Golongan gelandangan yang merujuk kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan dan penempatan tetap serta tinggal di jalanan kini diberikan jolokan baharu iaitu rakan jalanan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Katanya, gelaran baharu itu merupakan antara aspirasi golongan itu sendiri pada sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Rakan Jalanan yang diadakan di sini, yang bertujuan memberikan gambaran yang lebih positif terhadap mereka.
"Ini cadangan dan kehendak mereka, jadi kita pakai nama itu dahulu supaya nanti akan menjadi kebiasaan.
Malah ada segelintir (daripada) mereka sebenarnya ada rumah, ada keluarga dan datang ke Kuala Lumpur mahu cari pekerjaan tapi pekerjaan yang mereka dapat itu tidak sesuai dengan jiwa mereka, jadi mereka malu untuk pulang bertemu dengan keluarga," katanya dalam sidang media selepas sesi dialog itu yang diadakan di Pusat Latihan Khidmat Negara Geo Kosmo, di sini pada Selasa.
Rohani berkata, antara perkara lain yang turut dibangkitkan golongan itu pada sesi dialog itu adalah mengenai tawaran peluang pekerjaan yang lebih sesuai selain penyediaan tempat tinggal untuk mereka.
Penganjuran program itu adalah siri Dialog TN50 oleh kementerian itu bersama kumpulan sasar bagi memberi peluang mereka menyuarakan harapan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
-BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2017
Golongan gelandangan kini diberi jolokan baharu iaitu rakan jalanan. -Gambar fail
PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas
Enggan bincang isu rasuah Adani Group, Parlimen ditangguhkan sekali lagi
Dakwaan ini muncul apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat menuduh kumpulan tersebut terlibat dalam sebuah skim rasuah dan penipuan besar-besaran.
Tujuh cedera, kereta api dan lori bertembung
Menurut kenyataan media oleh Polish State Railways (PKP), kemalangan itu menyebabkan kelewatan perjalanan dan ratusan penumpang terkandas.
Angka korban tanah runtuh di Timur Uganda meningkat kepada 20 orang - Polis
Angka korban akibat tanah runtuh yang melanda beberapa kampung di daerah Bulambuli, Timur Uganda pada rabu malam, meningkat kepada 20 orang.
Menurut jurucakap polis wilayah Elgon, Rogers Taitika, lebih 100 orang masih dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Menurut jurucakap polis wilayah Elgon, Rogers Taitika, lebih 100 orang masih dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Datuk Bandar KL terima Anugerah Malaysian Leadership
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Fatuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dianugerahkan Anugerah Malaysian Leadership.
Tekanan masyarakat dunia mampu heret netanyahu ke ICC
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh menganggap, sikap masyarakat dunia yang
Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh menganggap, sikap masyarakat dunia yang
Astro AWANI unggul raih 5 anugerah media
Kemenangan berkenaan diraih menerusi kategori Media-Liputan Isu dan Krisis (media penyiaran) dan Astro Awani menerima kesemua anugerah emas, perak dan gangsa.
Dr Maza saman GISBH, tuntut ganti rugi RM10 juta
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media pada Ogos lepas.
Malaysia hulur sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusian
Malaysia menghulurkan sokongan kepada Lubnan melalui sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusian, menekan solidariti berterusan negara dengan rakyat LUbnan dan usaha membina keamanan.
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain
Trend 'childfree' membimbangkan, tapi ia pilihan keluarga berkenaan - Noraini
Noraini berkata kementerian berpandangan bahawa ia adalah hak keluarga berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi dan komitmen kerjaya.
Keluarga Allahyarham Koperal Ahmad Azza Fahmi infak sumbangan bina surau
Sumbangan itu akan digunakan sebagai sebahagian kos melengkapkan pembinaan surau di kampung tempat tinggal keluarganya.
Norza guna dana sendiri bawa keluarga ke Olimpik Paris 2024 - MOM
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria tidak menggunakan dana kerajaan untuk perjalanan keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.
Kes bunuh Nur Farah: Isteri tertuduh belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam
Keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.
Olimpik Paris 2024: Kehadiran keluarga semarak semangat Ariana Nur Dania
Ariana Nur Dania berkata kesemua ahli keluarganya telah tiba di Paris pada Selasa untuk memberikan sokongan kepadanya.
Selepas hampir sebulan, jasad pemain badminton China masih disimpan di hospital Yogyakarta
Sudah masuk 24 hari jasad atlet China yang mengalami masalah jantung terhenti itu tersimpan di Hospital RSUP Dr Sardjito, Sleman, Yogyakarta.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
Keluarga ustaz Farid Ravi sambut Aidilfitri
Video yang berdurasi 1 minit 14 saat itu memaparkan keluarga Mohd Farid Ravi sedang berkumpul dan bermesra.
Aidilfitri: Tangani soalan 'panas', tetap matlamat komunikasi menggembirakan
Tanpa sedar, soalan diutarakan mengguris hati, seterusnya mengganggu emosi dan menjejaskan silaturrahim.
Aktiviti keagamaan, riadah bersama keluarga warnai sambutan ambang tahun baharu 2024
Ketibaan Tahun Baharu 2024 disambut sederhana di seluruh negara setelah kerajaan memutuskan tiada sambutan rasmi diadakan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas kejam oleh rejim