KUALA LUMPUR:Peruntukan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 meningkat kepada RM912 juta daripada peruntukan asal sebanyak RM600 juta, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata hampir 304,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro layak menerima, lebih daripada sasaran asal iaitu 200,000 PKS mikro.
"Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan GKP 2.0 mulai 30 Nov, 2020," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 27 Nov di portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.
Setiap permohonan yang diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri telah disemak silang dengan data agensi kerajaan yang berkaitan termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Tengku Zafrul berkata jumlah keseluruhan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 pada tahun 2020 adalah hampir 849,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM2.55 bilion.
GKP 2.0 di bawah pakej rangsangan ekonomi KITA PRIHATIN adalah bantuan kewangan sebanyak RM3,000 secara one-off (sekali) kepada PKS mikro yang layak dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini.
Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan pandemik COVID-19 dan meningkatkan produktiviti pengeluaran serta perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro.
Di bawah GKP 1.0 lebih 545,000 PKS mikro telah menerima manfaatnya dengan jumlah bantuan sebanyak RM1.63 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 23 2020

Tengku Zafrul berkata, di bawah GKP 1.0 lebih 545,000 PKS mikro telah menerima manfaatnya dengan jumlah bantuan sebanyak RM1.63 bilion. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Afidavit Presiden UMNO: Pemuda UMNO Kota Raja desak MKT nyatakan pendirian
Pemuda UMNO bahagian Kota Raja mendesak MKT parti segera membuat satu mesyuarat khas bagi membincangkan dan membuat sat.u pendirian berkenaan isu afidavit tambahan yang diikrar Ahmad Zahid hari ini.

BSN's interest-free personal loan increased up to RM10,000 for flood victims
Bank Simpanan Nasional (BSN) will now provide interest-free personal financing facility of up to RM10,000 to flood victims instead of up to RM5,000 announced last week.

PM akan sampai ucap tama di Sidang Kemuncak Pemulihan Negara
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan ucap tama pembukaan pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara yang diadakan secara maya pada Khamis ini.

Geran Khas Prihatin RM912 juta akan disalurkan kepada 304,000 PKS mikro mulai 30 Nov - Tengku Zafrul
Hampir 304,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro layak menerima, lebih daripada sasaran asal iaitu 200,000 PKS mikro.

Azalina tegur menteri kewangan, timbalan tiada dalam Dewan Rakyat
Azalina menegaskan sekiranya menteri tidak dapat hadir, timbalannya perlu berada dalam Dewan Rakyat mendengar perbahasan tentang Belanjawan 2021.

Nilai moratorium bayaran balik pinjaman berjumlah RM78.14 bil setakat 21 Ogos: Tengku Zafrul
Nilai moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan dianggarkan berjumlah RM78.14 bilion setakat 21 Ogos, 2020.

Pelan Pemulihan Ekonomi mesti mampu diperbaiki, diperhalusi secara berterusan - MOF
Tengku Zafrul menjelaskan, Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek ini akan tetap tertumpu kepada tiga matlamat utama.

CIMB sertai inisiatif PBB untuk perjuang perbankan mampan, bertanggungjawab
Ia juga akan menjadi ahli pengasas inisiatif yang mampan tersebut bersama dengan 26 bank terkemuka dari lima benua dan 19 negara.