Kecewa apabila dikritik teruk oleh kepimpinan Pas, Menteri Kewangan, Lim Guang Eng hari ini menunjukkan bukti hitam putih surat rasmi kerajaan Kelantan memohon bantuan kewangan kepada kerajaan pusat hari ini.
Berdasarkan surat tersebut, Lim mendedahkan kerajaan Kelantan memohon wang pendahaluan daripada kerajaan pusat sebanyak RM97 juta pada Julai bagi menampung kekurangan tunai disebabkan perbelanjaan luar jangka.
"Soalannya mengapa tidak ada reaksi begitu kuat dan keras oleh barisan kepimpinan Pas ketika mantan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mendedahkan kepada umum pada 28 Januari bahawa kerajaan Kelantan terpaksa bergantung kepada bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri Kelantan.
BACA: Guan Eng kesal reaksi pimpinan Pas yang berat sebelah
Lim turut mengulangi sentimen yang disuarakan di Dewan Rakyat semalam berhubung kenyataan beliau yang didakwa menfitnah dirinya berdendam dengan Pas.
"Sebaliknya, bila saya sebagai Menteri Kewangan buat kenyataan sama barisan kepimpinan Pas memainkan sentimen yang begitu mengapi-apikan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Lim sebelum ini membuat kenyataan mendakwa kerajaan Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangan awam di Dewan Rakyat pada Selasa sehingga menyebabkan beliau dikecam teruk oleh barisan kepimpinan Pas.
Beliau turut berkata menjadi satu kehairanan apabila hanya beliau saja dikritik kerana membuat kenyataan tersebut dan kenapa tindakan yang sama tidak berlaku kepada Najib.
Katanya, Najib juga pernah membuat kenyataan sama menyatakan Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangan jika tidak kerana bantuan kerajaan pusat.
Semalam, Lim turut mengakui sukar untuk memulihkan keyakinan orang ramai dan para pelabur atau membangunkan semula sebuah negeri yang gagal sekiranya membelakangkan fakta dan angka.
Diyana Ibrahim
Wed Oct 24 2018
Semalam, Lim menzahirkan rasa kesal beliau dengan reaksi berat sebelah oleh pemimpin Pas Kelantan terhadap kenyataan beliau mengenai pengurusan kewangan kerajaan negeri itu di Parlimen pada Isnin. - Gambar fail
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Projek atasi banjir RM316 juta di Sarawak sedang dilaksana
PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini melaksanakan Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak di bawah RMK12 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM316 juta.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
Kerajaan anggar AUM RM500 juta - RM1.2 bilion lima tahun pertama pelaksanaan Skim Pejabat Keluarga
Kerajaan menganggarkan julat aset di bawah pengurusan (AUM) antara RM500 juta - RM1.2 bilion bagi tempoh lima tahun pertama pelaksanaan Skim Pejabat Keluarga.
Parlimen: Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan rakyat mereka.
Parlimen: Subsidi bersasar RON95 perlu dibuat, elak ketirisan subsidi - Amir Hamzah
Penyasaran subsidi petrol RON95 perlu dilakukan kerana berlaku ketirisan subsidi melibatkan penggunaan oleh golongan yang tidak sepatutnya.
Parlimen: Kelewatan projek RTB disebabkan pengambilan tanah, pengalihan utiliti - Fadillah
Kelewatan pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Pantai Timur berpunca daripada masalah pengambilan tanah dan pengalihan semula utiliti.
Usaha pencarian MH370, kaedah penentuan golongan T15 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Sidang juga akan membincangkan keberkesanan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel yang diusahakan melalui Budi MADANI.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
KPKM laksana analisis impak peraturan penubuhan LPKNDM - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang melaksanakan Analisis Impak Peraturan (RIA) bagi cadangan penubuhan Lembaga Perindustrian Nanas, Kelapa dan Durian Malaysia (LPKNDM).
Isu FashionValet: Speaker Dewan Rakyat rasa 'tidak masuk akal'
Isu pelaburan yang merekodkan kerugian melibatkan FashionValet antara topik dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Isnin.