KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya hari ini memohon maaf kepada pengguna yang mengalami kesulitan akibat gangguan teknikal yang berlaku pada jam 5.46 petang Selasa.
Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, gangguan ini berpunca daripada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang atau ‘Passenger Intrusion Emergency Stop (PIES) yang teraktif (activated) dan secara tiba-tiba dipercayai telah disambar petir di Stesen LRT Kerinchi yang menyebabkan tren dari kedua dua arah tidak dapat melalui kawasan tersebut.
Menurut Rapid Rail, kakitangan teknikal sedang berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih.
Akibat daripada gangguan tersebut, semua tren yang melalui kawasan tersebut terpaksa dipandu secara manual dan mengakibatkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan platform berlaku di beberapa stesen.
Perkhidmatan bas perantara percuma telah disediakan bagi membawa penumpang dari Stesen LRT Bangsar ke Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Pasar Seni.
Kakitangan operasi dan Polis Bantuan telah ditempatkan di platform bagi mengendalikan orang ramai.
Pengumuman menerusi laman media sosial Rapid KL, di stesen dan di dalam tren telah dilakukan untuk makluman pengguna.
Astro Awani
Tue Nov 29 2022
Menurut Rapid Rail, kakitangan teknikal sedang berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih. - Gambar fail
Kes pukul OKU: Perbuatan tidak wajar, perlu diambil tindakan - Fahmi
Fahmi menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan kandungan media sosial dan platform lain yang sering menjadi lubuk sebaran maklumat palsu.
Gempa bumi di Taiwan cederakan 15 orang - Laporan
Sekurang-kurangnya 15 orang cedera selepas gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Taiwan.
Op Lintas: COO syarikat konsesi lebuh raya, pengurus syarikat bakal dihadap ke mahkamah - Azam Baki
SPRM telah mendapat keizinan daripada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa dua individu berkaitan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.
Insiden pukul OKU: ADUN Kijal buat laporan polis
Laporan polis itu dibuat terhadap beberapa pengguna akaun Facebook kerana menggunakan gambarnya untuk tujuan menjatuhkan maruah beliau sebagai wakil rakyat di kawasan Kijal.
NSL 2025: Semangat waja kembali membara
Netball Super League (NSL) kembali dengan semangat waja membara bersempena musim baru yang bakal membuka tirai dari 1 hingga 23 Februari depan.
Serahkan kepada NACCOL, boleh selesai tiga bulan
Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal akan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan portfolio urusan padi dan beras negara di bawah NACCOL buat sementara waktu.
Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu RM85,500
Seorang pemilik syarikat penyedia latihan didakwa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM85,500 kepada agensi sebuah kementerian.
Pusingan kerja kaunter mampu elak isu integriti - Saifuddin
Pelaksanaan pusingan kerja penjawat awam yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan melebihi lima tahun mampu menangani masalah integriti.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau mengalu-alukan hasrat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mahu memperbaiki kualiti sistem penyampaian.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau mengalu-alukan hasrat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mahu memperbaiki kualiti sistem penyampaian.
Penjawat awam ‘kantoi’ buat tuntutan palsu saudara baharu
Seorang penjawat awam yang bertugas di sebuah agensi agama di Perlis, ditahan SPRM Perlis bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM132,000.
Kementerian Komunikasi perkenal 'ChatBox' untuk semak kesahihan sebaran
Aplikasi 'ChatBox' dalam WhatsApp akan bantu pengguna menyemak kesahihan teks, video, dan muat turun dengan pantas.
Pelancaran dijangka dalam masa terdekat.
Pelancaran dijangka dalam masa terdekat.
LRT laluan Kelana Jaya tergendala akibat gangguan suis
Gangguan berkenaan mengakibatkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.
Operasi stesen rel terpilih dilanjut hingga 1.30 pagi Sabtu ini
Stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.
Gangguan LRT Kelana Jaya: Komponen sistem PIES disambar petir
Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya memohon maaf kepada pengguna yang mengalami kesulitan akibat gangguan teknikal yang berlaku pada jam 5.46 petang tadi.
Perkhidmatan LRT Laluan Ampang - Sri Petaling sudah pulih sepenuhnya: Rapid Rail
Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di Laluan Ampang - Sri Petaling sudah pulih sepenuhnya pada jam 1.35 petang tadi.
MRT Phileo Damansara rosak, Rapid Rail mohon maaf
Rapid Rail telah mengaktifkan pelan servis alternatif dengan menggunakan satu landasan antara stesen Phileo Damansara dengan stesen Semantan.
Tren empat gerabak monorel tingkat ciri-ciri keselamatan
Buat masa ini sistem pintu penghadang automatik di semua stesen masih belum berfungsi sepenuhnya, ekoran perbezaan penggunaan tren.
Perkhidmatan Rapid KL dikaji semula susulan Perintah Kawalan Pergerakan
Kekerapan perkhidmatan tren Rapid KL telah diubah kepada selang 10 minit, dari 7 pagi hingga 9 pagi dan 4.30 petang hingga 7 malam pada Isnin hingga Jumaat.
LRT terkandas, Rapid Rail diminta beri penjelasan
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta Rapid Rail Sdn Bhd memberi penjelasan mengenai gangguan Perkhidmatan LRT.
Tempoh percubaan MRT bermula 1 Oktober
Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) akan memulakan tempoh percubaan selama tiga bulan mulai tarikh tersebut.
Prasarana meterai MoU kerjasama kereta api dengan MRT Jakarta
Prasarana Malaysia Bhd akan berkongsi pengalaman perancangan dan operasi jalur kereta api bandar dengan pengendali Indonesia.