ALOR SETAR:Tiga sindiket yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun dan curi kenderaan di Kulim tumpas, apabila polis menahan 15 individu di beberapa lokasi di daerah itu sejak bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Azhar Hashim berkata polis percaya 30 kes samun dan curi kenderaan yang dilaporkan di daerah berkenaan sejak November lepas berjaya diselesaikan susulan penahanan semua suspek yang dipercayai ahli 'Geng Pali', 'Geng Pak Su' dan 'Geng Susang' itu.
Beliau berkata serbuan pertama pada 23 Disember lepas menyaksikan polis berjaya menahan dua lelaki berumur 26 dan 28 tahun, dengan salah seorang daripanya dipercayai ketua kumpulan 'Geng Pali' yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di sekitar Lunas.
"Siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berumur 23 tahun. Penahanan ketiga-tiga suspek ini membolehkan kita menyelesaikan 10 kes curi kenderaan dan lima kes samun jalanan menggunakan senjata tajam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata dalam serbuan kedua pada 27 Disember lepas pula, polis menahan sembilan lelaki yang merupakan anggota 'Geng Pak Su' dalam dua tangkapan berasingan di sekitar Kulim, yang disyaki terlibat dalam kes samun premis perniagaan.
"Kesemua suspek yang berumur antara 19 dan 35 tahun itu dipercayai terlibat dalam lima kes samun di Padang Serai dan Sungai Karangan. Ketua kumpulan yang dikenali sebagai 'Pak Su' yang berumur 27 tahun mempunyai enam rekod jenayah lampau turut ditahan.
"Sementara itu, pada Selasa lepas, polis berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai anggota 'Geng Susang' berumur antara 20 dan 36 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan menyamun warga asing," katanya.
Katanya, polis sedang mengesan seorang lagi lelaki berumur 27 tahun yang merupakan ketua kepada kumpulan itu dan dengan penahanan kesemua suspek, polis berjaya menyelesaikan 10 kes samun yang menyasarkan wanita warga asing.
Dalam pada itu, Azhar berkata hasil siasatan mendapati ketiga-tiga sindiket ini menggunakan hasil samun untuk membeli dadah dan kesemua mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021
Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga sindiket ini menggunakan hasil samun untuk membeli dadah dan kesemua mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut. - Gambar hiasan
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tinjauan udara banjir di Terengganu
Bagi melihat tinjauan banjir di Terengganu melalui udara pula.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.
Polis tahan lelaki buat kacau, pecah cermin kereta di Bayan Lepas
Lelaki tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.
Hukuman berat jika buat jenayah di Makkah, Madinah
Md Daud berkata, pelaku tidak dibenarkan dibawa pulang ke negara asal selagi belum selesai menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
BHEUU JPM tubuh jawatankuasa kerja perkukuh sistem keadilan jenayah negara
Ia bagi terus memperkukuh sistem keadilan negara yang menyentuh isu jenayah siber dengan membabitkan kaedah moden.
Dua suspek samun berparang di Banting kecundang
Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun telah ditahan di sebuah rumah sekitar Sungai Sedu, Banting pada Rabu.
Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak dibenar tinggalkan Perancis
Durov mesti kekal di Perancis dengan ikat jamin sebanyak AS$5.6 juta dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu.
Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin
Darmanin berkata kesan kehadiran pasukan keselamatan yang meningkat, terdapat penurunan besar dalam jumlah kesalahan jenayah minggu lepas.
Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya
Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang pada 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan.
Langkah wajibkan pengendali media sosial mohon lesen tepat pada masanya - Pakar
Ia mampu memberikan timbal balik dalam pelaksanaan ekosistem penggunaan media sosial khususnya berkaitan isu membabitkan jenayah sivil.
Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.