KUALA LUMPUR:Mangsa banjir yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut, mungkin akan kembali ke pusat pemindahan sementara (PPS), berikutan terdapat risiko berlakunya kejadian gelombang banjir berulang, ketika monsun timur laut.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon berkata kejadian banjir juga mungkin berlaku sekali lagi, sepanjang musim tengkujuh ini, walaupun cuaca semakin baik, sejak Isnin.
"Terdapat kemungkinan berlaku hujan lebat di Kelantan dan Terengganu pada 8 dan 9 Jan," katanya ketika menjadi tetamu program terbitan Bernama TV, "Ruang Bicara bertajuk Monsun Timur Laut 2021: Peka dan Waspada" yang disiarkan secara langsung, pada Selasa malam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Norhafifi Ismail menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan pergerakan ketika musim tengkujuh.
"Pada musim tengkujuh, terdapat kemungkinan berlaku banjir, tanah runtuh, jalan putus yang boleh menyebabkan pengguna jalan raya terkandas. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika pengguna jalan raya tidak membawa bekalan makanan dan minuman dalam perjalanan," katanya.
Norhafifi berkata langkah mengurangkan pergerakan adalah bersesuaian dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya orang ramai tidak keluar rumah bagi perkara yang tidak mustahak untuk membendung penularan COVID-19.
Sehingga malam ini, keadaan banjir yang melanda Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Johor, beransur pulih dengan jumlah mangsa dipindah ke PPS semakin berkurangan. Bagaimanapun jumlah mangsa banjir di PPS di Pahang merekodkan sedikit peningkatan iaitu 18,217 orang mangsa pada malam ini berbanding 17,747 orang siang tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 05 2021
Menurut MetMalaysia, kejadian banjir juga mungkin berlaku sekali lagi, sepanjang musim tengkujuh ini, walaupun cuaca semakin baik, sejak Isnin. -Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir Terengganu: Lebih 2,000 mangsa dibenar pulang, hanya 59 masih berada di PPS
Hanya 59 mangsa daripada 15 keluarga masih terjejas di daerah Kemaman, dengan tiga Pusat Pemindahan Sementara masih diaktifkan.
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
Mangsa banjir Kemaman terus meningkat kepada lebih 2,000
Ketika ini, hujan melanda di beberapa tempat di negeri ini dan jumlah mangsa turut menunjukkan trend meningkat.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat, lima daerah terjejas
Selepas Kemaman, empat lagi daerah di Terengganu iaitu Marang, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun terjejas akibat banjir setakat jam 11 malam pada Selasa.
Kemaman dilanda banjir, dua PPS diaktifkan
Kemaman menjadi daerah pertama di Terengganu dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak malam tadi.
Banjir: PPS di Perak ditutup sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru dekat Sungkai di daerah Batang Padang ditutup 10 pagi ini.
Banjir pulih, PPS Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru ditutup
Penutupan satu-satunya PPS itu dimaklumkan Pegawai Daerah Batang Padang Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori.
Banjir: Satu PPS dibuka di Perak
Semua mangsa dari Kampung Klah Baru yang terjejas banjir itu ditempatkan di PPS berkenaan sejak 12 tengah malam tadi.
Aplikasi Sistem InfoBencana JKM 3.0 mudahkan pendaftaran PPS
Aplikasi kendalian JKM itu telah dinaik taraf, membolehkan urusan pendaftaran mangsa banjir di PPS dilakukan.