PUTRAJAYA: Setiap pandemik yang mengancam nyawa manusia mempunyai vaksin bagi mengelak kehilangan nyawa, namun tidak bagi perubahan iklim, demikian pandangan Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.
Mengambil contoh pandemik COVID-19, Dr Jemilah berkata vaksin bagi pandemik itu berjaya dihasilkan menggunakan teknologi Messenger RNA (mRNA) yang selamat terhadap tubuh manusia.
"Sekarang kita berhadapan COVID-19 yang semua tahu boleh meragut nyawa, tetapi vaksin telah ditemui. Bagaimanapun tiada vaksin bagi perubahan iklim walaupun kesannya sama.
"Perubahan iklim berpunca daripada keghairahan pembangunan sehingga alam sekitar dirosakkan. Ini petanda buruk kerana kerosakan alam sekitar menyebabkan haiwan kehilangan habitat mereka sekali gus mendatangkan kesan kepada manusia," katanya pada sesi Webinar 'Peranan Malaysia Menangani Perubahan Iklim' hari ini.
Sesi secara maya itu dianjurkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sempena Hari Bumi Sedunia 2021 yang turut disertai Ketua Setiausaha KASA Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang dan Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Justeru, Dr Jemilah berkata pengetahuan mengenai perubahan iklim perlu bermula pada peringkat sekolah bagi meningkatkan tahap kesedaran pelajar mengenai cabaran itu.
Sementara itu, Zaini mengajak rakyat negara ini untuk mengamalkan 10 amalan ke arah alam sekitar lestari antaranya mengamalkan kitar semula, menggunakan elektrik serta air secara berhemah, menanam 12 pokok setahun dan mengamalkan gaya hidup hijau.
Kesemua amalan itu dapat mengurangkan kesan perubahan iklim sekali gus sebagai penyelesaian berkesan untuk jangka masa panjang, katanya.
Beliau berkata kementeriannya sedang membangunkan pelan perancangan jangka panjang, 'Long-Term Low Emissions Development Strategies (LT-LEDS)' untuk dikemukakan pada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).
Katanya pendekatan hala tuju rendah emisi atau 'low emissions pathway' merupakan antara strategi negara bagi mencapai sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dalam jangka panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021

DR JEMILAH: Tiada vaksin bagi perubahan iklim walaupun kesannya sama. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Setiausaha Agung ASEAN yakin kepemimpinan Malaysia sebagai pengerusi buat keli kelima
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menyatakan keyakinannya terhadap kepemimpinan Malaysia dalam blok serantau itu pada 2025.

Kesedaran belia terhadap perubahan iklim tinggi, mampu sumbang penyelesaian - Nik Nazmi
Golongan muda di ASEAN mampu menyumbang pelbagai idea bagi mengurangkan kesan perubahan iklim berikutan kesedaran mereka yang tinggi dalam hal itu.

Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Krisis sebenar adalah pada kepimpinan, bukan perubahan iklim - Jemilah
Krisis sebenar dihadapi dunia terletak kepada kepimpinan yang gagal membuat keputusan dan tindakan bermakna untuk menangani isu perubahan iklim.

Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.

Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.

Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.

COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.