
Kes aktif yang dilaporkan pada Khamis meningkat sedikit kepada 9,256 dengan 8,896 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
![COVID-19: 217 kes baharu, dua kematian dicatat COVID-19: 217 kes baharu, dua kematian dicatat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672620584_Covid.jpg)
COVID-19: 217 kes baharu, dua kematian dicatat
Sejumlah 9,230 kes aktif dicatat pada Rabu dengan 8,882 kes atau 96.2 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.