MUKAH: Sikap sesetengah pemimpin yang sanggup menggunakan isu kaum dan agama semata-mata untuk meraih sokongan politik adalah tidak baik untuk negara ini terutama dalam situasi Malaysia berdepan pelbagai cabaran global, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata ini kerana perbuatan terdesak seperti itu boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat berbilang kaum sekali gus mengganggu tumpuan negara untuk menggunakan segala sumbernya bagi melaksanakan pembangunan secara menyeluruh.
"Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, marilah kita semua berusaha untuk memahami bahawa kepentingan negara mengatasi segala kepentingan yang lain.
"Negara memerlukan kerajaan yang kuat untuk menggalas tanggungjawab merencana hala tuju ekonomi yang jelas ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi supaya kemerdekaan memberi pengertian yang sebenarnya kepada kita," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Sarawak 2023 di Dewan Politeknik Mukah di sini hari ini.
Malaysia katanya telah berjaya mempelbagaikan ekonominya daripada sebuah ekonomi pertanian dan komoditi kepada ekonomi yang dipacu oleh aktiviti pembuatan dan perkhidmatan sehingga menjadi negara pengeksport utama barangan elektrik dan elektronik.
Katanya, berdasarkan laporan Bank Dunia, pertumbuhan ekonomi negara berada secara purata pada sekitar 5.4 peratus sejak 2010 dan dijangka mencapai transisi daripada sebuah ekonomi pendapatan pertengahan tinggi atas kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2024.
"Namun, janganlah kita leka dan terus 'bercakaran' sesama sendiri kerana ia cenderung membawa kepada perpecahan dari segi perbezaan agama dan bangsa atau keturunan, atau dari segi wilayah.
"Jika kita saling mengesyaki antara satu sama lain dan asyik 'berbentes' (bertelagah) seperti kata Allahyarham Tok Nan (Tan Sri Adenan Satem) maka tenaga dan pemikiran kita hanya ditumpukan untuk menidakkan dan mengalahkan pihak lawan," ujarnya.
Justeru, Abang Johari berkata penghayatan perjuangan para pemimpin yang terdahulu bukan sekadar melaungkan slogan "Merdeka" tetapi terus memperkukuh semangat perpaduan dan semangat saling menghormati antara kaum agar negara ini terus melangkah dengan yakin dan berani ke arah negara yang dihormati dan disegani di rantau ini dan di seluruh dunia.
Mengenai perkembangan ekonomi Sarawak, Abang Johari berkata pendapatan wilayah itu sudah bertambah kepada satu setengah kali ganda kepada RM12 bilion pada tahun lepas malah diiktiraf Bank Dunia sebagai negeri berpendapatan tinggi dengan Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita sebanyak RM61,442 atau US$13,205.
"Namun, kita belum boleh bergembira sepenuhnya dengan pencapaian ini kerana pendapatan isi rumah rakyat pada tahap RM4,978 pada 2022, masih belum sampai ke tahap pada peringkat nasional," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023

ABANG JOHARI: Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, marilah kita semua berusaha untuk memahami bahawa kepentingan negara mengatasi segala kepentingan yang lain. -Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.

Jawatan dalam Kabinet Sarawak: Abdul Karim serah kepada Premier
Abdul Karim yang memegang dua portfolio menteri dalam Kabinet negeri berkata sebarang urusan berhubung pelantikan anggota kabinet adalah hak Abang Johari.

Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.

Abu Bakar dilantik Pengerusi interim AirBorneo, fokus sektor permulaan Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta
Abu Bakar akan dibantu pasukan sedia ada yang kini bertugas untuk MASwings di Sarawak dan Sabah.

Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.

Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi
Perbincangan akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura.

Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.

Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari
Abang Johari berkata platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak.

Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.