Maria Chin Abdullah menggesa Universiti Malaya (UM) menarik balik laporan polis terhadap Wong Yan Ke yang menunjukkan tanda protes sejurus menerima skrol ijazah sarjana muda di atas pentas, pada sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59, pagi Isnin lalu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya itu menegaskan, ia perlu dilakukan selepas UM memutuskan untuk tidak menahan skrol graduan kejuruteraan itu dan membenarkan dia mengambil transkrip akademiknya.
"Kami mengutuk tindakan UM membuat laporan polis kerana bersifat keterlaluan serta menyebabkan persepsi negatif terhadap nama baik UM yang sepatutnya menggalakkan dan melindungi kebebasan bersuara mahasiswa.
"Pihak universiti seharusnya menggalakkan mahasiswa dan mahasiwi menerapkan pemikiran kritik untuk terus maju ke arah menjadi sebuah universiti yang mempunyai kebebasan akademik.
"Tuntutan mahasiswa-mahasiwa harus diberi perhatian dan keutamaan serta asasnya harus diteliti. Plakad yang diangkat oleh graduan di atas pentas majlis konvokesyen menunjukkan bahawa saluran komunikasi buat masa kini adalah tidak mencukupi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Wong Yan Ke boleh ambil transkrip ijazah - UM
BACA: Polis siasat tindakan protes graduan UM
Pada Sabtu, Pengerusi Lembaga UM Tengku Datuk Dr Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim mengumumkan pihak universiti tidak menahan skrol dan transkrip akademik atau menarik balik ijazah graduan terbabit.
Institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu sebelum ini menegaskan, laporan polis dibuat kerana graduan berkenaan tidak menghormati istiadat dan mengganggu protokol dan kelancaran majlis.
Dalam pada itu, tegas Maria, pihak universiti mahupun pihak polis bantuan tidak seharusnya bertindak dengan keras menyekat ataupun menafikan hak kelayakan dan perogatif seseorang graduan daripada menerima skrol ijazahnya.
"Kami mencadangkan pihak universiti menarik balik laporan polis tersebut dan mengamalkan polisi yang lebih longgar dan bertoleransi terhadap mahasiswa dan mahasiswi.
"Dalam era Malaysia Baharu, dasar-dasar yang menzalimi dan menghakis prinsip kebebasan bersuara harus diteliti semula.
"Kerajaan harus menunjukkan kerelaan politik untuk berubah dengan meneliti sama ada tindakan pihak universiti selari dengan inspirasi baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH)," tegasnya.
Tambahnya, peranan Kesatuan Mahasiswa UM juga bukannya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dihadkan peranannya kepada isu kebajikan seperti perkhidmatan bas, asrama dan mahasiwa.
"Mahasiswa harus diberikan pendedahan sewajarnya kepada perkembangan isu-isu negara dan wacana politik negara.
"Di negara-negara seperti Amerika Syarikat (AS), China dan Taiwan, mahasiswa dibenarkan membuat demonstrasi semasa majlis konvokesyen mereka.
"Tindakan ini merupakan satu perbuatan yang lazim bagi membantah dasar-dasar kerajaan, ketidakadilan dalam masyarakat dan kesilapan pihak universiti," katanya.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Naib Canselor UM Datuk Abdul Rahim Hashim menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap Yan Ke di atas tindakannya membuat protes baru-baru ini.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, Abdul Rahim perlu bertindak sedemikian dan berhenti menyasarkan aktivis pelajar yang melakukan protes.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebelum ini menegaskan Kesatuan Mahasiswa UM perlu bertemu Dr Abdul Rahim jika terdapat sebarang rasa tidak puas hati.
Katanya, pertemuan antara kedua-dua belah pihak adalah lebih baik berbanding menyelesaikan isu itu dengan membuat kenyataan kepada media.
Astro Awani
Sun Oct 20 2019
MARIA: Plakad yang diangkat oleh graduan di atas pentas majlis konvokesyen menunjukkan bahawa saluran komunikasi buat masa kini adalah tidak mencukupi. - Gambar fail
Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil pada tahun hadapan
CIMB Securities positif terhadap pasaran ekuiti Malaysia pada 2025 disokong pertumbuhan pendapatan tahun ketiga berturut-turut pada lapan peratus, dipacu sektor perbankan, pembinaan dan utiliti.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
‘Katak’, pengkhianat rakyat gamatkan DUN Melaka
Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas hari ini gamat seketika dengan gelaran 'katak' dan 'pengkhianat'.
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thaksin ada jaringan meluas, mampu bantu ASEAN berdepan isu serantau - PM Anwar
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dalam usaha melonjak ekonomi dan perkembangan teknologi baharu.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Pemuda Pas cadang demonstrasi skala besar sokong Naib Canselor UM
Tarikhnya masih belum diputuskan dan pihaknya akan meminta kebenaran kepada UM terlebih dahulu sebelum menganjurkan demonstrasi berkenaan.
Graduan protes: UM perlu tarik balik laporan polis - Maria Chin
Maria mengutuk tindakan membuat laporan polis kerana ia bersifat keterlaluan serta menyebabkan persepsi negatif terhadap nama baik UM yang sepatutnya menggalakkan dan melindungi kebebasan bersuara.
Biadab! Graduan protes di pentas konvo
Menerusi perkongsian video di Twitter Hazwan Syafiq, rakaman durasi 14 saat itu memaparkan seorang lelaki menjerit sambil memegang kertas melaungkan "undur VC" dan "ini tanah Malaysia" tular.