KUALA LUMPUR: Beberapa stesen rel terpilih di kawasan Lembah Klang akan dilanjutkan waktu operasi sehingga jam 1.30 pagi pada Sabtu ini.
Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, langkah tersebut bagi memenuhi keperluan warga kota yang ingin membuat persiapan akhir menjelang 1 Syawal.
Menurut kenyataan itu, stesen yang akan dilanjutkan perkhidmatan ialah LRT Laluan Kelana Jaya (Masjid Jamek, KLCC), LRT Laluan Ampang/ Sri Petaling (Masjid Jamek), MRT Laluan Kajang (Bukit Bintang) dan Monorel (Bukit Bintang, Raja Chulan, Medan Tuanku dan Chow Kit).
"Stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.
"Stesen- stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa. Bagaimanapun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan," menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Kenyataan itu memaklumkan, perkhidmatan bas perantara LRT 11 iaitu melibatkan enam stesen laluan LRT Ampang/Sri Petaling yang dihentikan operasi sejak 2 April lalu turut dilanjutkan sehingga jam 1.30 pagi.
Rapid Rail menasihati penumpang menggunakan kad Touch ‘N Go atau membeli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan.
Pemgendali sistem rel transit Lembah Klang itu turut mengingatkan pengguna memakai pelitup muka yang masih diwajibkan ketika menggunakan pengangkutan awam.
"Warga kota disaran menggunakan pengangkutan awam pada hujung minggu ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di dalam pusat bandar.
"Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman web: www.myrapid.com.my," menurut kenyataan itu.
Umat Islam dijangka menyambut 1 Syawal pada 21 April atau 22 April depan bergantung kepada pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas proses melihat anak bulan dilaksanakan pada malam 20 April. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 13 2023
Rapid Rail menasihati penumpang menggunakan kad Touch N Go atau membeli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan. - Gambar hiasan
Kelantan akan usul cadangan bina tembok di sempadan Malaysia-Thailand
Kerajaan Kelantan merancang untuk mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan pembinaan tembok sepanjang kira-kira 100 kilometer di sempadan negeri itu dengan Thailand.
PBB beri amaran krisis kemanusiaan luar biasa di Lubnan akibat perang
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa situasi di Lubnan kini mencapai tahap yang lebih buruk berbanding perang 2006.
Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah
Seorang ahli perniagaan dalam industri kecantikan didenda RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah dalam dua telefon pintar, semalam.
AWANI Tonight: U.S. Election: What are the potential pathways for Trump and Harris?
With the polls open for just a few hours, anticipation is building around the trajectories of both candidates vying for the White House. Astro AWANI's Hafiz Marzukhi explores the pathway of both candidates.
AWANI Tonight: Polls open, millions cast their ballots in tight U.S. Presidential race
Americans go to the polls to vote for their next President. Astro AWANI's Faye Kwan shares the latest from Michigan, one of the key battleground states.
AWANI Tonight: Boeing workers end strike, accept new deal
Boeing workers have finally ended a seven week long walkout after voting to accept the aviation giant's latest pay offer.
AWANI Tonight 5 Nov 2024
AWANITonight 5 Nov 2024 with Cynthia Ng
1. U.S Election: Polls open, millions cast ballot in tight race
1. U.S Election: Polls open, millions cast ballot in tight race
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Prasarana bakal bangunkan projek TOD di Lembah Klang
Ia merupakan salah satu penjana hasil baharu 'pendapatan bukan tambang' bagi kumpulan syarikat itu.