Mulai hari ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akan menggunakan gelaran penghormatan ‘His Majesty’ dalam semua penerbitan dan pengucapan bahasa Inggeris.
Gelaran bagi Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah pula akan menggunakan 'Her Majesty'.
Menurut laporan media, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abd Rahim Ramli, berkata gelaran ‘His Majesty’ itu akan menggantikan gelaran 'His Royal Highness' yang diguna pakai sebelum ini.
"Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim, dengan keistimewaan hak dan kuasa Tuanku di bawah Bahagian Kedua 7(2)(d)(f) dan (g) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 telah suka berkenan menukar gelaran bahasa 'His Royal Highness' kepada 'His Majesty'.
"Gelaran dalam bahasa Melayu 'Duli Yang Maha Mulia' bagi Tuanku dan Tuanku Permaisuri adalah dikekalkan," katanya seperti yang diungkap dalam laporan media.
Penukaran gelaran itu dilakukan dibawah Perkara 7 (2)(d)(f) dan (g) Bahagian Kedua Perlembagaan Negeri Johor 1895.
Ekoran itu, Sultan Ibrahim akan digelar sebagai “Your Majesty, Tuanku” atau “Sir" Dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah harus digelar sebagai "Your Majesty, Tuanku” atau “Madam".
Astro Awani
Tue Sep 05 2017

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akan menggunakan gelaran 'His Majesty' mulai hari ini. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Gelaran 'His Majesty' akan digunakan untuk Sultan Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akan digelar sebagai "His Majesty" dalam penerbitan dan pengucapan bahasa Inggeris mulai hari ini.