Dalam pada itu, menerusi makluman berasingan, kumpulan itu mengumumkan pelantikan semula Pengarah Bukan Eksekutifnya Datuk Sazali Hamzah kepada Pengerusi Bukan Eksekutif, berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Sazali kini merupakan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Hiliran Petronas.
Beliau juga memegang pelbagai jawatan sebagai pengerusi / pengarah dalam pelbagai syarikat di Kumpulan Petronas.
Sazali sebelum ini merupakan Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals, jawatan yang disandangnya dari 8 Mei 2014 hingga 31 Dis, 2021.
Pada 13 Dis, 2024, ahli lembaga pengarah meluluskan pelantikan Sazali sebagai pengerusi syarikat menggantikan Abdul Rahim.
Sazali juga memegang 8,000 kepentingan tidak langsung dalam Petronas Chemicals.
Sementara itu, dalam makluman lain kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan tersebut mengumumkan pelantikan Abang Yusuf Abang Puteh sebagai Pengarah Bukan Bebas berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Abang Yusuf mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam Petronas dan telah berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Petronas LNG Assets, Gas and Maritime Business sejak Jun 2022.
-- BERNAMA