KEPALA BATAS: Kadar pemulihan bekalan air kepada pengguna di Seberang Perai dan bahagian Pulau di Pulau Pinang masing-masing dianggarkan telah mencapai 90 peratus.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, susulan itu, sebanyak 90 peratus pengguna di kawasan berkenaan sudah mula menerima bekalan air secara berperingkat hari ini.
Manakala baki 10 peratus lagi iaitu melibatkan 40,000 akaun pengguna di beberapa kawasan di daerah Barat Daya iaitu bahagian Pulau masih mengalami masalah bekalan dan dijangka menerima bekalan air secara berperingkat menjelang Rabu ini.
Menurut Kon Yeow, paras air Sungai Muda juga telah meningkat ke tahap 1.66 meter di muka sauk Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Lahar Tiang, Seberang Perai dan operasi mengekstrak sumber air mentah di Rumah Pam Lahar Tiang kembali pada keadaan asal dan telah mencapai kira-kira 83 peratus.
"Walaupun esktrak di sini mencapai 83 peratus, ditambah (bekalan) air Empangan Mengkuang membolehkan loji Sungai Dua beroperasi 100 peratus, back to normal tetapi untuk air sampai ke pengguna akan ambil sedikit masa dan perlu melalui proses normalisasi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau Loji Rawatan Air di Rumah Pam Lahar Tiang, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Isnin.
Menurutnya, antara kawasan yang masih mengalami gangguan bekalan air termasuk Jalan Sungai Tiram, Bayan Lepas, Jalan Teluk Kumbar, Bukit Belah, Sungai Batu, Teluk Kumbar, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) dan Gertak Sanggul.
Turut terkesan ialah Kampung Matahari Naik, Jalan Pondok Upeh, Batu Itam, Flat Lily, Pulau Betong, Bukit Penara dan Persiaran Mayang Pasir.
Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, bagi meringankan kesulitan pengguna khususnya di Barat Daya, PBAPP dan pasukan bomba sukarela akan terus menghantar bantuan bekalan air melalui lori tangki ke ke kawasan terjejas.
Sementara itu beliau turut memohon Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membuat siasatan penuh bagi mengetahui punca sebenar insiden penurunan paras air Sungai Muda secara mendadak, semalam.
Siasatan itu katanya diperlukan memandangkan insiden berkenaan menyebabkan 400,000 akaun pengguna di negeri ini serta 200,000 akaun pengguna di Kedah menghadapi gangguan bekalan air.
Malah siasatan itu juga perlu bagi mengenal pasti bagaimana kerosakan yang berlaku pada satu pintu empangan iaitu melibatkan sensor yang boleh menjejaskan ribuan pengguna.
Selain itu, Kon Yeow turut meminta SPAN mengarahkan pihak berwajib sama ada di Pulau Pinang mahupun di negeri Kedah supaya membuat semakan semua sistem pada baraj (pintu air) di sepanjang Sungai Muda.
Semalam dilaporkan, paras air di Sungai Muda menunjukkan penurunan secara mendadak di bawah paras satu meter sekali gus menjejaskan pengeluaran di loji Rawatan Air Sungai Dua.
Situasi itu menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Kedah.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon May 15 2023
Chow bersama Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Pathmanathan Krishnan Kutty Raman Nair (kanan) melakukan lawatan di Rumah Pam Lahar Tiang hari ini. - Foto Bernama
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
'Abang Bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
'Abang Bas' yang ditahan di Pusat Koreksional, Muar, sejak Selasa lalu kerana gagal membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 dibebaskan, selepas membayar semua bayaran.
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
Jawatankuasa kerja akan ditubuh untuk teliti ancaman pencemaran air - PM
Mesyuarat Majlis Air Negara hari ini bersetuju terhadap keperluan menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi meneliti ancaman pencemaran air di Malaysia.
SPAN serbu bengkel kimpalan curi air di Negeri Sembilan
Sebuah premis bengkel kimpalan dikesan melakukan sambungan bekalan air tidak sah melibatkan implikasi kerugian terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) kira-kira RM30,000 di Ulu Beranang.
NRES: Pembangunan ladang solar terapung di atas badan air sedang diteliti
Pembangunan ladang solar terapung di badan air melibatkan kawasan empangan bekalan air minuman dan saliran pengairan pertanian, sedang diteliti NRES menerusi JAS.
7,238 akaun pengguna di Pulau Pinang alami gangguan bekalan air mulai esok
Sebanyak 7,238 akaun pengguna di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Jumaat berikutan penutupan sesalur utama 600mm di Sungai Krian di sini.
Cuaca kering: Bekalan air di Empangan Timah Tasoh dihadkan untuk kegunaan domestik
Setakat semalam, bacaan aras takungan air yang direkodkan bagi empangan itu sebanyak RL26.90m, iaitu pada aras amaran dengan kapasiti takungan air semasa sekitar 38.5 peratus.
Paras air di Empangan Bukit Merah meningkat 33 peratus
Paras air di Empangan Bukit Merah, Bagan Serai meningkat ke tahap 33 peratus daripada isipadu keseluruhan selepas Operasi Pembenihan Awan (OPA) dilaksanakan pada 29 hingga 31 Julai lepas.
JAKOA nafi gagal selenggara air bersih untuk perkampungan Orang Asli Gua Musang
JAKOA menafikan dakwaan bahawa isu air di Gua Musang melibatkan perkampungan Orang Asli berpunca daripada kegagalan jabatan itu menyelenggara sistem rawatan air yang disediakan.
Paras air di dua empangan Pulau Pinang menyusut
Bacaan semasa yang direkodkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini menunjukkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam menyusut 1.2 peratus kepada 30.0 peratus.
Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.
Kekurangan bekalan air tambah derita penduduk di Gaza
Setiap pagi, penduduk di Gaza berbaris selama berjam-jam di bawah terik matahari untuk mengisi botol dan jerigen dengan air minuman.