KUALA LUMPUR: Hasrat seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kelantan bersama sembilan ahli keluarganya untuk menunaikan umrah tidak kesampaian apabila menjadi mangsa penipuan pakej umrah sebuah syarikat terkenal di ibu negara, kira-kira empat tahun lepas.
Che Roni Mat, 56, berkata akibat penipuan itu, beliau dan keluarganya menanggung kerugian kira-kira RM95,000.
Lebih menyedihkan, kakak iparnya yang sepatutnya menunaikan ibadah umrah bersama-sama telah jatuh sakit dan meninggal dunia tahun lepas kerana terkejut selepas mengetahui jumlah wang hasil simpanan menjual kuih-muih hilang begitu sahaja.
"Kakak ipar saya kerja kampung saja, hasil jualan kuih sikit-sikit hendak pergi tunaikan umrah, Allahyarham serah pada saya, sangat menyedihkan hasrat beliau hendak mengunjungi Kota Makkah dan Madinah tidak kesampaian kerana meninggal dunia pada Mac 2022," katanya pada dalam sidang media penipuan pakej umrah itu selepas membuat laporan polis di sini pada Khamis.
Che Roni adalah antara 123 mangsa yang membuat laporan polis berhubung penipuan pakej umrah berkenaan dengan jumlah kerugian RM1.3 juta.
Bapa kepada lima anak itu berkata beliau sangat kecewa apabila berkali-kali diperdaya oleh syarikat berkenaan yang menjanjikan penjadualan semula tiket penerbangan dan memintanya membuat bayaran tambahan.
Menurutnya, beliau dan keluarganya membayar RM77,000 kepada syarikat bagi jadual perjalanan pertama dan menambah RM2,000 seorang bagi jadual perjalanan kedua namun enggan membuat pembayaran tambahan sebanyak RM300 seorang bagi jadual perjalanan ketiga kerana mula hilang kepercayaan sebelum terus membatalkan pakej umrah itu sebelum membuat laporan polis.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Bernama pada Khamis mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut akan dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
![Guru sekolah menengah, keluarga rugi RM95,000 terpedaya pakej umrah Guru sekolah menengah, keluarga rugi RM95,000 terpedaya pakej umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699011256_TBRamliMohamed.jpg)
Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut akan dijalankan. - Gambar fail/Bernama
RWMF labuh tirai, catat rekod baharu 26,000 pengunjung
Abdul Karim berkata, hasil kutipan jualan tiket juga meningkat 47 peratus.
Melaka, Indonesia cadang pelayaran dapat pengiktirafan UNESCO
Melaka akan bekerjasama dengan Kerajaan Indonesia bagi membolehkan pelayaran 'Muhibah Budaya Jalur Rempah' mendapat pengiktirafan UNESCO Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
![NSFC sahkan pemain import diragut NSFC sahkan pemain import diragut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719763779_NegeriSembilanFoot.jpg)
NSFC sahkan pemain import diragut
Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) hari ini mengesahkan pemain import mereka Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur pada malam semalam.
Kantin sebuah sekolah di Batu Pahat diarah tutup
Kantin sebuah sekolah menengah di Batu Pahat diarahkan tutup selama 14 hari berikutan 90 pelajar dan sembilan pendidik mengalami keracunan selepas dipercayai memakan ayam goreng di kantin tersebut, Khamis lepas.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Jun 2024.
Jambatan 'mega' China-Hong Kong mula dibuka
Projek mega merentas laut itu dijangka memendekkan perjalanan antara Shenzhen dan Zhongshan daripada dua jam kepada 30 minit.
![Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719762287_shenzhenzhongshanb.jpg)
Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas
Laluan pengangkutan baharu itu mempunyai lapan lorong yang direka untuk kelajuan sehingga 100 km sejam.
Jepun lancar wang kertas baharu guna holografi canggih
Menurut kerajaan, hampir 7.5 bilion wang kertas baharu akan dicetak menjelang akhir Mac tahun depan manakala wang kertas sedia ada akan tetap sah walaupun selepas wang kertas baharu diperkenalkan.
Rishi Sunak sifatkan demokrasi UK paling berjaya
Sunak merujuk kepada komen yang disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan, yang dibuat penyokong Parti Reform UK yang beraliran kanan, Nigel Farage.
'Freedom Edge' ibarat cipta NATO versi Asia
Korea Utara menyifatkan latihan ketenteraan antara tiga negara - Jepun, Amerika Syarikat dan seteru terdekatnya, Korea Selatan bagaikan mencipta NATO versi Asia.
Kerjasama dikenali sebagai 'Freedom Edge' dalam skala besar-besaran pasukan pertahanan tiga negara terbabit bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan persediaan menghadapi ancaman Korea Utara dan kuasa besar China.
Kerjasama dikenali sebagai 'Freedom Edge' dalam skala besar-besaran pasukan pertahanan tiga negara terbabit bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan persediaan menghadapi ancaman Korea Utara dan kuasa besar China.
![Iklan raya 'Papa Pipi Pindah' raih 13 juta tontonan dalam 24 jam Iklan raya 'Papa Pipi Pindah' raih 13 juta tontonan dalam 24 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712328976_PapaPipiPindah.jpg)
Iklan raya 'Papa Pipi Pindah' raih 13 juta tontonan dalam 24 jam
Iklan raya terbaharu daripada studio animasi tempatan MONSTA bertajuk 'Papa Pipi Pindah' berjaya meraih 13 juta tontonan dalam masa 24 jam selepas dimuat naik di laman media sosial.
![Bapa minta wang, selesai kes guru cabul anak Bapa minta wang, selesai kes guru cabul anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/71436773553_PolisLogo.jpg)
Bapa minta wang, selesai kes guru cabul anak
Yahaya
![Guru sekolah menengah, keluarga rugi RM95,000 terpedaya pakej umrah Guru sekolah menengah, keluarga rugi RM95,000 terpedaya pakej umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699011256_TBRamliMohamed.jpg)
Guru sekolah menengah, keluarga rugi RM95,000 terpedaya pakej umrah
Che Roni adalah antara 123 mangsa yang membuat laporan polis berhubung penipuan pakej umrah berkenaan dengan jumlah kerugian RM1.3 juta.
![Guru sekolah rugi RM236,300, diperdaya sindiket penghantaran, 'phone scam' Guru sekolah rugi RM236,300, diperdaya sindiket penghantaran, 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698722158_scam.jpg)
Guru sekolah rugi RM236,300, diperdaya sindiket penghantaran, 'phone scam'
Mohd Yusri berkata, mangsa berusia 52 tahun itu hanya sedar dirinya menjadi mangsa penipuan semalam, setelah diperdaya sejak Ogos lalu.
![Guru sekolah menang Tilawah Al-Quran Negeri Sabah Guru sekolah menang Tilawah Al-Quran Negeri Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677813033_gurusekolah.jpg)
Guru sekolah menang Tilawah Al-Quran Negeri Sabah
Ia kemenangan kedua untuknya, selepas memenangi kategori yang sama pada tahun lalu sejak menyertai pertandingan itu pada 2015.
![KPM zahir dukacita pemergian dua guru terlibat kemalangan di LPT2 KPM zahir dukacita pemergian dua guru terlibat kemalangan di LPT2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675592312_KPMzahirdukacita.jpg)
KPM zahir dukacita pemergian dua guru terlibat kemalangan di LPT2
KPM menzahirkan dukacita atas pemergian dua guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dalam kemalangan di LPT2, petang semalam.
![Rezeki Lebaran, guru jana pendapatan sampingan Rezeki Lebaran, guru jana pendapatan sampingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650236048_BiskutRaya.jpg)
Rezeki Lebaran, guru jana pendapatan sampingan
Walaupun turut menghidap kanser tahap dua, bagi Nor Liyana Abdullah, ia bukan halangan untuk meneruskan minatnya.
![Guru enggan divaksin di Perlis hanya mengajar PdPR Guru enggan divaksin di Perlis hanya mengajar PdPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633337024_TBVAKSINjpg.jpg)
Guru enggan divaksin di Perlis hanya mengajar PdPR
Kementerian Pelajaran masih memberi ruang dan peluang kepada guru-guru ini untuk mengubah fikiran sebelum sebarang tindakan diambil.
!['Sudah bincang, respons agak positif' - Mohd Amar harap guru YIK sedia ambil vaksin 'Sudah bincang, respons agak positif' - Mohd Amar harap guru YIK sedia ambil vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630488614_MohdAmarNikAbdullah.jpg)
'Sudah bincang, respons agak positif' - Mohd Amar harap guru YIK sedia ambil vaksin
Hasil pertemuan itu mendapat respons baik serta mengharapkan guru terbabit bersedia menerima suntikan vaksin.
![2,500 guru enggan divaksin tidak dibenar mengajar secara bersemuka - Radzi 2,500 guru enggan divaksin tidak dibenar mengajar secara bersemuka - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630669380_MohdRadziMdJidin.jpg)
2,500 guru enggan divaksin tidak dibenar mengajar secara bersemuka - Radzi
Tindakan itu bagi memastikan sesi persekolahan yang akan dibuka kelak selamat untuk kumpulan pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah.