Enam lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam tujuh kes pecah tabung masjid di daerah Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata semua suspek berusia 25 hingga 32 tahun itu ditahan dalam empat serbuan berasingan di sekitar Taman Seri Muda di sini, Isnin lepas.
"Polis merampas dua motosikal dan sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah itu.
"Pelbagai alatan turut dirampas dipercayai digunakan untuk mencuri wang dari tabung masjid seperti pemutar skru dan dawai penyangkut baju," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kumpulan itu dipercayai aktif melakukan jenayah berkenaan sejak dua bulan lepas, katanya.
Menurut Shafien, penahanan itu dibuat susulan tangkapan seorang lelaki berusia 25 tahun yang dipercayai anggota kumpulan terbabit oleh beberapa anggota jawatankuasa Masjid Munawarah Seksyen 27 di sini, kira-kira 4.30 pagi, 30 Dis lepas ketika suspek sedang melakukan perbuatan jenayah itu.
Beliau berkata, modus operandi kumpulan ini adalah menggunakan dawai penyangkut baju yang diletakkan gam di bahagian hujung untuk mengorek keluar wang dari tabung masjid.
"Ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek turut mendapati mereka positif dadah," katanya.
Tambah Shafie, kesemua suspek direman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2017
![Geng pecah tabung masjid diberkas Geng pecah tabung masjid diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81484831136_TabungDerma.jpg)
Enam lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam tujuh kes pecah tabung masjid di daerah Shah Alam. - Gambar hiasan
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
Pangkat atau jawatan tidak penting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi anggotanya yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Pemilik sebuah rumah kebajikan didenda RM100
Individu didakwa di dua mahkamah Kuala Lumpur berkait kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber, 5 Julai lalu.
TERKINI] Timbalan Ketua Polis Perak dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu bermula hari ini.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
![[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 [TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692062485_TBAstro.jpg)
[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Pengurus kopitiam bantu tumpaskan 'Geng Muniandy Kopitiam' Pengurus kopitiam bantu tumpaskan 'Geng Muniandy Kopitiam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81455119315_burglaryburglarr.jpg)
Pengurus kopitiam bantu tumpaskan 'Geng Muniandy Kopitiam'
Tindakan pantas dan berani seorang pengurus restoran kopitiam di Seksyen 15 membawa kepada penahanan tiga anggota kumpulan pecah masuk restoran dikenali sebagai "Geng Muniandy Kopitiam".a
![Anggota polis cedera ditikam di Shah Alam Anggota polis cedera ditikam di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71457274663_PisauKnife.jpg)
Anggota polis cedera ditikam di Shah Alam
Koperal Mohamad Azli Hashim singgah di stesen minyak selepas menghantar seorang pegawai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Shah Alam.
![Wanita bertarung nyawa diikat dalam guni dan dicampak dalam Sungai Klang Wanita bertarung nyawa diikat dalam guni dan dicampak dalam Sungai Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51486476899_bunuhdiricubaanb.jpg)
Wanita bertarung nyawa diikat dalam guni dan dicampak dalam Sungai Klang
Seorang wanita bertarung nyawa hampir setengah jam apabila dipukul dan disumbat ke dalam guni sebelum dicampak ke Sungai Klang.
![Geng pecah tabung masjid diberkas Geng pecah tabung masjid diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81484831136_TabungDerma.jpg)
Geng pecah tabung masjid diberkas
Enam lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam tujuh kes pecah tabung masjid di daerah Shah Alam.
![Jangan timbulkan kekecohan pada perlawanan piala Sultan Selangor 2016 - Polis Jangan timbulkan kekecohan pada perlawanan piala Sultan Selangor 2016 - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61462603047_ACPShafienMamat.jpg)
Jangan timbulkan kekecohan pada perlawanan piala Sultan Selangor 2016 - Polis
Polis memberi amaran keras kepada penonton perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor 2016 di Stadium Shah Alam malam ini supaya tidak menimbulkan kekecohan atau membakar suar.