KUALA LUMPUR: Sistem daftar masuk dan tempahan utama AirAsia terjejas oleh isu teknologi maklumat (IT) global, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu siaran media sosial.
"Anda mungkin mengalami daftar masuk yang lebih perlahan serta giliran yang agak panjang dan kami sedang melakukan yang terbaik untuk menangani situasi ini. Kami menghargai kesabaran serta pemahaman anda pada masa ini," katanya di platform X.
Kenyataan yang dikeluarkan pada 4.52 petang itu menyusuli laporan berita global mengenai gangguan perkhidmatan awan Microsoft yang telah menjejaskan banyak syarikat penerbangan di seluruh dunia.
Sementara itu, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam platform yang sama mengumumkan gangguan Microsoft tidak menjejaskan rangkaian lapangan terbangnya di Malaysia.
"Bagaimanapun, beberapa rakan kongsi syarikat penerbangan kami mengalami gangguan akibat isu ini," katanya.
MAHB sebelum ini berkata perkhidmatannya tidak menerima kesan akibat gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan yang meluas di Eropah, Amerika Syarikat (AS) serta beberapa lapangan terbang di Australia.
AirAsia kemudiannya menambah walaupun syarikat penerbangan itu mengalami gangguan sistem dalaman, ia tidak membatalkan mana-mana penerbangan.
Difahamkan penerbangan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.
Walaupun tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global masih boleh memberi impak ke atas penerbangan Malaysia Airlines.
Bagaimanapun, masalah tersebut telah menganggu sistem daftar masuk dalam talian dan tempahan Firefly.
Di Singapura, proses daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Changi sedang diuruskan secara manual disebabkan gangguan sistem IT global itu.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan telah menghentikan penerbangan dari beberapa syarikat penerbangan utama AS termasuk Delta, United dan American Airlines. Semua lapangan terbang Sepanyol turut terjejas, malah, Lapangan Terbang Berlin terpaksa menggantung penerbangannya.
Terdapat laporan berita yang datang dari seluruh dunia berkaitan gangguan perjalanan.
Laporan itu menyebut isu yang dikaitkan dengan firma keselamatan siber global, Crowdstrike.
CrowdStrike Holdings Inc merupakan syarikat teknologi keselamatan siber AS yang berpangkalan di Austin, Texas. Ia menyediakan beban kerja penembusan dan keselamatan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan serangan siber.
Menurut laporan berita, isu tersebut berkemungkinan berpunca daripada kesilapan pengaturcaraan yang berpotensi merencatkan keseluruhan sistem komputer, dan jika seseorang membuat jenis kesilapan yang salah, ia boleh menjatuhkan keseluruhan sistem
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
Pihak AirAsia berkata, walaupun syarikat penerbangan itu mengalami gangguan sistem dalaman, ia tidak membatalkan mana-mana penerbangan. - Bernama
Projek ECRL capai kemajuan lebih 78 peratus setakat Januari - Amir Hamzah
Tahap kemajuan jajaran fasa pertama dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak selari dengan jadual ditetapkan iaitu pada Disember 2026.
AWANI Ringkas: Kes pelawak, netizen hina Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 4 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Februari 2025
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.
Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.
Lebih 66,000 kes bencana kerja dilaporkan Perkeso pada 2024 - Abdul Rahman
Kes kemalangan semasa perjalanan meningkat sedikit kepada 33,638 kes pada 2024, berbanding 33,181 kes pada tahun sebelumnya.
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza
Apa cabaran untuk membangunkan semula Gaza selepas hampir keseluruhan kawasan musnah akibat dibedil rejim Zionis sejak Oktober 2023? Sejauh mana keperluan untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya demi capai kedamaian berpanjangan dan berkekalan di semenanjung itu? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Perang Dagang Global, Apa Nasib Kita?
Apa ‘plan B’ oleh Malaysia jika wujud kesan secara tidak langsung perang dagang global akibat langkah pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap beberapa buah negara? Diskusi 8.30 malam.
Ibu bapa serbu premis jual pakaian seragam sekolah RM5, tudung RM1
Sebuah premis di Jalan Telaga di Butterworth, Pulau Pinang menjual pakaian seragam sekolah serendah RM5 dan tudung RM1.
Tarif Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia - Penganalisis
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Dr. Lam Choong Wah berkata kenaikan tarif yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat dibawah pentadbiran presiden Donald Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia. Jelasnya, ia berikutan eksport barangan yang berasal dari China melalui negara ini. #AgendaAWANI
Kemas kini konfigurasi jejas Falcon Sensor, Windows OS - CrowdStrike
Kecacatan dalam kemas kini kandungan telah dipulihkan lewat Jumaat, menurut syarikat itu dalam tinjauan awal selepas kejadian.
Gangguan IT global: 14 agensi kerajaan, swasta di Malaysia terjejas - Gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, lima agensi kerajaan dan sembilan agensi swasta terkesan namun jumlah kerugian akibat insiden tersebut belum diperolehi.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
Syarikat penerbangan rugi jutaan, industri tuntut penjelasan - Tony Fernandes
Fernandes menerima permohonan maaf CrowdStrike tetapi menekankan bahawa syarikat masih menunggu penjelasan Microsoft mengenai insiden itu.
Gangguan IT global: Daftar masuk dalam talian AirAsia pulih
AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk dalam talian pada 2 petang tadi, selepas syarikat penerbangan itu dilanda kegawatan akibat gangguan teknologi maklumat (IT) global.
Operasi agensi kerajaan tidak terjejas oleh insiden gangguan IT global - TPM Fadillah
Gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku sejak semalam tidak menjejaskan operasi agensi kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Gangguan IT global: AirAsia teruskan operasi, guna proses manual
AirAsia akan meneruskan operasi penerbangannya dan menegaskan bahawa pemprosesan manual kekal sebagai kaedah yang paling boleh dipercayai.
Gangguan IT global: Keseluruhan ahli tidak terjejas - MRCA
Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) berkata gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku pada Jumaat tidak menjejaskan keseluruhan ahli-ahlinya .
Gangguan IT global: Operasi perniagaan, perkhidmatan TM tidak terjejas
TM berkata pihaknya telah mengesan isu itu secara proaktif dan menguruskannya dengan lancar.
Lapangan terbang di Pulau Pinang dan Sabah turut alami gangguan IT
Lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang dan Sabah turut mengalami masalah jadual penerbangan hari ini.