SEPASANG cermin mata disaluti emas milik Mahatma Gandhi berjaya dijual dengan harga 260,000 pound (RM1.4 juta), sekali gus mengejutkan pemiliknya yang tidak menyangka ia mempunyai nilai begitu tinggi.
Individu yang memiliki cermin mata itu meninggalkannya dalam sampul surat yang diserahkan kepada pelelong tempatan di Bristol, England, tiga minggu lalu.
"Kami menemui sampul itu dalam peti surat. Mengikut maklumat yang diperoleh, individu itu mendapat cermin mata berkenaan daripada bapa saudaranya," tulis agensi East Bristol Auctions di Instagram.
Bapa saudara individu berkenaan bekerja dengan syarikat petroleum Britain di Afrika Selatan, di mana Gandhi pernah menghabiskan masa bertahun-tahun sebelum kembali ke India untuk melancarkan gerakan memperjuangkan kebebasan.
Gandhi diketahui sering memberikan barangan yang tidak digunakannya kepada mereka yang memerlukan atau yang membantunya.
"Individu itu beritahu saya, jika tiada pembida, buang sahaja. Malah ketika dicadangkan harga asal 15,000 pound, dia sangat terkejut.
"Kami tumpang gembira kerana dia berjaya menjual cermin mata itu dengan harga yang sangat tinggi.
"Dia seorang lelaki yang sudah berusia dan mungkin melalui saat-saat sukar dalam tempoh beberapa bulan ini. Harapnya wang hasil jualan dapat membantunya," kata jurucakap, Andy Stowe, kepada The Hindustan Times.
Identiti pembeli tidak didedahkan, namun cermin mata itu kini dikhabarkan menjadi milik seorang lelaki dari Amerika Syarikat.
Astro Awani
Sun Aug 23 2020
Individu yang memiliki cermin mata itu meninggalkannya dalam sampul surat yang diserahkan kepada pelelong tempatan di Bristol, England. - Foto Instagram/East Bristol Auctions
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Lelaki cedera, rumah musnah dijilat api
Seorang lelaki cedera apabila rumahnya di Taman Rancha-Rancha Fasa 1 musnah dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi.
Cermin mata milik Mahathma Gandhi dijual pada harga RM1.4 juta
Individu yang memiliki cermin mata itu meninggalkannya dalam sampul surat yang diserahkan kepada pelelong tempatan di Bristol, England.