"SAYA teruja untuk mendaki Gunung Kinabalu sebab hampir setahun saya tunggu giliran mendaki."
Menurut Aten Yuken, 37, yang berasal dari Sandakan, beliau teruja kerana dibenarkan mendaki dan menjadi pendaki pertama selepas dua bulan gunung tersebut ditutup bagi sebarang aktiviti pendakian.
"Dua hari lepas saya dihubungi ejen yang mengatakan bahawa saya akan dibenarkan mendaki hari ini (Isnin).
"Semalam (Ahad) saya bertolak dari Sandakan ke Kundasang dan bermalam di situ.
"Saya mendaftar untuk mendaki pada 29 Januari 2020 yang lalu dan ini adalah pendakian pertama saya di Gunung Kinabalu," katanya yang ditemui dalam tinjauan Astro AWANI sempena pembukaan semula Taman Kinabalu di Kundasang pada Isnin.
Menurut Penolong Pengurus Taman, Taman Kinabalu, Januarius Shaftang, berbanding kebenaran mendaki yang dibenarkan pada dua minggu lalu, pendakian dan lawatan kini dibenarkan sehingga 100 orang sehari.
"Hari pertama pembukaan semula taman ini kami menerima seramai 11 orang pendaki dan bermula hari ini seramai 100 pendaki dibenarkan mendaki Gunung Kinabalu.
"Bagi pelawat harian pula, Taman-Taman Sabah membenarkan seramai 100 orang pelawat sehari dan mereka (termasuk pendaki) perlu memakai pelitup muka, melalui pemeriksaan suhu, mengimbas kod MySejahtera dqn menggunakan pembersih tangan.
"Bagi yang bergejala kami tidak akan membenarkan mereka masuk atau mendaki," katanya.
Sementara itu, bagi pemandu bas pelancong Matthew Philips, 52, beliau mengharapkan akan lebih ramai pelancong datang khususnya di Taman Kinabalu.
"Kita harap selepas ini akan ramai lagi pelancong datang selepas ini sebab sebelum ini kami memang terjejas teruk tapi nasib baik ada bantuan kerajaan.
"Memang kami dapat subsidi upah oleh kerajaan dan digunakan untuk bayar gaji pekerja, kalau gaji RM1,700 mereka akan dapat separuh lebih kurang RM700.
"Dengan bantuan kerajaan itu sebenarnya dapat mengurangkan beban syarikat untuk bayar gaji."katanya.
Sabtu lalu Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar ditamatkan di seluruh negara dan industri pelancongan boleh beroperasi seperti biasa bermula 7 Disember 2020.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Dec 07 2020
Taman Kinabalu di Kundasang dibuka semula hari ini selepas lapan bulan ditutup akibat penularan COVID-19. -Astro AWANI
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Kartina terbit dua aplikasi mudah alih pada ketinggian 4,095 meter
Ensiklopedia Hidupan Liar Sabah dan Kalendar Perayaan dan Festival Sabah telah berjaya diterbitkan ke Google Play Store dan Apple App Store.
Ibu hidap penyakit jantung galas anak kecil tawan Gunung Kinabalu
Penghidap penyakit jantung Amanda Omeychua tidak menjadikan penyakitnya itu sebagai penghalang untuk menggalas anak lelakinya yang berusia dua tahun enam bulan, menawan Gunung Kinabalu.
Pendaki Amerika Syarikat cedera tergelincir di Gunung Kinabalu
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) cedera bahagian pinggang selepas tergelincir ketika menuruni Gunung Kinabalu dalam kejadian di Kilometer 6.7, di sini pada Khamis.
Pendaki alami sejuk melampau diusung sejauh 8.5km untuk dapat rawatan
Lelaki berusia 34 tahun itu dibawa turun oleh MOSAR dari Panalaban selepas turut mengalami simptom muntah-muntah.
Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal
Pemantauan di kawasan kejadian tanah runtuh sekitar Mesilou, Kundasang di kaki Gunung Kinabalu mendapati, keadaan adalah terkawal.
Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu
Runtuhan kecil yang berlaku pada jam 8.50 pagi itu menyebabkan warna air berubah menjadi keruh di sungai tersebut.
Tanah runtuh di Gunung Kinabalu
Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 pagi namun tidak melibatkan sebarang mangsa.
Pendaki maut 200 meter dari puncak Gunung Kinabalu
Lelaki tersebut melakukan ekspedisi itu bersama isterinya termasuk sembilan lagi pendaki dan tiga malim gunung dalam kumpulan mereka.
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lepas pada usia 84 tahun.
Gunung Sinsing diisytihar puncak ketiga tertinggi di Malaysia
Gunung Sinsing di daerah Tambunan berketinggian 2,586 meter daripada aras laut diisytihar sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia.