ISU rokok dan vape kian berleluasa di Malaysia dan perkara ini amat membimbangkan kerana rokok dan vape memberi banyak kesan negatif pada kesihatan para perokok dan orang di sekeliling. Tabiat menghisap rokok dan vape tidak sepatutnya dianggap sebagai satu perkara yang normal dan tidak perlu dijadikan budaya yang patut dicontohi. Akibat dari kecuaian kita sendiri, kini wanita, para remaja dan kanak-kanak di luar sana telah menjadikan rokok dan vape sebagai tabiat baru mereka.
Melihat permasalahan yang timbul dan menyedari pentingnya institusi keluarga, beberapa badan-badan NGO telah berkolaborasi di bawah satu naungan Rakan Strategik GEGAR Wanita agar dapat meningkatkan kesedaran, menjalankan advokasi dan mempromosi persekitaran sihat tanpa amalan merokok. Ia juga berperanan melindungi Generasi Penamat atau lebih dikenali sebagai GEG (Generational EndGame) daripada ancaman produk merokok bermula dari rumah, melalui inisatif MyHOUSE (Malaysian Homes withOut Smoke Environment). Di samping itu, ia juga berperanan mempromosi Perkhidmatan Berhenti Merokok, mQuit, khidmat bantuan kepada ahli keluarga yang merokok.
Rakan Strategik GEGAR Wanita diterajui oleh Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Persatuan Mencegah Dadah (PEMADAM) Kebangsaan, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM), Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH) dan Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health).
Terkini, Wanita kecewa dengan respons beberapa Ahli Parlimen yang tidak menyokong RUU ini. RUU ini telah lama ditunggu oleh kami kumpulan aktivitis Wanita menentang masalah merokok yang menjejaskan kesihatan, bukan saja perokok tetapi juga mereka yang terdekat. Berbagai masalah kesan sampingan yang akan timbul bukan saja masa kini seperti kemurungan dan kesihatan mental, tetapi juga masa depan, seperti kesihatan reproduktif (reproductive health), kanser, jantung, paru-paru dan sebagainya, tanpa mengambil kira beban kesihatan (health burden) dan impak sosio-ekonomi. Tanggungjawab wanita dilihat amat besar dan penting dalam pengurusan keluarga dan masyarakat atau komuniti.
Wanita berpendapat pelaksanaan GEG atau Generasi Penamat yang lebih tertumpu melarang golongan remaja agar tidak memulakan tabiat merokok mesti disokong. Perkara ini akan sekali gus membanteras masalah merokok dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Lebih membimbangkan lagi, banyak laporan-laporan dan catatan (posting) di media sosial yang telah menunjukkan kesan sampingan penggunaan rokok dan vape kepada golongan muda. Ini bermakna sudah ramai remaja terjebak dengan ketagihan rokok dan vaping.
Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bagi membanteras tabiat merokok dan mengekang penggunaan produk tembakau di Malaysia, KKM sudah lama berusaha menyediakan RUU ini semenjak tahun 2013 lagi dengan melibatkan 5 mantan Menteri Kesihatan. Jadi apa lagi yang hendak ditunggu! Pihak Wanita sangat berbesar hati atas kesungguhan politik (political will) yang ditunjukkan oleh YB Menteri Kesihatan di mana akhirnya dapat membawa Akta ini ke Parlimen. Kami mengharapkan supaya Ahli Parlimen terutamanya Ahli-Ahli Parlimen Wanita bersatu hati untuk meluluskan akta ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan generasi akan datang. Diharapkan Ahli Parlimen dan pihak kerajaan tidak mengikut telunjuk pihak industri (rokok, vape dsbnya) yang cuba mengekalkan perniagaan mereka dengan bergantung kepada rakyat Malaysia yang mengalami ketagihan nikotin samada di dalam vape atau rokok.
Pihak Wanita turut menyeru supaya semua agensi penguatkuasaan yang lain bersatu padu bersama-sama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia terutamanya dalam usaha membendung pasaran rokok tidak sah (illicit market). Akhirnya, melalui pelaksanaan Generational End Game (GEG) golongan perokok akan berkurangan dan tiada pelapis yang akan meneruskan gejala ini di masa hadapan terutamanya golongan wanita dan juga kanak-kanak di Malaysia.
Disediakan oleh:
Roslizawati Md Ali
Presiden Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH)
bagi pihak Rakan Strategik GEGAR Wanita
Datuk Dr Saunthari Somasundaram – Presiden NCSM
Zuriah Abu Bakar - PEMADAM Kebangsaan
Dr Afiq Mohd Noor – Presiden IKRAM Health
Prof Mohamad Haniki Nik Mohamed – Presiden MAAH
Datuk Dr Raj Karim – Presiden MKKM
Kenyataan Media
Thu Jul 21 2022
GEGAR Wanita berkata, lebih membimbangkan apabila banyak laporan dan posting di media sosial yang menunjukkan kesan sampingan penggunaan rokok dan vape kepada golongan muda. - Gambar hiasan
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Kerajaan Thai digesa runding pembebasan warga tempatan
Kerajaan Thailand digesa untuk segera runding pembebasan warga tempatan yang berada dalam tahanan Hamas.
Pemeriksaan telefon bimbit hanya terhadap individu disyaki, bukan secara rambang - KPN
Polis hanya akan melakukan pemeriksaan telefon bimbit terhadap individu disyaki dalam sesuatu siasatan kes.
Ketahui ancaman tersembunyi perbuatan merokok, hisap vape kepada orang tersayang
"Dengan vape, anak-anak muda secara tidak sengaja menjadi tikus putih dalam eksperimen yang tidak terkawal."
Pihak berkaitan digesa mohon lesen edar produk tembakau - LKTN
Individu dan pihak berkaitan termasuk pemilik gudang, peruncit serta pengedar produk tembakau digesa memohon lesen untuk pengedaran atau pengeluaran tembakau.
Indonesia naikkan had usia minimum pembelian rokok kepada 21 tahun
Indonesia menaikkan had usia minimum untuk membeli rokok daripada 18 kepada 21 pada Rabu.
Vape beri tanggapan seolah-olah benda buruk jadi baik - KKM
Cabaran sebagai pengamal perubatan dan pembuat polisi untuk menangani penggunaan produk tembakau menjadi lebih sukar akibat pengenalan produk pengewap atau vape.
GEG: "Saya sudah buat yang terbaik, terpulang kepada kerajaan baharu" - KJ
Khairy akan tetap sokong Dasar Generasi Penamat serta RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 walau tiada jawatan selepas ini.
GEGAR Wanita selar Ahli Parlimen tolak RUU Kawalan Tembakau
Tabiat menghisap rokok dan vape tidak sepatutnya dianggap normal dan tidak perlu dijadikan budaya yang patut dicontohi.
Merokok: Lebih 27,000 kematian rakyat Malaysia setiap tahun - Pengamal perubatan
Di Malaysia terdapat kira-kira 4.8 juta perokok dan dianggarkan lebih daripada 27,200 kematian rakyat Malaysia setiap tahun berkaitan dengan merokok.
Kerajaan rancang haramkan produk tembakau kepada individu lahir selepas 2005
Kerajaan merancang untuk mengharamkan produk tembakau terhadap generasi akan datang dengan melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada golongan yang dilahirkan selepas 2005.
Pengurangan harga rokok sah mampu banteras isu penyeludupan?
Persoalannya, adakah kajian telah dibuat dengan menurunkan harga rokok sah akan mengurangkan lambakan rokok tidak sah?
Sindiket seludup air zam zam, rokok putih, tembakau tumpas - JKDM
JKDM berjaya menumpaskan tiga sindiket penyeludupan melibatkan air zam zam, tembakau dan rokok putih di Pelabuhan Klang dan Shah Alam pada 27 hingga 29 Jan lepas.