KUALA LUMPUR: Kelembapan ekonomi berserta peningkatan kos sara hidup yang merupakan kesan penularan pandemik COVID-19, menuntut Malaysia mencari sumber pendapatan baharu bagi mengisi semula perbendaharaannya yang menyusut teruk.
Buat masa ini kerajaan melihat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sistem cukai tidak popular yang diperkenalkan pada 2015 dan berjaya menjana RM44 bilion pada 2017, sebagai penyelesaian kepada masalah itu. Kebanyakan pakar ekonomi bersetuju, namun mereka berpandangan sistem itu harus ditambah baik terlebih dahulu sebelum dilaksanakan buat kali kedua.
"Kita memang cukup hebat dalam memperkenalkan skim atau pendekatan baharu, namun agak teruk dalam pelaksanaan," kata Prof Madya Prof Ahmed Razman Abdul Latiff, penganalisis ekonomi daripada Putra Business School.
Ketika COVID-19 menular, Malaysia kerugian purata RM2.4 bilion setiap hari semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020. Ekonomi menguncup 5.6 peratus sementara pengangguran merekodkan kadar tertinggi yang pernah dicatatkan pada 5.3 peratus.
Dalam temu bual dengan Nikkei pada 31 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan menimbang untuk memperkenalkan semula GST bagi menampung kerugian itu.
"Kami kehilangan kira-kira RM20 bilion (AS$4.6 bilion) dari segi hasil tahunan apabila GST dimansuhkan," beliau dipetik berkata. Beliau bagaimanapun menjelaskan kemudian bahawa GST tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Pegawai kerajaan yang berkenaan mengesahkan tidak ada cukai baharu akan diperkenalkan selagi ekonomi belum pulih. Dalam keadaan Malaysia mengalami inflasi - kesan daripada pandemik, berserta konflik Rusia-Ukraine dan perubahan iklim, kebanyakan pakar bersetuju tindakan memperkenalkan semula GST sekarang mungkin akan memburukkan lagi keadaan rakyat dan berpotensi mencetuskan kemelesetan tatkala ekonomi negara masih lagi bergelut untuk kembali bernafas.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu pemberita kerajaan masih meneliti pelbagai sistem cukai termasuk sama ada menambah baik Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) semasa atau memperkenalkan semula GST dan cara pelaksanaannya jika cukai itu kembali diwujudkan.
Tambah beliau, pelaksanaan cukai baharu juga mengambil masa iaitu kira-kira sembilan bulan selepas diluluskan oleh Parlimen.
Bagi memenuhi janji kempen pilihan raya umum, kerajaan Pakatan Harapan (PH) memansuhkan GST pada 2018 dan menggantikan cukai itu dengan SST yang berkuat kuasa hingga sekarang sekalipun kerajaan PH tumbang pada Mac 2020. SST menjana hasil cukai sekitar RM26.7 bilion pada 2020 dan RM27.9 bilion pada 2021.
GST merupakan cukai penggunaan dan dikenakan terhadap hampir kesemua transaksi dalam proses pengeluaran - terpakai ke atas kira-kira 60 peratus barangan dan perkhidmatan di bawah Indeks Harga Pengguna berbanding hanya 38 peratus bawah SST.
Kumpulan pengguna dan pengeluar yang mengalu-alukan berita tentang kemungkinan GST dilaksanakan semula, menyifatkan sistem itu lebih cekap dan adil berbanding SST. Komuniti perniagaan sebelum ini pernah menyatakan sokongan mereka terhadap pelaksanaan semula GST selepas PH tumbang.
SST TIDAK CEKAP
Pakar bersetuju, jika dilaksanakan dengan betul, GST adalah lebih cekap dan adil serta mampu meningkatkan hasil negara menerusi pertambahan sumber pendapatan. Selain itu, disebabkan GST pernah dilaksanakan sebelum ini, proses transisi kepada sistem tersebut juga akan lebih mudah dan cepat.
"Ini kerana setiap perniagaan menjadi ejen pengutip cukai secara tidak langsung dan mereka beroleh insentif daripada tuntutan semula cukai input (bayaran balik)," kata Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad.
Bagaimanapun kata kunci di sini ialah pelaksanaan yang betul. Penganalisis memberitahu Bernama pelaksanaan kali pertama GST menghadapi masalah kerana ramai pengilang dan pembekal dalam rantaian bekalan tidak menerima bayaran balik seperti yang tertakluk dalam sistem itu.
"Apabila (pengeluar) tidak menerima bayaran balik daripada kerajaan, mereka berdepan kos yang lebih tinggi dan terpaksa meningkatkan harga bagi menampung defisit tunai," jelas Ahmed Razman.
Keadaan itu mencetuskan kesan melata cukai ke atas cukai, iaitu bertentangan dengan matlamat GST. Setiap pihak dalam rantaian sepatutnya menerima bayaran balik tuntutan cukai input mereka dalam tempoh 14 hari selepas barangan dan perkhidmatan berpindah ke peringkat seterusnya dalam rantaian dengan pengguna akhir menjadi pembayar GST.
Pada 2019, kerajaan dilaporkan gagal membayar balik tuntutan Kredit Cukai Input (ITC) kepada pihak dalam rantaian bekalan. Pada tahun itu kerajaan memulangkan semula RM9.5 bilion kepada 76,002 premis yang berdaftar dengan GST. Setakat Julai 2020, Kementerian Kewangan telah membayar balik kira-kira RM1.264 bilion kepada 4,316 perniagaan dengan lebih banyak syarikat dijangka menerima bayaran tuntutan balik mereka menjelang akhir tahun.
Menurut pakar, kerajaan perlu memastikan kesemua mekanisme sudah tersedia termasuk perniagaan juga boleh memenuhi tuntutan sistem baharu itu sebelum melaksanakan semula GST. Bagaimanapun tidak semua pemerhati yakin kerajaan akan dapat menyelesaikan segala masalah yang timbul.
Sekalipun begitu, Afzanizam berkata sebaik sahaja semua isu berbangkit telah diatasi, GST dapat menangani masalah ekonomi bayangan, iaitu perniagaan yang tidak berdaftar, sekali gus meningkatkan keupayaan kerajaan dalam mentadbir dan mengurus ekonomi, selain menambah baik kemampuan mengutip lebih banyak hasil.
"Sehubungan itu juga keupayaan untuk menyokong ekonomi ketika mendepani kejutan seperti yang kita lalui semasa pandemik, yang mana kerajaan terpaksa berbelanja besar, dapat ditambah baik," ujar beliau.
CUKAI UNTUK SEMUA
Satu daripada sebab GST tidak popular dalam kalangan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana ialah sifat regresif cukai tersebut, iaitu membabitkan golongan miskin dan kaya secara sama rata. Disebabkan cukai itu dikenakan pada semua transaksi tanpa mengira status sosioekonomi, GST memberikan beban yang tidak sepatutnya kepada kelompok miskin.
Menurut pakar ekonomi, ini bermakna perlu ada pengecualian dan langkah lain yang dilaksanakan bersama-sama GST, khususnya bagi meringankan beban yang ditanggung oleh isi rumah dan individu miskin.
Prof Dr Yeah Kim Leng daripada Sunway University Bussines School, berkata memandangkan GST adalah cukai penggunaan - bermakna mereka yang lebih banyak berbelanja khususnya untuk barangan mewah tidak perlu seperti udang kara, mereka perlu membayar lebih bagi menikmati keistimewaan itu - hadkan jumlah barang yang dikecualikan cukai.
"Kita hadapi (masalah) ini sebelum ini apabila udang kara dikecualikan GST. Saya rasa keju, semua ini, tidak patut dikecualikan.
"Saya rasa itu sebabnya lebih baik kita hadkan pengecualian itu ke atas sejumlah kecil barang sahaja. Saya berpendapat prinsip itu harus diteruskan dari segi mereka bentuk sistem yang mantap dan boleh mampan," katanya.
Beliau berkata jika sesetengah daripada aspek GST memberikan impak negatif terhadap kumpulan berpendapatan rendah, maka kerajaan harus menanganinya, bukan dengan menghapuskan GST, tetapi menggunakan kaedah lain seperti pindahan tunai dan subsidi.
Memandangkan GST dan pengecualiannya memberikan kesan ke atas golongan miskin dan kaya, Ahmed Razman mencadangkan agar kerajaan meningkatkan pendapatan dengan menyasarkan golongan yang lebih berkemampuan membayar cukai, iaitu golongan kaya.
"Kita boleh memperkenakan cukai keuntungan modal, khususnya untuk mereka yang terlibat dalam dagangan saham. Pada masa ini, jika kita beli saham pada harga RM1 seunit dan tiba-tiba dijual pada harga RM10, iaitu untung RM9, tidak ada cukai dikenakan di situ.
"Jadi, daripada kenakan cukai ke atas semua ahli masyarakat, rasanya ada mekanisme lebih baik untuk menyasarkan mereka yang ada kekayaan berlebihan. Namun sudah tentu ini lebih rumit berbanding GST," katanya.
--BERNAMA / Nurul Isnaini Mohd Muslim
Bernama
Wed Jun 15 2022

Jika dilaksana dengan betul, GST adalah lebih cekap dan adil serta mampu meningkatkan hasil negara menerusi pertambahan sumber pendapatan.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Senarai perkhidmatan tertakluk kepada peluasan skop SST diumumkan awal tahun depan
Senarai perkhidmatan yang tertaluk kepada peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan diumumkan awal tahun depan sebelum dilaksanakan mulai 1 Mei, 2025.

JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

FBM KLCI ditutup tinggi berikutan belian dalam saham terpilih
Indeks Utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan pembelian sederhana dalam produk dan perkhidmatan pengguna.

Belanjawan 2025 dijangka perluas asas cukai seperti cukai gula, HVGT, GloBE - Ahli ekonomi
Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

GST hanya akan dilaksanakan sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000 - PM Anwar
Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000.

PM Anwar nafi kerajaan bincang laksana semula GST
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Belanjawan 2025 : Turunkan cukai korporat, sedia insentif bagi sektor utama - FMM
FMM menggesa kerajaan mempertimbang langkah pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam usaha menarik pelaburan asing.

Kerajaan tidak bincang perkenal GST ganti pemotongan subsidi RON95 - Fahmi
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan GST sebagai alternatif untuk menghapuskan subsidi petrol RON95.
![[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan [LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/61491288728_SingaporeMerlion.jpg)
[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk masa depan.