Bagi pengguna produk kesihatan Gozout, anda seharusnya berhati-hati dengan pengambilan produk tersebut. Hal ini kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan produk itu tidak berdaftar.
Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan produk tersebut mengandungi 100 peratus bahan aktif dan perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Sehubungan itu katanya, KKM telah mengambil tindakan merampas produk Gozout di Kelantan dan Terengganu yang melibatkan jumlah nilai rampasan sebanyak RM2.3 juta.
"Selain itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan pengiklanan produk kesihatan tidak bedaftar dalam talian.
"Pihak kementerian juga ingin menasihatkan pemilik dan pengedar produk kesihatan supaya merujuk kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk memastikan produk-produk yang dijual di pasaran mematuhi keperluan undang-undang yang dikuatkuasakan," katanya dalam satu kenyatan media.
Dalam pada itu, orang ramai digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat mengenai produk meragukan menerusi laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my, talian 03-78413200 atau mana-mana cawangan penguatkuasaan farmasi negeri yang berdekatan.
Semakan status pendaftaran sesuatu produk pula boleh dibuat melalui laman sesawang http://npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Nov 27 2017
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan produk tersebut mengandungi 100 peratus bahan aktif dan perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). -Astro AWANI / Shahir Omar
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
AWANI Tonight: Honda, Nissan begin merger talks, set to form the world’s third-largest automaker
Honda and Nissan are officially exploring a merger to create a joint holding company, with a goal of reaching $191 billion in combined sales.
Penipuan Macau Scam menggunakan nama LHDNM
Bagi tempoh 1 Jan - 27 Mei 2021, sebanyak 556 kes melibatkan kerugian lebih RM15.26 juta, berkaitan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai LHDNM, telah disiasat.
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Kadar perolehan 10 tahun AS yang meningkat sembilan mata asas kepada 1.62 peratus pada Jumaat lepas turut mempengaruhi pergerakan ringgit.
Pihak berkuasa agama bermuzakarah terlebih dahulu sebelum fatwakan ajaran sesat - Zulkifli
Untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, ia perlu dilakukan dengan amat berhati-hati bagi memastikan tindakan atau keputusan yang diambil kelak tidak dianggap gopoh atau kekurangan maklumat.
Anwar perlu lebih bertanggungjawab sentuh isu darurat - Azmin
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya lebih bertanggungjawab apabila menyentuh mengenai darurat.
Amanah akui PH hadapi tentang sengit di Tanjung Piai - Mohamad Sabu
Presidennya Mohamad Sabu berkata jika tidak berhati-hati pengundi akan terpengaruh dan ia boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap PH nanti.
Bersatu akan hati-hati sebelum masuk Sabah, kata Muhyiddin
Menurutnya, ini disebabkan, Bersatu pada asalnya membuat perjanjian bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk tidak masuk ke negeri itu kerana mahu Warisan berkembang di sana.
Khir Toyo nasihat Dr Mahathir
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa, Dr Mahathir dikelilingi menteri yang hanya hebat di mulut tetapi gagal dalam melaksanakan sebarang tindakan.
Gozout disahkan tidak berdaftar oleh KKM
Bagi pengguna produk kesihatan Gozout, anda seharusnya berhati-hati dengan pengambilan produk tersebut. Hal ini kerana KKM telah mengesahkan produk itu tidak berdaftar.