KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil maklum berkenaan nisbah jurutera dan populasinya yang kurang dalam negara termasuk melibatkan gaji permulaan yang rendah berbanding negara luar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengakui isu ini mungkin menjadi faktor utama kurangnya minat golongan muda untuk menceburi profesion berkenaan.
"Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) telah mewujudkan satu task force untuk mengkaji gaji pemulaan jurutera di Malaysia" katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian secara maya di majlis Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara Tahun (HPTN) 2022, hari ini.
BACA BERKENAAN DIARI 100 HARI KERAJAAN PERPADUAN
Nanta juga berkata, penekanan untuk memastikan profesion teknikal dalam negara disambut oleh orang muda cuba direalisasikan menerusi tema 'Mengungguli Teknologi Melonjak Pembangunan'.
"Penguasaan teknologi menjadi pemangkin kepada pembangunan dan modenisasi sesebuah negara. Golongan muda pula adalah pewaris untuk menerajui negara di masa hadapan.
"Oleh itu, adalah amat penting untuk kita memberi pendedahan berkaitan profesion teknikal kepada anak-anak muda demi meneruskan legasi dalam landskap pembangunan negara.
"Lantas, menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya maju dan membangun secara mapan dalam era Revolusi Industri 4.0," jelasnya.
Nanta berkata pemerkasaan Latihan dan Pendidikan untuk bidang Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu diperkukuhkan bagi menyediakan ekosistem yang positif untuk melahirkan pakar-pakar yang berkemahiran tinggi.
"Sehubungan itu, saya menyeru agar penggerak industri bersama-sama dengan kementerian dalam usaha untuk menggalakan TVET kepada semua lapisan mansyarakat.
"Usaha yang lebih agresif dan proaktif perlu direncanakan dengan melantk lebih ramai golongan profesion teknikal mengisi jawatan-jawatan strategik dan pembuat dasar di perkhidmatan awam.
"Syarikt-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga disarankan melibatkan kalangan profesional teknikal di dalam tadbir urus syarikat seperti AHli Lembaga Pengarah atau Ketua Pegawai Eksekutif." tambahnya lagi.
Irfan Faruqi
Tue Dec 20 2022

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata satu pasukan khas dibentuk untuk mengkaji gaji pemulaan jurutera di Malaysia - Foto fail/ Astro AWANI
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.

Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.

Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.

Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Tol percuma sempena Krismas
Tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

'Jangan tunggu viral' - JKR, syarikat konsesi diarah tingkat rondaan kenal pasti kerosakan jalan
JKR dan syarikat konsesi yang mengendalikan penyenggaraan jalan raya diingatkan meningkatkan frekuensi rondaan di jalan-jalan seliaan masing-masing.

NoFloods berpotensi jadi produk tebatan banjir yang berkesan - Nanta
Produk sepanjang 300 meter itu mula dipasang di Seksyen 6.30 Jalan Persekutuan FT189 di Jerteh dari 1 Okt lepas hingga 31 Mac 2025.

PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.