KUALA LUMPUR: Perancangan pembangunan ekonomi negeri-negeri di bawah pemerintahan Pas merupakan agenda perbincangan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan empat Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas Perdana Menteri itu menerima kunjungan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli di kediaman beliau.
Turut serta dalam pertemuan itu ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Menurut Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Datuk Khairuddin Abu Hassan, pada pertemuan itu, Dr Mahathir berpandangan negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas mempunyai pelbagai potensi untuk dibangunkan setaraf kemajuan negeri di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia.
“Perjumpaan selama satu jam 30 minit ini berjalan dalam suasana yang amat mesra disusuli dengan hidangan minum petang bersama Dr Mahathir,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada Sabtu.
Sebelum ini, Dr Mahathir cenderung menyokong PN ketika kempen pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung pada 12 Ogos lalu dengan menggesa pengundi memberikan kemenangan kepada gabungan itu.
Pada PRN berkenaan, PN berjaya mempertahankan tiga negeri iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Astro Awani
Sat Sep 02 2023
Muhammad Sanusi (tiga dari kiri), Abdul Hadi (empat dari kiri), Mahathir (tengah), Ahmad Samsuri (empat dari kanan), Mohd Nassuruddin (tiga dari kanan), Mohd Shukri (dua dari kanan) dan Takiyuddin (kanan) pada pertemuan dengan Dr Mahathir.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
Tun M hadiri sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Dataran Putrajaya bagi menyambut Hari Kebangsaan 2024 pada Sabtu.
Cari siapa dalang serangan asid ke atas Faisal Halim - Tun M
Dr Mahathir kecam perbuatan itu dan menggesa tindakan terhadap mereka yang menggunakan keganasan sedemikian dalam sukan.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Tun M kini hanya ‘attention seeker’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu mencari perhatian dengan berulang kali mengeluarkan kenyataan kontroversi.
Tun M direkod keterangan hari ini
Tun Dr Mahathir Mohamad akan direkod keterangan dipercayai berkaitan kenyataannya baru-baru ini yang didakwa menyentuh sensitiviti perkauman di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Selasa.
'Lebih sukar siasat PM, TPM, KP SPRM berbanding individu bergelar Tun' - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa siasatan berhubung rasuah dan salah guna terhadap tokoh yang bergelar Tun adalah sukar.
Tun Mahathir sedia jumpa Menteri Perpaduan
Tun Mahathir sedia berjumpa dengan Menteri Perpaduan susulan kenyataan yang mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara.
‘Apa lagi Tun M tak puas hati dengan Anwar’ - Kamil Munim
Beliau beranggapan bahawa komen yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir itu terhadap Ahli Parlimen Tambun sebagai tanda kekesalan.
Hadi Awang, 4 MB negeri PN jumpa Tun M
Dr Mahathir berpandangan negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas mempunyai pelbagai potensi untuk dibangunkan.