LUMUT: Kerajaan Perak diminta untuk mewartakan semula Pantai Pasir Panjang sepanjang tujuh kilometer di Segari di sini bagi melindungi kawasan yang terancam akibat aktiviti perlombongan dan penebangan hutan.
Gesaan itu disuarakan oleh Persatuan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) dan Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS) setelah mendapati tiga projek yang dijalankan kawasan itu akan memusnahkan pendaratan utama penyu di negeri ini.
Projek perlombongan pasir, cadangan membina kompleks al-Falak balai cerap dan cadangan kawasan tetap latihan tentera di sebahagian Taman Eko Rimba Pasir Panjang turut didakwa mengancam Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 yang sepatutnya dilindungi.
Setiausaha Kuasa, Noor Ismady Ahmad Radzuan berkata, KSAS Tahap 1 merupakan kawasan yang tidak boleh dibangunkan sebarang kegiatan dan penukaran guna tanah kecuali pelancongan eko berimpak rendah, pendidikan dan penyelidikan.
Menurutnya, kerja-kerja perlombongan pasir di Tanjung Hantu itu bagaimanapun dilihat masih beroperasi meskipun pelbagai bantahan telah disuarakan.
"Isu ini pernah dibawa oleh media sejak Januari lalu tetapi tiada sebarang perubahan malah kawasan yang diteroka semakin luas melibatkan kira-kira 10 hektar.
"Meskipun tanah sudah diberi hak milik, status tanah yang merupakan KSAS Tahap 1 tetap tidak berubah kerana ia kawasan pendaratan utama penyu.
"Dalam tempoh sebulan, kawasan hutan tebal mula gondol. Rakaman dron minggu lalu menunjukkan ada pembukaan kawasan baharu di lot sama berhampiran Sungai Puyu pula," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.
BACA: MPM arah henti kerja korek pasir di Pantai Pasir Panjang
BACA: Tiada pengeluaran pasir silika di Pasir Panjang - MB Perak
Menurut Noor Ismady, pihaknya telah memaklumkan aktiviti perlombongan itu kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk tindakan awal.
"Menjadi persoalan bagaimana pasir dan pokok-pokok yang ditebang termasuk yang bernilai tinggi seperti Balau Laut itu dibawa keluar di kawasan terbabit.
"Kita percaya kesemua hasil itu dibawa keluar menerusi laut dan sudah tentu memerlukan penguatkuasaan pihak berkaitan," katanya.
Bagi Penyelidik Lapangan SAM, Meor Razak Meor Abdul Rahman, beliau terkejut apabila lebih 80 pokok yang berusia 50 tahun dan ke atas telah ditanda dipercayai untuk ditebang untuk dijadikan kawasan latihan tentera.
"Spesies Kelat, Nyatoh dan lain-lain bersaiz diameter 40 hingga 50 sentimeter dalam kawasan taman eko rimba ini telah ditanda. Kita minta kerajaan negeri melihat semula cadangan kawasan ini.
"Kita tidak membantah latihan itu dilaksanakan namun yang menjadi kebimbangan adalah sebahagian pokok-pokok di pesisir pantai ini akan ditebang," katanya.
BACA: Degil korek pasir walaupun berkali-kali diarah henti kerja - PTG
BACA: Gazet semula Pantai Pasir Panjang, elak penerokaan haram berleluasa
Sementara itu, Presiden GRASS, Mohd Yusaimi Md Yusof berkata, Jabatan Mufti perlu menambah baik premis sedia ada berbanding membina bangunan balai cerap baharu di kawasan pesisir pantai itu.
Katanya, pihak berkenaan perlu mengadaptasi konsep wakaf hutan pantai atau Hima yang dilaksanakan negara-negara Timur Tengah.
"Kajian menunjukkan kawasan pesisir pantai akan tenggelam pada tahun 2050 dan kita lihat sudah ada hakisan di tepi pantai.
"Merugikan jika projek pembinaan bernilai RM34 juta itu diteruskan namun akhirnya bangunan itu tidak selamat diduduki," katanya.
Jelas Mohd Yusaimi, rancangan menjadikan kawasan itu sebagai tarikan pelancongan juga tidak sesuai.
"Kerja-kerja pembinaan akan mengganggu pendaratan penyu yang sensitif dengan pencemaran bunyi, cahaya dan kotoran sampah.
"Jabatan Mufti perlu menyemak semula projek pembangunan itu terutama reka bentuk bangunan yang tidak sesuai untuk penyu bertelur," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 04 2022

Pantai Pasir Panjang sepanjang tujuh kilometer perlu diwartakan bagi melindungi alam sekitar. - Foto Sinar Harian
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Segera warta kawasan Pantai Pasir Panjang
Kerja-kerja perlombongan pasir di Tanjung Hantu dilihat masih beroperasi meskipun pelbagai bantahan telah disuarakan.

Tiada pengeluaran pasir silika di Pasir Panjang - MB Perak
PTG Perak tidak pernah mengeluarkan kelulusan lesen kepada sesiapa pun untuk mengambil pasir di Pantai Pasir Panjang, Segari, Lumut.

Operasi korek pasir silika atas tanah milik syarikat
Lot tersebut bukannya berstatus tanah kerajaan menyebabkan pihaknya sukar untuk menyita jentera dan menahan individu yang terbabit.

Gazet semula Pantai Pasir Panjang, elak penerokaan haram berleluasa
Kawasan itu telah dinyahgazetkan pada 2 Feb 1989 dan sejak itu, pelbagai program penanaman pokok dilaksanakan sebelum 'diserang' aktiviti pengambilan pasir.

MPM arah henti kerja korek pasir di Pantai Pasir Panjang
Lesen dan permit bahan batuan serta mineral bagi kerja-kerja terbabit dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).