KOTA KINABALU: Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lepas pada usia 84 tahun.
Bekas Pengerusi Kumpulan AmBank itu berkata beliau mula mendaki pada Isnin (30 Okt) pada pukul 8.45 pagi dan tiba di Laban Rata yang merupakan rumah persinggahan bagi pendakian pada pukul 7.15 malam sebelum menyambung balik pendakian bermula pada pukul 5 pagi keesokan harinya dan sampai di puncak pada pagi hari yang sama.
"Saya amat berpuas hati dengan pencapaian ini pada usia 84 tahun, bagi saya umur bukanlah penghalang dan percaya dengan semangat dan keazaman yang tinggi, segalanya boleh dicapai," kata beliau kepada Bernama menerusi e-mel hari ini.
Ini merupakan pendakian kali kedua Azman ke puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter dari aras laut dan kejayaan pendakian sulung beliau dicapai pada 2010 ketika berusia 71 tahun.
Nama Kinabalu diperoleh daripada perkataan dalam Bahasa Kadazandusun "Aki Nabalu" bermaksud gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun, juga merupakan gunung tertinggi antara Banjaran Himalaya dan New Guinea.
Ditanya mengenai nasihat beliau terutamanya kepada generasi muda, Azman berkata pencapaian ini selanjutnya memberikan contoh komitmen seseorang untuk mengatasi rintangan dan mencapai sesuatu yang baharu dalam setiap usaha.
"Pencapaian ini tanpa diragui menjadi inspirasi buat semua, merentasi semua generasi bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai dan dalam genggaman kita," kata tokoh perbankan itu.
Azman merupakan seorang daripada tokoh dalam bidang perbankan, yang mula menceburi dalam sektor ini sekitar tahun 1960-an dan dengan kekuatan semangat keusahawanannya, beliau menjadi pemacu utama pertumbuhan Kumpulan Ambank sejak 1982.
Bermula sebagai Arab-Malaysian Development Bank dengan 200 kakitangan, Azman membinanya sehingga menjadi sebuah konglomerat kewangan, Kumpulan AmBank dengan lebih 9,000 staf.
Sementara itu, menurut Jurucakap Pusat Maklumat Gunung Kinabalu, pendaki tertua Malaysia yang berjaya mendaki dan sampai ke puncak gunung itu ialah Buatin Blandong, 90, yang melakukannya pada 5 Sept tahun lepas.
Ia merupakan kali kelapan pesara kerajaan dari Papar, Sabah berjaya mendaki dan sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan pendakian sulung ketika zaman mudanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023

Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lepas pada usia 84 tahun. - Foto Sinar Harian

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

AI Generatif dapat jana kapasiti produktif bernilai US$113.4 bilion - AICB
Sektor kewangan sentiasa menjadi perintis dalam inovasi teknologi dan sektor perbankan telah menggunakan AI dalam rantaian nilainya sejak sekian lama.

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lepas pada usia 84 tahun.

Industri kewangan mesti bekerjasama perangi jenayah kewangan, penipuan - AICB
Azman Hashim berkata kepercayaan dalam kalangan negara juga penting untuk berkongsi risikan, kerjasama dalam penyiasatan, dan mengharmonikan peraturan AML dan CTF.

Bank digital jadikan industri perbankan semakin kompetitif
Azman berkata, kewangan sosial juga bersedia untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam industri.

Gabungan AmBank, RHB dan minat Grab hanya 'bualan pasaran' setakat ini
Pada masa ini tiada sebarang perkembangan atau kemajuan baharu berkaitan cadangan tersebut.

Ambank Group lantik Md Nor Yusof sebagai pengerusi
AmBank Group telah mengumumkan pelantikan Tan Sri Md Nor Yusof sebagai pengerusi baharunya.

Azman Hashim bersara sebagai pengerusi berkuat kuasa 31 Mac - AmBank Group
AmBank Group mengumumkan bahawa Tan Sri Azman Hashim akan bersara sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 31 Mac, 2022.

Voon ganti Azman sebagai Pengerusi AmBank
Azman, 79, kekal sebagai Pengerusi AMMB Holdings.

'Kegelisahan pasaran tempatan akan lenyap selepas Kabinet dibentuk' - Azman Hashim
Tokoh perbankan, Tan Sri Azman Hashim berkata sentimen kegelisahan dalam pasaran tempatan kini hanya bersifat sementara.