Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sehinggakan mencetuskan suasana panik berhubung kejadian gempa bumi lemah yang berlaku di Tasik Kenyir, di sini malam tadi.
Keadaan adalah selamat dan polis sedang melakukan pemantauan di kawasan sekitar Tasik Kenyir yang mengalami gegaran susulan kejadian gempa bumi itu, katanya kepada Bernama hari ini.
Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan di Tasik Kenyir dan gegaran boleh dirasai di Kuala Berang pada 9.25 malam tadi. Pusat gempa bumi itu terletak di 5 darjah Utara dan 102.9 darjah Timur, iaitu 16 km Barat Daya dari Kuala Berang.
Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.
Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar Tasik Kenyir, Kampung Jenagor, Kampung Pasir Dula dan Bandar Kuala Berang mendapati penduduk dan pengusaha kedai makan menjalankan aktiviti seperti biasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Mohd Zamri Omar berkata pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan termasuk di kawasan empangan Tasik Kenyir mendapati tiada kawasan yang terjejas akibat gegaran itu.
"Kami telah menjalankan pemeriksaan di beberapa kawasan dan kami juga telah dimaklumkan tiada apa yang terjejas dalam kawasan empangan," katanya.
Anggota Dewan Undangan Negeri Telemong, Rozi Mamat berkata kejadian gempa bumi lemah itu tidak boleh dipandang ringan memandangkan kejadian tersebut dikatakan pernah berlaku sewaktu pembinaan Empangan Tasik Kenyir.
Katanya beliau akan mengusulkan kepada kerajaan negeri supaya melakukan kajian saintifik terhadap kejadian tersebut dan mengambil langkah persediaan bagi menjamin keselamatan semua pihak terutamanya penduduk.
"Langkah-langkah keselamatan seperti alat pengesan gempa bumi dan siren untuk memaklumkan kepada penduduk perlu dipasang supaya penduduk boleh mengambil langkah awal sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya.
Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia negeri berkata orang ramai tidak perlu risau kerana Pengurus Besar Stesen Janakuasa Eletrik Sultan Mahmud Mustafa Hashim mengesahkan kejadian itu tidak memberi kesan kepada empangan.
"Malam tadi memang ramai penduduk yang telefon saya tanya apa yang terjadi, ada yang bagitahu rumah mereka bergoyang dan terasa macam angin kuat ... mereka juga bagitahu gegaran berlaku dua kali iaitu sekitar 9.20 malam dan 11.10 malam," katanya.
Katanya gegaran dirasai lebih 20 kampung di sekitar kawasan Empangan Tasik Kenyir termasuk Kampung Jenagor, Kampung Tapah, Kampung Dusun, Kampung Pueh, Kampung Dura dan Kampung Sungai Berua.
Bernama
Wed Feb 24 2016
polis sedang melakukan pemantauan di kawasan sekitar Tasik Kenyir yang mengalami gegaran susulan kejadian gempa bumi itu
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyat
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud gegar timur Indonesia
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda perairan timur wilayah Maluku Utara, Indonesia, pada Isnin.
Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi kuat landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi
Pusat gempa bumi itu terletak 0.1 Selatan dan 122.9 Timur dengan kedalaman 144 km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Bandung - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas setakat ini akibat gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu.
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter landa Bandung, akibatkan kerosakan
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter yang melanda Kabupaten Bandung, Jawa Barat mengakibatkan kerosakan kepada kediaman dan kemudahan awam.
Gempa bumi kuat landa rantau Kepulauan Mariana
Pusat gempa bumi itu dikesan di 17.1 darjah utara dan 147.2 darjah timur dengan kedalaman 112km iaitu 2,156km tenggara dari Yokosuka, Jepun.