Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat supaya tidak lagi menggunakan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan pandangan sebaliknya berbuat demikian menerusi pelbagai forum lain.
Beliau berkata demonstrasi jalanan bukanlah budaya Malaysia dan ia tidak seharusnya diamalkan di negara ini.
"Sudah sudahlah, saya tidak mahu lagi ada demonstrasi Baju Kuning atau Baju Merah lagi selepas ini... banyak forum lain untuk pihak yang tidak puas hati meluahkan pandangan selain daripada keluar ke jalanan unuk mengadakan demonstrasi.
"Malaysia ialah sebuah negara demokratik dan kita ada pilihan raya untuk memilih kerajaan dan pemimpin, bukannya dengan cara berdemonstrasi di jalanan," katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Terbat Teban, Tebakang dekat sini, Sabtu.
Sambil menegaskan beliau amat tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana pihak mengadakan demonstrasi jalanan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata rakyat perlu menghormati mempunyai undang-undang negara ini.
Beliau berkata pemimpin negara datang dan pergi, tetapi rakyat perlu menghormati sistem demokrasi Malaysia dan pemimpin yang dipilih menerusi proses itu.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pemimpin yang dipilih perlu turun padang membantu rakyat dan bukannya hanya muncul apabila menjelang pilihan raya.
Menurutnya kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya serius dalam usahanya membangunkan rakyat terutama mereka di luar bandar.
"Saya berasal dari kampung dan saya amat memahami masalah dan keperluan penduduk di luar bandar terutama keperluan kesihatan dan pendidikan mereka," katanya.
Beliau turut mengingatkan rakyat supaya berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah parti pembangkang yang disiarka dalam laman media sosial.
Menurutnya permainan politik pembangkang hanyalah untuk memecahbelahkan rakyat dan jika ia berlaku, rakyat perlu membayar 'harga' terlalu mahal untuk mengatasinya.
Sementara itu, Ahmad Zahid meminta rakyat supaya mengetepikan perbezaan kaum, budaya dan agama demi memelihara keamanan negara dan keharmonian kaum.
Kita harus bersama-sama menganggap tanah Malaysia ini sebagai negara kita bersama. Rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysa wajar bersatu hati walaupun berbeza kaum dan agama... kita harus ada semangat untuk bersama-sama membangunkan negara kita, kata timbalan perdana menteri.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid mengumumkan peruntukan RM300,000 untuk kawasan Parlimen Serian termasuk untuk kos membaik pulih balai raya Kampung Terbat Leban.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin.
Bernama
Sun Sep 27 2015
![Guna forum lain suarakan pandangan bukan menerusi demonstrasi jalanan - Zahid Guna forum lain suarakan pandangan bukan menerusi demonstrasi jalanan - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439620382_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid meminta rakyat supaya mengetepikan perbezaan kaum, budaya dan agama demi memelihara keamanan negara dan keharmonian kaum.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Guna forum lain suarakan pandangan bukan menerusi demonstrasi jalanan - Zahid Guna forum lain suarakan pandangan bukan menerusi demonstrasi jalanan - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439620382_AhmadZahidHamidi.jpg)
Guna forum lain suarakan pandangan bukan menerusi demonstrasi jalanan - Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat supaya tidak lagi menggunakan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan pandangan sebaliknya berbuat demikian menerusi pelbagai forum lain.