KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Petronas untuk membatalkan Bil Tuntutan (BOD) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi dakwaan bayaran kurang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berjumlah hampir RM15 juta.
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam keputusannya menerusi prosiding dalam talian, memutuskan bahawa JKDM telah tersilap dalam menaikkan BOD berhubung barangan yang telah dieksport ke luar negara.
Peguam S. Saravana Kumar yang mewakili Petronas berkata dalam hujah untuk membatalkan BOD, mahkamah juga membuat pengisytiharan bahawa pembekalan etilena oleh Petronas kepada Idemitsu SM (Malaysia) Sdn Bhd (ISM) adalah eksport dan bukan bekalan yang dibuat di Malaysia selaras dengan tujuan dan semangat Akta GST 2014.
Peguam itu berkata pada Disember 2020, JKDM mengeluarkan BOD, mendakwa bahawa pembekalan etilena yang dibuat oleh Petronas kepada ISM adalah "bekalan buatan Malaysia" dan bukan eksport.
"Ini walaupun etilena telah dihantar kepada pembeli luar negara dan pergerakan etilena itu disokong oleh pengisytiharan eksport (Borang K2) yang diserahkan kepada JKDM," kata Saravana Kumar.
Menurut beliau, pertikaian itu bergantung terutamanya di bawah Seksyen 17(1)(b) Akta GST memperuntukkan bahawa sebarang pembekalan barang yang dieksport adalah pembekalan berkadar sifar, dan tidak boleh dikenakan GST.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022
Hakim memutuskan bahawa JKDM telah tersilap dalam menaikkan BOD berhubung barangan yang telah dieksport ke luar negara. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.
Membina kerjaya di Petronas: Dari luar pesisir Kerteh ke persada dunia
Peluang menimba ilmu yang diberikan oleh Petronas berjaya melahirkan ramai pekerja mahir bertaraf antarabangsa, sekali gus menguntungkan negara dari segi pembangunan modal insan.
Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM
Petronas mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada 600 pelajar SPM 2023 di bawah inisiatif Powering Knowledge.
Kapal peninjau tentera, pengawal pantai China dilapor berlegar di perairan Sarawak
Powell mendakwa kapal frigat ringan 053H3 Jiangwei Kelas Dua itu kali terakhir dikesan berada di Terumbu Ubi.
Perbincangan antara Petros, Petronas masih dijalankan - Abang Johari
Beliau menegaskan bahawa tempoh akhir bagi perbincangan kedua belah pihak itu masih kekal sebelum 1 Oktober.
Konflik Perairan: Malaysia harus ambil peluang bangunkan kod tatakelola sendiri - Pakar
Malaysia harus mempercepatkan perbincangan kod tatakelola yang telah pun dibangkitkan berbelas-belas tahun di peringkat Asean.
Tuntutan Kumpulan Sulu: Malaysia peroleh kemenangan penting terakhir - Azalina
Kerajaan telah memperoleh kemenangan penting terakhir di Mahkamah Agung Belanda hari ini, yang membuat keputusan berpihak kepada Malaysia dan menolak rayuan difailkan oleh kumpulan Sulu.