PITAS: Gangguan bekalan gula yang berlaku di Sabah serta beberapa kawasan di negara ini antara lain disebabkan harga gula mentah di pasaran antarabangsa yang tinggi, kata Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Bagi mendepani isu itu, beliau berkata kerajaan meluluskan permit import (AP) kepada 43 syarikat bagi membawa masuk 557,080 tan metrik gula supaya bekalan untuk rakyat sentiasa stabil tetapi hanya 22,547 tan metrik atau 4.05 peratus dapat dibawa masuk sehingga Khamis lepas.
Beliau berkata kenaikan harga gula mentah sebanyak 52 peratus di peringkat antarabangsa pada masa ini menyebabkan peningkatan kos pengeluaran kepada pengilang tempatan namun pada masa sama harga gula dikawal oleh kerajaan.
"Mengelak kerugian berterusan mereka (pengilang tempatan) kurangkan pengeluaran menyebabkan gangguan bekalan gula (di pasaran tempatan) dan mereka merayu harga dinaikkan tetapi kerajaan belum ambil keputusan...kerajaan kaji unjuran harga gula antarabangsa dan dijangka meningkat.
Jadi pendekatan kita sejak awal tahun ini kita buka AP import, malangnya jumlah gula dibawa masuk itu rendah, isunya kembali tidak mampu bawa masuk gula itu kerana harga tinggi di antarabangsa. Jadi kerajaan sedang mencari jalan selesaikan isu ini supaya bekalan gula cukup untuk rakyat," katanya.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Daerah Pitas dan meninjau Program Jualan Ramah di sini hari ini.
Armizan berkata pihaknya ada menerima aduan tentang gangguan bekalan gula terutama yang dikawal pada harga RM2.85 sekilogram di pasaran Sabah juga negeri lain, namun penyelesaian isu itu perlu mengambil kira tahap bekalan gula dan bukan harga semata-mata.
"Kerajaan dalam proses mempertimbangkan langkah jangka panjang berkaitan bekalan gula sebab tanggungjawab kerajaan bukan hanya lihat harga gula munasabah, rendah dan dikawal tetapi juga pastikan kestabilan bekalan gula itu.
Kalau kawal harga rendah tetapi akhirnya bekalan tidak mencukupi itu pun akan datangkan isu kepada rakyat jadi kita kena buat pertimbangan sewajarnya. Isunya memang harga gula di pasaran antarabangsa tinggi yang mula dihadapi sejak 2021," katanya.
Beliau menolak dakwaan bekalan gula dimonopoli pihak tertentu sehingga menyebabkan gangguan bekalan itu kerana kerajaan telah memberikan AP import barangan itu kepada 43 syarikat sebelum ini dan harga purata gula import antara RM3,400 hingga RM3,500 satu tan metrik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023

Armizan berkata pihaknya ada menerima aduan tentang gangguan bekalan gula terutama yang dikawal pada harga RM2.85 sekilogram di pasaran Sabah juga negeri lain. - Gambar Bernama

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 April 2024.

Labuan terima bekalan gula selepas masalah kekurangan lebih seminggu
Sebanyak 9,800 kg gula diterima daripada pemborong di Sabah iaitu Chung Kwong, Sandakan dan Keluarga Timur Kota Kinabalu pagi ini.

Masalah kekurangan bekalan gula di Labuan selesai Rabu ini - Armizan
Masalah kekurangan bekalan gula di Labuan dijangka selesai selewat-lewatnya Rabu ini dengan kemasukan bekalan sebanyak 118.90 metrik tan dari Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Gangguan bekalan akibat harga gula mentah tinggi di pasaran antarabangsa - Armizan
Gangguan bekalan gula yang berlaku di Sabah serta beberapa kawasan di negara ini antara lain disebabkan harga gula mentah di pasaran antarabangsa yang tinggi.

Tindakan Thailand kawal eksport gula mentah tidak jejas bekalan dalam negara
Tindakan Thailand yang mula mengawal eksport gula mentah tidak akan menjejaskan bekalan komoditi itu di Malaysia.

Pengeluar gula perlu hantar laporan harian kepada KPDN - Salahuddin
Ia bagi memastikan faktor bekalan gula di negara ini berada dalam keadaan terjamin selain memastikan situasi di pasaran tidak terjejas.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KPDN Kedah beri jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah memberi jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna di negeri itu.

Kerajaan tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani gangguan bekalan gula
Jawatankuasa Kabinet mengenai hala tuju bekalan gula telah ditubuhkan bagi menangani kekurangan bekalan dan memastikan kestabilan harga barangan tersebut.

Ops Manis: KPDN periksa 116 premis di Kelantan, Terengganu
KPDN memeriksa 116 premis di Kelantan serta Terengganu menerusi Ops Manis hari ini dan tiada kes kegagalan pematuhan undang-undang yang menyebabkan gangguan bekalan gula direkodkan.