ALOR SETAR: Gangguan bekalan gula paket satu kilogram (kg) di Kedah dikenal pasti akibat masalah teknikal melibatkan kerja pembaikan di sebuah syarikat pengeluar gula.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, masalah teknikal terbabit menyebabkan berlaku pengurangan pengeluaran gula daripada 400 metrik tan sehari kepada 250 metrik tan sehari pada minggu lepas.
Bagaimanapun, Affendi berkata, gangguan bekalan gula dijangka kembali pulih kepada asal bermula 1 Jun ini.
"Melalui semakan dengan pengilang gula di Kedah, kita dapati terdapat sedikit pengurangan dari segi penyediaan ataupun pembekalan gula di kilang itu sendiri.
"Biasanya, (pengeluaran) dalam 400 metrik tan tetapi berkurangan sehingga (mencecah) 250 metrik tan untuk tempoh seminggu dua ini berpunca daripada (kerja) pembaikan di kilang tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat bersama pemborong gula Kedah di Pejabat KPDN Kedah, Wisma Persekutuan, Anak Bukit pada Isnin.
Dalam pada itu, Affendi memberitahu, pihak kilang telah memberi aku janji dan bersetuju bahawa mereka akan berusaha sedaya upaya memastikan bekalan gula kembali kepada asal bermula 1 Jun nanti.
"Kita akan pastikan bahawa minimum lebih kurang 400 metrik tan seperti yang dijanjikan itu dapat bergerak ke dalam pasaran dan ini akan memulihkan kembali bekalan gula seperti sediakala," katanya.
Tambah beliau, KPDN Kedah sudah pun mengenal pasti punca gangguan itu sekali gus telah mencari jalan penyelesaian bagi memastikan masalah bekalan gula diselesaikan dalam masa terdekat ini.
Affendi turut menafikan dakwaan akan berlakunya kenaikan harga barangan mentah itu hingga menyebabkan gangguan bekalan gula di Kedah.
"Khabar angin berkaitan dengan kenaikan harga gula ini adalah satu kekeliruan, yang mana timbul akibat daripada kewujudan cadangan gula premium ini.
Beliau menjelaskan, masalah gangguan bekalan gula di Kedah ketika ini berpunca daripada pengilang itu sendiri apabila pengeluaran gula terjejas.
"Masa untuk pulih itu ia ambil masa sedikit akibat daripada beberapa urusan dan bila kita temui punca utama ini (dan) kita telah cari jalan untuk menyelesaikanlah," ujarnya.
Sementara itu, Affendi berkata, pihaknya mendapati bekalan gula di Kedah semakin stabil, bagaimanapun sentiasa sedaya upaya untuk mengatasi setiap aduan dan memastikan mereka menerima bekalan barangan keperluan itu.
Tambahnya lagi, bekalan gula di beberapa daerah seperti Langkawi, Kubang Pasu dan Sungai Petani kini telah kembali pulih bagi memenuhi keperluan pengguna.
Dalam perkembangan sama, Affendi berkata, beliau turut menerima makluman tentang penetapan syarat iaitu pembelian gula premium didakwa perlu disekalikan dengan pembelian gula kasar.
"Tidak ada sebarang syarat yang diperakukan di pihak kementerian dan kita tidak akan bekerjasama ataupun berkompromi dengan apa-apa syarat dikenakan sama ada kepada pembeli ataupun mana-mana pihak dalam isu penjualan gula ini," jelasnya.
Beliau berkata, KPDN Kedah tidak menghalang peruncit ataupun pemborong yang melakukan catuan sekiranya ingin memastikan semua pihak mendapat bekalan gula sekali gus mengelakkan pembelian panik.
"Cumanya, kalau letakkan syarat beli gula premium baru dapat gula kasar, itu tidak boleh di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Kita tidak benarkan dan tidak beri kelulusan untuk berbuat demikian," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 29 2023

Affendi (empat dari kiri) bersama beberapa pemborong selepas mesyuarat bersama pemborong gula Kedah di Pejabat KPDN Kedah, Wisma Persekutuan, Anak Bukit pada Isnin. -Foto Sinar Harian
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Gangguan bekalan gula akibat masalah teknikal
Affendi berkata, gangguan bekalan gula dijangka kembali pulih kepada asal bermula 1 Jun ini.