IPOH: Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengeluarkan notis henti kerja ke atas projek korek pasir yang didakwa dijalankan di kawasan pendaratan penyu Tanjung Gemuk, Pantai Pasir Panjang, di Manjung.
Yang Dipertua MPM Syamsul Hazeman Md Salleh berkata lesen dan permit bahan batuan serta mineral bagi kerja-kerja terbabit dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
"Sehingga kini pihak MPM belum menerima permohonan rasmi melibatkan kebenaran kerja tanah," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
Persatuan Aktivis Sahabat Alam menerusi Twitter sebelum ini memuat naik dua keping gambar memaparkan aktiviti mengorek pasir di kawasan berkenaan yang merupakan zon sensitif alam sekitar tahap satu.
Menurut persatuan itu kawasan sensitif alam sekitar tahap satu adalah kawasan yang tidak boleh dijalankan sebarang jenis aktiviti pembangunan selain pelancongan terkawal dan penyelidikan sebagaimana dinyatakan dalam peraturan atau Rancangan Fizikal Negara serta Rancangan Tempatan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Rosli Zul ketika dihubungi berkata pihaknya akan melakukan semakan sebelum mengambil tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022

Persatuan Aktivis Sahabat Alam menerusi Twitter sebelum ini memuat naik dua keping gambar memaparkan aktiviti mengorek pasir di kawasan berkenaan yang merupakan zon sensitif alam sekitar tahap satu. - Foto Facebook Persatuan Aktivis Sahabat Alam

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jumlah pendaratan penyu di negara ini meningkat - DOF
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) merekodkan jumlah pendaratan penyu di perairan negara ini meningkat sebanyak 11.17 peratus pada tahun lepas.

Pokok merambong ditanam di pesisir pantai tingkat pendaratan penyu karah
Pokok dari jenis tumbuhan renek itu berupaya menarik tumpuan penyu karah untuk mendarat dan bertelur.

MPM arah henti kerja korek pasir di Pantai Pasir Panjang
Lesen dan permit bahan batuan serta mineral bagi kerja-kerja terbabit dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Pengusaha pusat konservasi penyu terkilan operasi diarah tutup
Rasli berkata beliau menerima notis penutupan operasi daripada jabatan itu kerana memiliki penyu tanpa lesen selain diarah melepaskan kesemua haiwan terbabit ke habitat asal pada 21 April lalu.

Kembalikan kegemilangan pendaratan penyu, tarik pelancong - Exco
Kerajaan negeri akan terus memberi fokus kepada usaha-usaha konservasi penyu dan tuntung di 46 kawasan yang mana 14 daripadanya telah diwartakan sebagai pusat pemuliharaan dan santuari penyu.

Melaka cadang warta Pantai Padang Kemunting kawasan pendaratan penyu karah
Pewartaan itu penting bagi memastikan kawasan itu kekal menjadi habitat penyu karah dan dapat meminimumkan aktiviti pembangunan yang menjejaskan habitat hidupan marin.