MANJUNG: Aktiviti pendaratan penyu, eko-pelancongan dan struktur fizikal kawasan pantai bakal musnah serta terjejas sekiranya kerajaan negeri tidak menggazetkan semula Pantai Pasir Panjang, Segari yang kini diancam penerokaan haram.
Penyelidik Lapangan Persatuan Sahabat Alam Malaysia (SAM) Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata kawasan itu telah dinyahgazetkan pada 2 Feb 1989 dan sejak itu, pelbagai program penanaman pokok dilaksanakan sebelum 'diserang' aktiviti pengambilan pasir tanpa kebenaran pihak berkuasa sejak November lepas.
"Kita bersama-sama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat aduan mengenai aktiviti pengorekan pasir pada pihak berkuasa pada 4 Nov lepas dan turun sendiri melihat kawasan diterokai itu empat hari kemudian selepas penduduk kampung memaklumkan ia masih berlaku.
"Pihak komuniti Segari memaklumkan pihak berkuasa memasuki kawasan terbabit pada awal Disember lepas dan beranggapan tindakan sewajarnya telah diambil namun amat mengejutkan kerana wujud pergerakan jentera selain kawasan telah dipagar pada 28 Dis.
"Kami kemudian ke kawasan itu dua hari lepas dan mendapati kawasan hutan di pesisir pantai telah ditebang bagi memberi laluan untuk mengangkut keluar pasir yang dilombong melalui jalan laut.
"Terdapat banyak pokok dilonggokkan selain kemusnahan alam sekitar. Ini sangat mendukacitakan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di kawasan penerokaan haram tersebut, kira-kira 91 kilometer dari Ipoh pada Selasa, yang turut dihadiri penduduk kampung berdekatan yang membuat bantahan aman berikutan aktiviti pengambilan pasir itu.
Meor Razak berkata sehingga kini, kira-kira 30 peratus dari 130 hektar kawasan tersebut telah diterokai secara haram sehingga dibimbangi akan memusnahkan kawasan pendaratan penyu, impak kepada ekosistem persisiran pantai selain mengancam kepupusan habitat dan haiwan seperti Beruang Matahari.
"Berdasarkan dokumen Rancangan Fizikal Negara (RFN), semua kawasan pendaratan penyu di Semenanjung Malaysia termasuk disini, telah dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (KSAS Tahap 1).
"Ia tidak boleh dibangunkan untuk sebarang kegiatan dan penukaran guna tanah kecuali eko-pelancongan yang berimpak rendah, pendidikan dan penyelidikan.
"Kegiatan pengambilan pasir dibimbangi boleh mengganggu dan memusnahkan struktur fizikal kawasan pantai dan menyebabkan tidak sesuai lagi untuk penyu mendarat dan bertelur di kawasan tersebut," jelasnya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) Noor Ismady Ahmad Radzuan berkata pihak terlibat dalam penerokaan haram itu seolah-olah tidak menghiraukan garisan kuning yang dipasang pihak berkuasa dan masih meneruskan aktiviti pengorekan pasir sehingga pada Selasa.
Pemerhatian Bernama di kawasan itu mendapati wujudnya pokok yang telah ditumbangkan, longgokan kayu yang telah ditebang, kemusnahan hutan pesisir pantai selain kelibat tiga jentera pengorek pasir di kawasan hutan yang telah 'dipagar' dengan garisan kuning dari pihak berkuasa.
Bernama sebelum ini melaporkan, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) tidak menerima sebarang permohonan dan tiada kebenaran dikeluarkan pihak tersebut sehingga hari ini malah telah mengarahkan kerja-kerja projek itu dihentikan serta-merta.
Malah, pihak yang menjalankan aktiviti pengambilan pasir di Pantai Pasir Panjang, Manjung sudah beberapa kali diberi amaran oleh pihak berkuasa supaya menghentikan kerja di tapak namun tetap berdegil walaupun tidak memperoleh sebarang kebenaran.
Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip dilapor berkata kerja-kerja di tapak itu dikesan sejak November lepas dan pihaknya dengan kerjasama MPM telah mengarahkan supaya ia dihentikan sementara menunggu kelulusan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022
![Gazet semula Pantai Pasir Panjang, elak penerokaan haram berleluasa Gazet semula Pantai Pasir Panjang, elak penerokaan haram berleluasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641316277_TanjungGemukPanta.jpg)
Kawasan itu telah dinyahgazetkan pada 2 Feb 1989 dan sejak itu, pelbagai program penanaman pokok dilaksanakan sebelum 'diserang' aktiviti pengambilan pasir tanpa kebenaran November lepas. - Gambar/ Persatuan Aktivis Sahabat Alam
![Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698815307_TBaluminium.jpg)
Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.
![Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200 Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
AWANI Ringkas: Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Februari 2025
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
![Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739265191_harimaukumbangmati.jpg)
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
Agenda AWANI: The world changing is the definition of property still the same
As the world evolves with technological advancements, economic shifts, and global crises, has our understanding of poverty kept up? Tonight at 9pm on #AgendaAWANI.
![Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736658985_parang.jpg)
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
![Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.
![Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738902590_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
![Segera warta kawasan Pantai Pasir Panjang Segera warta kawasan Pantai Pasir Panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662327775_PantaiPasirPanjang.jpg)
Segera warta kawasan Pantai Pasir Panjang
Kerja-kerja perlombongan pasir di Tanjung Hantu dilihat masih beroperasi meskipun pelbagai bantahan telah disuarakan.
![Tiada pengeluaran pasir silika di Pasir Panjang - MB Perak Tiada pengeluaran pasir silika di Pasir Panjang - MB Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640218113_DatukSeriSaaraniM.jpg)
Tiada pengeluaran pasir silika di Pasir Panjang - MB Perak
PTG Perak tidak pernah mengeluarkan kelulusan lesen kepada sesiapa pun untuk mengambil pasir di Pantai Pasir Panjang, Segari, Lumut.
![Operasi korek pasir silika atas tanah milik syarikat Operasi korek pasir silika atas tanah milik syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641594965_Operasikorekpasir.jpg)
Operasi korek pasir silika atas tanah milik syarikat
Lot tersebut bukannya berstatus tanah kerajaan menyebabkan pihaknya sukar untuk menyita jentera dan menahan individu yang terbabit.
![Gazet semula Pantai Pasir Panjang, elak penerokaan haram berleluasa Gazet semula Pantai Pasir Panjang, elak penerokaan haram berleluasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641316277_TanjungGemukPanta.jpg)
Gazet semula Pantai Pasir Panjang, elak penerokaan haram berleluasa
Kawasan itu telah dinyahgazetkan pada 2 Feb 1989 dan sejak itu, pelbagai program penanaman pokok dilaksanakan sebelum 'diserang' aktiviti pengambilan pasir.
![MPM arah henti kerja korek pasir di Pantai Pasir Panjang MPM arah henti kerja korek pasir di Pantai Pasir Panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641145024_TanjungGemukPanta.jpg)
MPM arah henti kerja korek pasir di Pantai Pasir Panjang
Lesen dan permit bahan batuan serta mineral bagi kerja-kerja terbabit dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).