GAZIANTEP: Pasukan penyelamat kedua Malaysia yang dihantar bagi membantu kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi Turkiye (MAS-10) yang tiba di Gaziantep pada petang Khamis, masih tidak dapat memasuki ground zero akibat masalah logistik.
Kekangan itu disebabkan barangan kelengkapan untuk operasi SAR dan keperluan peribadi anggota terlibat yang dibawa dari Kuala Lumpur tidak sampai sepenuhnya di Lapangan Terbang Gazientep walaupun pasukan misi telah tiba pada Khamis, 5.50 petang (waktu tempatan).
Ketua pasukan MAS-10 Abdul Manaf Che Isa berkata masalah berkenaan kemungkinan terjadi berikutan banyak agensi SAR dari negara luar tiba di Turkiye pada hari yang sama.
"Tapi Alhamdullilah, setakat pukul 9.40 malam ini (waktu tempatan) 70 peratus barangan kita sudah sampai termasuk dua anjing pengesan iaitu Denti dan Frankie yang berada dalam keadaan baik," katanya kepada Bernama dan RTM.
Abdul Manaf berkata pasukan berkenaan akan bergerak ke Nurdagi kira-kira 45 kilometer di barat Gaziantep yang merupakan lokasi ditetapkan agensi bantuan bencana tempatan, sebaik semua barangan keperluan diperoleh.
MAS-10 yang merupakan pasukan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) disertai 20 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta 20 pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) berlepas dari Kuala Lumpur pada Rabu malam dan tiba di Istanbul 6 pagi, Khamis.
Turut menyertai pasukan berkenaan, adalah dua petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan seorang petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pemerhatian Bernama di Lapangan Terbang Gazientep mendapati banyak agensi SAR luar negara yang tiba antaranya dari China, Tajikistan dan Rusia.
Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada Isnin lepas telah meragut puluhan ribu nyawa.
Kesan gegaran gempa itu dilaporkan turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.
Turkiye pada Selasa mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa bagi memastikan misi SAR berjalan lancar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023
Pasukan MAS-10 memasang kemah setibanya di Pusat Operasi MAS-10 di Nurda awal pagi ini. -Bernama
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
AWANI Tonight: PM secures RM32.8 mil in potential investments with S.Korea
Datuk Seri Anwar Ibrahim concluded his visit to South Korea on a high note, securing RM32.8 billion in potential investments into Malaysia. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi reports from Seoul.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Gempa Turkiye: 2.5 juta kanak-kanak perlu bantuan - UNICEF
UNICEF mengeluarkan amaran tersebut selepas dua bulan gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan utara Syria.
Gempa bumi Turkiye: Angka korban melepasi 45,000 di Turkiye dan Syria
Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria terus meningkat melebihi 45,000 mangsa pada Sabtu.
'Jumpa di Parlimen selepas ke Turkiye, Alhamdulillah selamat pulang' - Wan Azizah
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan kesyukuran setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat pulang dari Turkiye.
Gempa Turkiye: Lelaki 62 tahun ditemui selamat selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan
Huseyin Berber terpaksa minum air kencing sendiri untuk meneruskan hidup sepanjang terperangkap.
Gempa bumi Turkiye: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap
Seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan pangsapuri yang didiaminya di Mersin, Turkiye pada 14 Februari lalu.
'Rumah kami bergoyang sebelum menyembah bumi' - Mangsa gempa Turkiye
Itu pengalaman ngeri yang dialami Muhammad Nur Damlah ketika gegaran berukuran 7.8-magnitud membadai beberapa daerah di Turkiye dan Syria.
Dianggap tindakan berlebihan, PM Anwar perjelas sebab kunjungan ke Turkiye
Kunjungan dibuat atas dasar persahabatan istimewa selain Turkiye banyak salur bantuan kepada Malaysia.
Gempa bumi Turkiye: 'Saya minum air kencing' - Mangsa terselamat selepas 4 hari
Mangsa, Adnan Muhammed Korkut berjaya dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Jumaat.
Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART MAS-01 usaha keluarkan mangsa terperangkap bawah runtuhan
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ketika ini sedang menyelamatkan seorang mangsa yang dikatakan tertimbus di dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Gaziantep, Turkiye.
Gempa bumi Turkiye: Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar dari kawasan gempa - Duta
Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar daripada kawasan Gempa Bumi di Gaziantep, Turkiye.