KUALA LUMPUR: Insiden gangguan teknologi maklumat (IT) global mencetuskan kekalutan operasi lapangan terbang dan syarikat penerbangan di serata dunia pada Jumaat, termasuk lapangan terbang Berlin yang mengumumkan penangguhan semua penerbangan manakala di Malaysia menyaksikan segelintir syarikat melaporkan sistem daftar masuk dan tempahan terjejas.
Malah, setakat petang tadi, difahamkan selain lapangan terbang dan syarikat penerbangan, gangguan itu turut menular ke peringkat operasi bursa saham, syarikat perkhidmatan kereta api, media serta bank-bank.
Punca insiden itu, sebagaimana diakui Crowdstrike, sebuah syarikat keselamatan siber Amerika Syarikat (AS) yang memaklumkan bertanggungjawab berikutan apa didakwanya sebagai 'kecacatan' pengaturcaraan di peringkatnya.
Berikutan itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya George Kurtz berkata CrowdStrike sedang bekerjasama dengan pelanggan terjejas akibat kesan dalam kemas kini kandungan tunggal untuk hos Windows.
"Ini bukannya satu insiden keselamatan atau serangan siber. Malah, puncanya telah dikenal pasti, diasingkan serta usaha mengatasinya sedang dilakukan," katanya dalam kenyataan disiarkan dalam laman LinkedIn.
Mengikut laporan, syarikat penerbangan seperti American Airlines, United dan Delta telah meminta bantuan pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) supaya semua penerbangan turut digantung di peringkat global.
FAA sebaliknya menyatakan sedang memantau semua isu teknikal membabitkan sistem IT di syarikat-syarikat penerbangan negara maju itu selain mengesahkan beberapa syarikat penerbangan meminta bantuan bagi menghentikan perkhidmatan berkenaan sehingga masalah itu dapat ditangani.
Sebaliknya di peringkat domestik, Malaysia Airports Holdings Bhd berkata rangkaian lapangan terbangnya di Malaysia tidak terjejas dengan gangguan IT global Microsoft.
"Bagaimanapun, beberapa rakan syarikat penerbangan kami terjejas akibat isu ini," katanya.
Kenyataan itu jelas merujuk kepada keadaan dialami pelanggan syarikat penerbangan AirAsia
"Terkini!!! Semua sistem Daftar Masuk (dalam talian, kiosk) penerbangan #AirAsia mengalami gangguan teknikal," kata pengguna Syahrul Azlan menerusi akaun X beliau, @syahrulazlan91.
"Mana yang perlu menaiki penerbangan dalam masa terdekat, sila datang awal ke Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2). Mereka yang belum ada pas penerbangan atau perlu serah bagasi, wajib beratur di kaunter," katanya.
Akshay Kothari, melalui akaun X miliknya, @akothari berkata: "Kegagalan Microsoft/CrowdStrike telah "menghuru-harakan" (menganggu operasi) kebanyakan lapangan terbang di India.
"Saya mendapat pas penerbangan tulisan tangan buat pertama kali hari ini," katanya yang disertakan gambar pas penerbangan syarikat penerbangan Indigo Airlines dengan tulisan tangan berbanding biasanya cetakan komputer.
Ron Jeremy pula berkata sebuah syarikat penerbangan yang beribu pejabat di Denver, Colorado (Amerika Syarikat) - FlyFrontier telah menutup operasi sepenuhnya dan membatalkan semua penerbangan.
"Dalam beberapa jam anda akan menerima e-mel mengenai pilihan anda. Akibat masalah produk Microsoft, syarikat penerbangan ini tidak boleh beroperasi. Kakitangan mereka tidak boleh bekerja menggunakan komputer dan mereka tiada pilihan lain," katanya di X.
Seorang lagi pengguna X, Pengarah Scowcroft Strategy Initiative, Andrew A. Michta berkata beliau terperangkap di Lapangan Terbang Athens, Greece.
"Kami diberitahu semua rangkaian Microsoft syarikat penerbangan AS tidak dapat beroperasi. Mereka tidak boleh mengeluarkan pelan pelan penerbangan...tiada apa pun yang boleh dilakukan. Saya baru sahaja menerima mesej dari seorang kenalan dari negara Eropah, beliau memberitahu bahawa rangkaian perbankan "lumpuh" di negaranya. Adakah ini serangan siber?.
Sementara itu, antara lapangan terbang paling sibuk di dunia, Lapangan Terbang Heathrow London, United Kingdom berkata gangguan di peringkat global itu hanya memberi kesan kepada sistem terpilih semasa penerbangan beroperasi dan telah melaksanakan pelan kontigensi untuk meminimumkan sebarang kesan terhadap perjalanan udara.
Pihak pengendali lapangan terbang itu turut menasihatkan penumpang supaya merujuk dengan syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat penerbangan terkini.
Di Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) berkata semakannya mendapati berlaku gangguan operasi di beberapa kawasan utama di negara ini.
"Sebagai contoh, operasi KLIA2 terjejas, menyebabkan proses daftar masuk terpaksa dilakukan secara manual dan tempoh menunggu yang lama. Bank turut menghadapi gangguan sistem sehingga menjejaskan urus niaga dan perkhidmatan pelanggan.
"Ini telah menyebabkan kelewatan dan cabaran terhadap operasi merentas pelbagai sektor, menjejaskan perniagaan dan orang ramai. Kami memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mengurangkan kesan dan memulihkan operasi secepat mungkin," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024

Di peringkat domestik, Malaysia Airports Holdings Bhd berkata rangkaian lapangan terbangnya di Malaysia tidak terjejas dengan gangguan IT global Microsoft. - Astro AWANI

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kemas kini konfigurasi jejas Falcon Sensor, Windows OS - CrowdStrike
Kecacatan dalam kemas kini kandungan telah dipulihkan lewat Jumaat, menurut syarikat itu dalam tinjauan awal selepas kejadian.

Gangguan IT global: 14 agensi kerajaan, swasta di Malaysia terjejas - Gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, lima agensi kerajaan dan sembilan agensi swasta terkesan namun jumlah kerugian akibat insiden tersebut belum diperolehi.

Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.

Syarikat penerbangan rugi jutaan, industri tuntut penjelasan - Tony Fernandes
Fernandes menerima permohonan maaf CrowdStrike tetapi menekankan bahawa syarikat masih menunggu penjelasan Microsoft mengenai insiden itu.

Gangguan IT global: Daftar masuk dalam talian AirAsia pulih
AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk dalam talian pada 2 petang tadi, selepas syarikat penerbangan itu dilanda kegawatan akibat gangguan teknologi maklumat (IT) global.

Operasi agensi kerajaan tidak terjejas oleh insiden gangguan IT global - TPM Fadillah
Gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku sejak semalam tidak menjejaskan operasi agensi kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Gangguan IT global: AirAsia teruskan operasi, guna proses manual
AirAsia akan meneruskan operasi penerbangannya dan menegaskan bahawa pemprosesan manual kekal sebagai kaedah yang paling boleh dipercayai.

Gangguan IT global: Keseluruhan ahli tidak terjejas - MRCA
Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) berkata gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku pada Jumaat tidak menjejaskan keseluruhan ahli-ahlinya .

Gangguan IT global: Operasi perniagaan, perkhidmatan TM tidak terjejas
TM berkata pihaknya telah mengesan isu itu secara proaktif dan menguruskannya dengan lancar.

Lapangan terbang di Pulau Pinang dan Sabah turut alami gangguan IT
Lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang dan Sabah turut mengalami masalah jadual penerbangan hari ini.