Seorang guru rentung, dua lagi melecur dalam kebakaran melibatkan kuarters kakitangan Sekolah Kebangsaan Batu Bungan, Mulu, di sini.

Kebakaran melibatkan dua kuarters dihuni lapan guru termasuk kakitangan sekolah tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii memaklumkan identiti mangsa yang rentung belum dapat disahkan.

Dua lagi guru melecur di beberapa bahagian badan.

Kuarters guru terbakar di Mulu.
Jelas Ling Hii kebakaran disedari sekitar lima pagi.

Ia dipercayai bermula dari ruang tamu berdekatan bahagian dapur salah satu kuarters berkenaan.

Usaha memadam kebakaran dilakukan Bomba Lapangan Terbang Mulu.