Kerajaan Melaka bercadang mewartakan kawasan pantai sepanjang kira-kira satu kilometer di Padang Kemunting, Pengkalan Balak dekat sini sebagai kawasan pendaratan penyu karah.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri Datuk Md Rawi Mahmud berkata inisiatif itu diambil sebagai usaha memastikan haiwan diancam kepupusan tahap kritikal itu dapat dikekalkan.
Beliau berkata, pewartaan itu penting bagi memastikan kawasan itu kekal menjadi habitat penyu karah dan dapat meminimumkan aktiviti pembangunan yang menjejaskan habitat hidupan marin di kawasan itu.
"Selagi kita dapat kutip telur penyu, tetaskan kemudian lepaskan ke laut, sekali gus ia akan memelihara ekosistem laut dan menjamin kelangsungan hidup haiwan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin malam.
Terdahulu, beliau merasmikan Program Hari Penghargaan Ranger di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Padang Kemunting yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Perikanan Melaka Mohd Ghazali A Manap.
Pada majlis itu, seramai lapan ranger yang merupakan pasukan di bawah Jabatan Perikanan menerima sijil penghargaan sebagai pengiktirafan atas sumbangan dalam menghadapi pelbagai cabaran getir terutama ketika berdepan dengan pemburu haram telur penyu. -- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2016

Inisiatif pewartaan itu adalah sebagai usaha memastikan haiwan diancam kepupusan tahap kritikal itu dapat dikekalkan. - Foto AFP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pendaratan penyu karah di Taman Laut Labuan meningkat
Kadar pendaratan penyu karah di sekitar pantai di Taman Laut Labuan menunjukkan peningkatan dengan sekurang-kurangnya 19 penyu itu direkodkan mendarat sejak Januari lepas hingga bulan ini.

Lindung, pulihara habitat gajah perlu usaha sama semua pihak - Takiyuddin
Sebanyak 3,325 aduan konflik manusia dan gajah telah dilaporkan dari 2015 hingga 2021.

Pengecilan habitat antara cabaran konservasi hidupan liar - Perhilitan
Cabaran lain termasuk peningkatan penggunaan jerat oleh pemburu haram serta kewujudan perdagangan haram hidupan liar secara maya.

Fragmentasi hutan punca Harimau Malaya sukar membiak, di ambang kepupusan - RIMAU
Fragmentasi hutan ini keadaan seperti 'pulau hutan' dimana kawasan terpisah daripada hutan lain dan ia menyukarkan proses pembiakan.

AWANIxWWF: Usaha pemuliharaan orang utan di Sabah dan Sarawak diteruskan
Dua ancaman utama termasuklah kehilangan habitat akibat penebangan hutan serta penukaran tanah untuk tujuan pertanian dan pembangunan infrastruktur.

NASA buka permohonan kalau mahu rasa tinggal di 'Marikh' selama setahun
Kumpulan sukarelawan berbayar itu akan menjalankan misi eksplorasi Marikh yang disimulasikan.

Tiada vaksin atau rawatan untuk atasi perubahan iklim
Perubahan iklim berpunca daripada keghairahan pembangunan sehingga alam sekitar dirosakkan.

Perhilitan buru buaya tembaga jaga sarang di muara Sungai Batu Pahat
Operasi itu dilancarkan susulan aduan orang awam yang ternampak buaya berkenaan beberapa kali sebelum ini.

Lebih 60,000 koala terbunuh, cedera dalam bencana kebakaran Australia - WWF
Walaupun tanpa bencana api itu, habitat koala sudahpun merosot teruk akibat aktiviti pertanian, pembangunan bandar, perlombongan dan penerokaan hutan.

JHL buru buaya 'dibelasah' sekumpulan remaja kerana serang rakan
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan memasang perangkap buaya di Sungai Kampung Mengkabong, dekat Tuaran.