KUCHING: Pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan bagi mengiktiraf atau memberi status wilayah kepada Sabah dan Sarawak, kata Pensyarah Sains Politik Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Datuk Jayum Jawan.
Beliau berkata ini kerana pengumuman mengenai pertukaran status dari negeri ke wilayah tanpa sokongan perundangan kukuh tidak membawa makna signifikan.
"Apa atau bagaimana Sabah dan Sarawak akan dipanggil, Perlembagaan Persekutuan (buat masa ini) masih melihat, meletakkan dan melayan dua 'wilayah' itu sebagai dua dari 13 buah negeri dalam Persekutuan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang berkata kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bukan lagi berstatus negeri sebaliknya wilayah.
Dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2022, Ahmad Zahid berkata pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur menjadikan kedudukan wilayah Sabah dan Sarawak menjadi lebih strategik untuk dibangunkan sebagai kawasan pertumbuhan baharu.
Mengulas lanjut, Jayum berkata semua hak dan keistimewaan bagi Sabah dan Sarawak juga sudah sedia ada dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta terdapat juga yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya setakat ini apa yang diberikan Kerajaan Persekutuan buat Sabah dan Sarawak bukan sesuatu baharu tetapi hanya melaksanakan apa yang sudah ada di dalam MA63 serta Perlembagaan.
"Semua sudah digariskan termasuk kuasa Imigresen. Sebab itu, Sarawak boleh menafikan sesiapa untuk masuk ke kawasannya jika mendapati mereka mengancam keselamatan dan keharmonian.
Menurut saya, apa yang perlu dilakukan kini ialah agar kuasa itu diperhalusi untuk menyesuaikannya dengan peredaran masa kerana sasaran dulu (1960-an) sudah berubah," katanya.
Selain itu, katanya pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak juga sudah jelas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pada 4 Jan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin sekarang perlu mempunyai tekad untuk mempertahankan semangat Malaysia dalam MA63 selain menghormati perjanjian itu yang merupakan keputusan serta cerminan kebijaksanaan kepimpinan terdahulu.
Anwar turut mengumumkan jumlah peruntukan bagi geran khas kepada Sabah dan Sarawak mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan harus dikaji setiap lima tahun agar jumlahnya lebih munasabah selain bersetuju supaya pelaksanaan mana-mana projek dengan kos di bawah RM50 juta di kedua-dua negeri diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan perlu mematuhi peraturan kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
Pengumuman mengenai pertukaran status dari negeri ke wilayah tanpa sokongan perundangan kukuh tidak membawa makna signifikan. - Gambar fail
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Polis rampas ganja dan syabu bernilai RM6.4 juta, tahan tiga lelaki
Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran ganja dan syabu di Lembah Klang serta Sabah berikutan penahanan tiga lelaki membabitkan rampasan dadah bernilai lebih RM6.4 juta pada 6 dan 7 Nov lepas.
Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah
Pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing
Taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
Kemajuan fizikal Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1A capai 78 peratus - Nanta
Status kemajuan fizikal semasa bagi Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A mencapai 78 peratus dan dijadual siap pada suku pertama 2026.
Taburan hujan 20 hingga 40 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas - METMalaysia
Negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan utara serta timur Sabah dijangka menerima taburan hujan melebihi 20 hingga 40 peratus pada musim Monsun Timur Laut tahun ini.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Kong-Rey
Taufan tersebut berada pada kedudukan latitud 17.8 utara dan longitud 127.3 timur, kira-kira 770 km ke Timur Laut Manila, Filipina.
Konvoi: Pemandu, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut bertembung
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada Ahad.
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Trami
Keadaan cuaca itu membawa angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Kerajaan persekutuan beri sokongan padu jayakan inisiatif Ekonomi Biru Sabah - Fahmi
Kerajaan persekutuan akan memberi kerjasama dan sokongan padu kepada inisiatif Ekonomi Biru yang sedang dilaksanakan Sabah bagi meneroka dan memanfaatkan sumber kekayaan laut di negeri itu.
Sabah mampu dibangunkan dengan baik jika tiada ketirisan berlaku - PM Anwar
Beliau berkata usaha memajukan Sabah ini tidak mudah, tetapi beliau percaya dengan kerjasama semua pihak, akan dapat membawa negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.