KUALA LUMPUR: Mahatma Gandhi dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah pengasas negara masing-masing dan kedua-dua pemimpin ini percaya bahawa kemerdekaan tidak memberi apa-apa makna tanpa semangat untuk berbakti.
Kedua-dua pemimpin yang memiliki nilai serta ciri seakan-akan sama dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan daripada pemerintahan Kolonial Inggeris telah memberi sumbangan besar dan tiada tolok banding terhadap kesejahteraan rakyat.
"Semasa kunjungan Gandhi ke Orissa di India, beliau berkeras untuk bertemu pesakit kusta yang miskin. Beliau bersalaman dan mengusap kepala mereka sambil memberikan kata-kata semangat.
"Bapa saudara saya juga begitu, Tunku dan isterinya Sharifah Rodziah menjadikan dua bayi anak kepada pasangan pesakit kusta sebagai anak angkat dan setiap tahun menghantar makanan kepada pesakit-pesakit kusta," kata Tunku Sofiah Jewa ketika mengimbau kenangan mengenai bapa saudaranya itu.
Tunku Sofiah Jewa berkata demikian ketika berucap menerusi rakaman video sempena ulang tahun Gandhi yang ke-152, yang disambut pada International Day of non-violence hari ini (2 Okt). Transkrip ucapan itu disediakan untuk Bernama.
Acara ini anjuran bersama Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Warisan Malaysia-India, bertujuan membina persefahaman mengenai budaya, sejarah dan warisan kedua-dua negara.
Kumpulan Warisan Malaysia-India ditubuhkan pada 2018 di bawah pimpinan Prabhakaran S. Nair, dengan objektif untuk meneroka persamaan dalam warisan Malaysia dan India selain untuk menghargai warisan yang dikongsi bersama antara rakyat kedua-dua negara.
Peguam bela dan peguam cara itu turut berkongsi mengenai persamaan bapa saudaranya dengan Gandhi, kedua-duanya enggan terbabit dengan politik, Gandhi tidak berpolitik selepas beberapa tahun terlibat aktif dengan Kongres, manakala Tunku pula menolak tawaran bertanding jawatan presiden UMNO.
Beliau turut berkongsi menceritakan kisah di sebalik keengganan bapa saudaranya menyertai politik.
"Ketika bapa saudaranya menjadi timbalan pendakwa raya pergi ke Kedah untuk kes mahkamah, beliau dengar suara seolah-olah ayahnya Sultan Abdul Hamid memanggil namanya di kamar mahkamah.
"Sejurus kes selesai, Tunku pergi ke bilik ayahnya di istana lama, duduk di kerusi goyang ayahnya dan tertidur. Beliau kemudian bermimpi mengenai ayahnya.
"'Putra, bela lah rakyat'. Tunku terjaga tetapi kerana amat letih beliau tertidur semula.
"Tentu kita dapat bayangkan siapa yang hadir dalam mimpinya kali ini? Tidak lain adalah nasionalis India terunggul Mahatma Gandhi dan juga perdana menteri India ketika itu Jawaharlal Nehru.
"Ia petanda jelas buat Tunku. Beliau akui suka atau tidak, beliau ditakdirkan untuk memimpin rakyat menuju kebebasan. Tunku menjadi presiden UMNO dan selebihnya adalah sejarah," katanya.
Beliau berkata pada 29 Oktober 1962, Tunku sebagai ketua menteri pertama Malaya memberi penghormatan terakhir kepada Gandhi di Rajghat (tempat Gandhi disemadikan) dengan meletakkan kalungan bunga.
"Nama Gandhi akan dihargai bukan hanya oleh rakyat India tetapi semua orang yang mencintai kebebasan. Beliau (Gandhi) menjadi sumber inspirasi kami dalam perjuangan kami untuk kebebasan," kata Tunku Sofiah memetik kata-kata Tunku ketika itu.
"Andai kita benar-benar serius memperingati ulang tahun kelahiran Gandhi, marilah kita imbau apa yang beliau ungkapkan pada hari ulang tahun terakhirnya:" Jika benar anda ingin meraikan ulang tahun saya, adalah menjadi tugas anda untuk tidak membiarkan siapa pun dirasuk kegilaan dan jika ada amarah di dalam hati anda, anda mesti perlu buangkannya."
Menyorot kembali ungkapan Tunku pada hari ulang tahunnya ke-64: "Ini akan menjadi hadiah ulang tahun terindah buat diri saya andai anda amati dan dengar nasihat saya mengenai perlunya hidup bersama-sama dalam suasana damai, muhibah dan harmoni."
Tunku dan Gandhi diberi gelaran yang sama Father of the Nation oleh Inner Temple: Gandhi pada tahun 1891 dan Tunku hampir 60 tahun selepas itu iatu pada 1949.
Beberapa tahun yang lalu, kedua-dua pemimpin diberi penghormatan oleh Society of the Inner Temple di London sempena ulang tahun ke-400 persatuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021
Tunku Sofiah Jewa berkata, kedua-dua Mahatma Gandhi dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memiliki nilai serta ciri seakan-akan sama dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan daripada pemerintahan Kolonial Inggeris. Foto Malaysia-India Heritage Group
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Gandhi dan Tunku kongsi inspirasi bahawa kemerdekaan tidak bermakna tanpa semangat berbakti
Kedua-dua pemimpin telah memberi sumbangan besar dan tiada tolok banding terhadap kesejahteraan rakyat.
Cermin mata milik Mahathma Gandhi dijual pada harga RM1.4 juta
Individu yang memiliki cermin mata itu meninggalkannya dalam sampul surat yang diserahkan kepada pelelong tempatan di Bristol, England.
Abu mayat Mahatma Gandhi dicuri pada ulang tahun ke-150 kelahirannya
Polis jejaki pencuri yang melarikan abu mayat mendiang Bapa Kemerdekaan negara itu, Mahatma Gandhi ketika ulang tahun kelahiran ke-150 pemimpin itu
Patung Mahatma Gandhi cetus kontroversi di Malawi
Menurut kerajaan Malawi, ia dibina sebagai sebahagian daripada perjanjian yang bakal menyaksikan New Delhi membina sebuah pusat konvesyen di Blantyre.