SUNGAI PETANI: Kedudukan gaji penjawat awam pada masa ini dilihat tidak mampu menampung beban perbelanjaan, susulan peningkatan kos sara hidup yang semakin ketara kini, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat.
Beliau berkata, justeru langkah menaikkan gaji penjawat awam wajar dilaksanakan segera tanpa perlu menunggu pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
"Walaupun kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyatakan sistem ini mungkin siap penghujung tahun ini namun bagi CUEPACS, sama ada siap atau tidak, ia adalah perkara yang baik. Tetapi kami mahu kenaikan gaji penjawat awam dinaikkan lebih awal.
Ini kerana ramai dalam kalangan penjawat awam yang tidak lagi mampu menghadapi kos sara hidup yang tinggi ketika ini berbanding kedudukan gaji semasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bersama Penjawat Awam Negeri Kedah Tahun 2024 di Dewan Kenangan Sultan Abdul Hamid, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di sini, hari ini.
Menurutnya, CUEPACS amat berharap agar peningkatan itu dapat dilaksanakan lebih awal tanpa perlu menunggu SSPA siap sepenuhnya.
"Apa yang kami cadangkan ialah kenaikan RM300 dan ia akan diselaraskan semula apabila SSPA siap kelak.
Jika kerajaan tidak mampu, CUEPACS akan tetap meneruskan tuntutan. Mungkin bukan dalam bentuk gaji sebaliknya dalam bentuk elaun khas sistem saraan dan elaun ini akan ditutup apabila sistem siap dan pelarasan gaji diumumkan oleh kerajaan," katanya.
Menurut Adnan lagi setakat ini kesemua tuntutan yang dikemukakan CUEPACS dipandang secara serius oleh kerajaan.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menyebut agar penjawat awam mendapat pulangan yang baik dan diberi gaji yang lebih adil dengan pekerjaan mereka.
Semua tuntutan CUEPACS dipertimbangkan oleh kerajaan, mungkin sedikit terlewat dari segi pelaksanaan sistem saraan ini, maka disebabkan itu kami minta kenaikan gaji dibuat lebih awal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2024

Adnan (depan, kanan) ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Bersama Penjawat Awam Negeri Kedah Tahun 2024 di Dewan Kenangan Sultan Abdul Hamid, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) hari ini. -Bernama

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.

Penjawat awam diingatkan jangan tambah hutang baharu - Cuepacs
Cuepacs mengingatkan ahlinya agar tidak menambah hutang baharu sejurus menerima kenaikan gaji pertama Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuatkuasa hari ini.

Belanjawan 2025: Cuepacs seru penjawat awam tingkat komitmen perbaiki sistem penyampaian
Penjawat awam diharap memberi komitmen penuh dalam memastikan iltizam kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Penubuhan badan berkanun bertindih peranan perlu dikawal - Cuepacs
Penubuhan badan berkanun yang menyebabkan pertindihan fungsi perlu dikawal segera, apatah lagi jika diwujudkan semata-mata untuk meletakkan 'orang politik' dalam badan tersebut.

Henti budaya fitnah, hormat institusi perkhidmatan awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa penggiat media sosial supaya tidak membuat tuduhan palsu dan tidak berasas mengenai institusi perkhidmatan awam hingga memberi gambaran tidak baik kepada penjawatnya.

Pelarasan gaji: Kerajaan hargai pengorbanan, dedikasi penjawat awam - Cuepacs
Penjawat awam berasa dihargai apabila kerajaan melakukan pelarasan gaji melalui pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Amalan tatakelola baik penjawat awam mampu tingkat mutu perkhidmatan - Cuepacs
Usaha berterusan dalam meningkatkan tatakelola itu juga mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan institusi awam.

Cuepacs seru penjawat awam tingkatkan prestasi, selari kenaikan gaji
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyeru penjawat awam supaya sentiasa memberikan komitmen tinggi dan meningkatkan prestasi kerja selari dengan kenaikan gaji.

Ketua jabatan laku kesalahan jika tak ambil tindakan terhadap pegawai terlibat rasuah, salah laku
Ketua jabatan yang tidak mengambil tindakan terhadap pegawai terlibat dengan salah laku dan rasuah boleh dianggap melakukan kesalahan.