Seorang guru madrasah lelaki antara empat individu warga asing ditahan polis setelah dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas di sekitar Selangor dan Kedah pada 14 Jun lepas sehingga Rabu lepas.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata guru berkenaan, warga Myanmar (etnik Rohingya) ditahan pada Rabu lepas di Alor Setar, Kedah.
Beliau berkata guru berkenaan berkhidmat di sebuah madrasah di Bukit Pinang, Kedah dan berumur 25 tahun.
"Suspek ditahan kerana memberi sokongan kepada kumpulan Arakan Rohingnya Salvation Army (Arsa)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Hamid berkata tangkapan seterusnya membabitkan seorang lelaki warga Filipina berusia 54 tahun pada 14 Jun lepas yang bekerja sebagai pendawai elektrik dan disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group (ASG) serta terlibat dengan kegiatan 'Kidnapping For Ransom (KFR)' di perairan Sabah.
Beliau berkata individu berkenaan telah disenarai sebagai individu yang dikehendaki oleh pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) serta didapati menggunakan kad pengenalan palsu untuk menetap secara haram di negara ini.
Abdul Hamid berkata tangkapan seterusnya pada 21 Jun lepas di Ampang, di sini, membabitkan seorang lagi lelaki warga India berusia 24 tahun.
"Individu itu ditahan kerana bertindak sebagai fasilitator kepada anggota kanan kumpulan pengganas Babbar Khalsa International India (BKI).
"Kumpulan itu dipercayai telah memasuki negara pada November 2018 dan Jun 2019. Individu yang bekerja sebagai penyelenggara lif itu juga didapati telah menyalurkan wang berjumlah RM7,600 bagi membiayai aktiviti kumpulan pengganas itu di rantau Asia Tenggara," katanya.
Sementara itu, pada 24 Jun lepas, polis menahan seorang lelaki warga Myanmar (etnik Rohingya) berusia 41 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan.
"Suspek merupakan penyokong kumpulan Arsa dan telah ditahan kerana memuat naik satu video ugutan bunuh ke atas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wazed di laman sosialnya.
"Menerusi rekod, individu itu pernah ditangkap sebanyak tiga kali pada tahun 1997, 2012 dan 2015 atas kesalahan memasuki negara secara haram, menggunakan dokumen perjalanan palsu dan terlibat dengan aktiviti penyeludupan manusia," katanya.
Menurut beliau, kesemua suspek ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Bab VIA atas kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) serta disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) (Akta 747).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2019
Semua suspek ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Bab VIA atas kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan serta disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Foto PDRM
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.
Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.
Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.
Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.