JERANTUT: Sebanyak 15 buah keluarga Orang Asli di Kampung Orang Asli Yong dekat Kuala Tahan di sini berdepan detik cemas selepas seekor gajah jantan bertindak agresif menceroboh kawasan tempat tinggal penduduk di sini pada awal pagi Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, haiwan liar itu menolak dan menggoncang rumah penduduk menggunakan belalai menyebabkan penduduk terdiri suku Bateq bertempiaran menyelamatkan diri.
Seorang penduduk, Cangap Jusoh, 27, memberitahu, kejadian berlaku ketika kebanyakan penduduk sedang tidur.
"Ketika hampir melelapkan mata, tiba-tiba pondok kayu beratap bertam tempat tinggal saya mula bergoncang dan terdengar bunyi banyak benda yang jatuh ke lantai.
"Saya bergegas bangkit dan meluru ke arah dapur, rupa-rupanya seekor gajah jantan sedang menolak dan menggoncang dinding dengan belalainya untuk cuba masuk mendapatkan makanan," katanya lagi.
Melihat kejadian itu, Cangap memberitahu dia segera keluar dari rumah menyelamatkan diri ke tempat selamat sambil menjerit meminta jirannya bangun.
Tomok Ardi, 27, pula berkata, keadaan bertukar kelam-kabut apabila terdengar jeritan penduduk mengenai kehadiran gajah tersebut.
"Tiada ada jalan lain yang selamat, kami cuma berlari ke arah pinggir Sungai Tembeling dan berkumpul di kawasan lapang berdekatan tebing sungai sambil berwaspada kalau-kalau haiwan liar ini mengejar kami.
"Kami berjaga hingga ke pagi dan setelah hari siang barulah kembali semula ke kawasan kediaman dan mendapati beberapa buah pondok kayu tempat tinggal roboh dan barang makanan berselerak di tanah," jelas Tomok lagi.
Dalam pada itu, Tomok mendakwa, kejadian pencerobohan haiwan liar itu sudah berlaku lima kali sejak awal tahun ini.
"Namun kali ini antara yang paling dahsyat kerana melibatkan kerosakan pondok tempat tinggal dan makanan seperti beras," katanya.
Sementara itu, Penyelaras Nature Lifeguard, sukarelawan di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Tahan, Roslan Abu Kassim memberitahu, kejadian pencerobohan gajah liar di perkampungan Orang Asli kerap kali berlaku sebelum ini.
Ujar Roslan, namun sejak kebelakangan ini, haiwan liar itu semakin agresif turut memusnahkan pondok tempat tinggal dan makanan.
"Dalam tempoh seminggu, ancaman gajah liar ini turut melibatkan penempatan Orang Asli Kampung Dedari, Kampung Yong, Kampung Teresek dan kelmarin cuba menceroboh Kampung Tabung tetapi tidak dapat masuk kerana berjaya dihalau penduduk.
"Kita berharap Jabatan Perlindungan Hidupan liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat memberikan kerjasama menangkap dan memindahkan haiwan liar itu ke pusat santuari di tempat lain untuk mengelakkan ancaman terhadap tempat tinggal, harta benda dan nyawa penduduk," kata beliau.
Sebelum ini, seorang wanita Orang Asli maut dipijak gajah di Kampung Simoi Baru Pos Betau dekat Kuala Lipis di sini pada awal pagi Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Wak Angkat Yok Tong, 39, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 09 2022

(Gambar kiri) Tempat tinggal yang roboh akibat tindakan gajah jantan menceroboh Kampung Orang Asli Yong dekat Kuala Tahan pada Rabu. (Gambar kanan) Penduduk mengutip beras yang bertaburan akibat kejadian tersebut. -Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Buaya di UniSZA kena tangkap
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.

Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.

Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.

Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.

APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.

Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.