Seorang guru dari sebuah sekolah agama didakwa dengan lima pertuduhan melibatkan rogol dan liwat anak muridnya di Mahkamah Sesyen Pasir Mas pagi tadi.
Tertuduh yang mengajar bahasa Arab dan berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Hakim Mohd Rosly Mohamed Nawi kemudiannya menetapkan 13 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tertuduh menghadapi empat pertuduhan merogol remaja bawah umur berusia 14 tahun 3 bulan pada jam 2.30 petang, pada 3, 10, 17 dan 24 Julai lalu di sebuah rumah di Wakaf Baru
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan tabii pada 1 Ogos lalu di tempat yang sama.
Sementara bagi pertuduhan kelima pula, dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Faizuan Sulaiman.
Muhafandi Muhamad
Thu Aug 13 2020

Tertuduh menghadapi empat pertuduhan merogol remaja bawah umur berusia 14 tahun 3 bulan pada jam 2.30 petang, pada 3, 10, 17 dan 24 Julai lalu di sebuah rumah di Wakaf Baru.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Buruh mengaku salah culik ejen kosmetik dipenjara 56 bulan
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 56 bulan ke atas penculik ejen kosmetik, Rosnazirah Mohd Nain, 37, dalam kejadian 13 September tahun lalu.

Buruh didakwa cabul adik ipar berusia 7 tahun
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan maksud seksual telah mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun terbabit.

Peniaga positif HIV didakwa rogol remaja bawah umur
Seorang peniaga ayam yang positif HIV didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas terhadap pertuduhan merogol remaja bawah umur dipercayai kekasihnya.

Guru bahasa Arab didakwa rogol, liwat anak muridnya
Seorang guru didakwa dengan lima pertuduhan melibatkan rogol dan liwat anak muridnya.