Penduduk dinasihati lebih berhati-hati ketika musim tengkujuh kerana dikhuatiri kemungkinan ada gelombang banjir seterusnya yang dijangka penghujung bulan ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Beliau berkata masyarakat seharusnya mendengar arahan pihak berkuasa jika kawasan kediaman mereka dilanda banjir.
"Saya dapat tahu hujung bulan ini ada satu lagi gelombang (banjir). Jadi, saya harap semua masyarakat lebih berhati-hatilah," kata beliau kepada media selepas melakukan tinjauan udara di beberapa daerah pada Isnin.
Tinjauan itu yang menggunakan helikopter jenis AW 189 Agusta milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berlangsung selama sejam bermula pada pukul 12.30 tengah hari dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Tinjauan dilakukan di kawasan Johor Bahru, Mersing dan Pengerang di Kota Tinggi dengan turut disertai Pengarah JBPM Johor Datuk Yahaya Madis.
Sementara itu, Yahaya berkata melalui pemerhatian beliau, keadaan banjir kini terkawal kerana ada daerah yang air sudah mulai surut.
"... yang kita nampak cuma ada jalan utama menghubungkan Kota Tinggi ke Mersing masih terputus dan kawasan Kampung Mawai masih lagi digenangi air dan tidak selamat.
"Kita berharap dengan cuaca yang baik seperti hari ini, keadaan akan semakin pulih," kata beliau ketika dihubungi Bernama, di sini.
Beliau berkata esok, pihaknya akan meneruskan pemantauan udara di beberapa lagi daerah termasuk Batu Pahat, Kluang dan Segamat selain akan melakukan beberapa penerbangan ihsan termasuk menghantar bekalan makanan kepada penduduk ke Kampung Peta Endau dan membawa keluar pesakit Orang Asli.
Dalam hal berkaitan, paras air di dua sungai dan kolam di sebuah empangan di negeri ini telah melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat berterusan sejak Jumaat lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah Wee Tse berkata tiga sungai berkenaan ialah Sungai Muar di Kampung Awat dekat Segamat; Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat dan kolam air di Empangan Machap di Kluang.
"Berdasarkan data pukul 11.15 pagi tadi, paras Sungai Lenik telah melebihi paras bahaya iaitu paras 6.59 meter (paras bahaya ialah 6 meter), Sungai Muar di Kampung Awat telah mencapai paras 20.19 meter (paras bahaya ialah 19.95 meter) manakala kolam air di Empangan Machap melebihi paras bahaya iaitu 17.42 meter (paras bahaya ialah 17.4 meter)," kata beliau ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Puah berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diminta untuk memantau situasi dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 16 2019

Pemandangan dari atas udara menampakkan kawasan rumah yang terjejas akibat banjir ketika tinjauan Bernama bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat pada Isnin. Foto: Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.