KUALA NERUS: Kegembiraan seorang graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menerima segulung ijazah bertukar hiba, selepas menerima berita kematian bapanya 15 minit sebelum naik ke pentas.
Walaupun dengan linangan air mata, graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa Haslina Kalang, 23, terpaksa menggagahkan kaki untuk menerima skrolnya, dengan sokongan kakak sulung dan rakan-rakan seperjuangan.
Haslina yang berasal dari Tawau, Sabah berkata beliau sememangnya berat hati untuk hadir ke majlis konvokesyen, kerana bapanya Kalang Toba, 56, sedang terlantar sakit selepas diserang angin ahmar.
Bagaimanapun arwah bapanya tetap bertegas supaya beliau menghadiri majlis tersebut, selepas tiga tahun berhempas-pulas menamatkan pengajian dengan serba kepayahan.
"Saya memang berat hati untuk datang menghadiri konvokesyen kerana keadaan ayah agak teruk. Tetapi beliau berkeras suruh datang, kerana nak tengok saya naik pentas memakai jubah konvokesyen.
"Sepanjang masa saya tak berhenti berdoa supaya ayah sihat dan saya sempat balik untuk tunjuk gambar sekurang-kurangnya, tetapi Allah lebih sayangkan dia," katanya ketika ditemui pada majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA kali ke-15 di sini, semalam.
Haslina berkata walaupun terkilan kerana tidak dapat berada di sisi bapanya pada saat-saat akhir, beliau berpuas hati kerana telah sempat mencurah tenaga menjaga bapanya selepas tamat pengajian.
"Selepas tamat pengajian saya memang tak bekerja kerana nak jaga ayah. Alhamdulillah sempat juga saya berbakti kepadanya," katanya.
Dalam pada itu pihak pengurusan UniSZA, turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM2,500 kepada Haslina sebagai tanda simpati dan sokongan moral.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023
Haslina, tidak dapat menahan kesedihan semasa menerima skrol, ditenangkan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Prof Madya Dr Syarilla Iryani (dua, kanan) pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA semalam. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
#AWANIRingkas 24 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Disember 2024
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Kebolehpasaran graduan UniSZA meningkat kepada 92.4 peratus tahun ini
Kadar purata itu adalah peningkatan sebanyak 13.6 peratus berbanding 78.8 peratus pada Disember 2018.