Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menyaran agar subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dijadikan mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia.
Presidennya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Kementerian Pendidikan perlu mengkaji saranan itu bagi melahirkan modal insan yang berilmu dan dilengkapi nilai moral serta beretika.
"Gagasan berpendapat sudah sampai masanya Kementerian Pendidikan menggubal semula subjek pendidikan Islam dan moral bagi murid bukan Islam agar generasi muda dilengkapi dengan nilai-nilai itu," katanya.
Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan ketujuh di sini hari ini yang disertai 147 perwakilan dari seluruh negara.
Selain itu, beliau berharap kerajaan dapat mengembalikan semula martabat tulisan jawi yang dilihat semakin terpinggir disebabkan 'kegopohan kita mengejar menjadi negara maju'.
Fadillah berkata tulisan jawi merupakan elemen keunikan dan keistimewaan masyarakat Melayu serta mempunyai nilai sentimental dan identifikasi yang erat terhadap martabat jati diri Melayu.
"Apabila masyarakat Malaysia mula menggunakan tulisan rumi secara rasmi pada 1963, secara tidak langsung tulisan jawi mula dipinggirkan. Bertitik tolak daripada itu, tulisan jawi tidak lagi dilihat penting sebagai tulisan bahasa Melayu.
"Pengajaran jawi di sekolah tidak lagi ditekankan. Menjadi kewajipan angggota Gagasan utnuk memupuk semula rasa cintakan tulisan jawi khasnya kepada generasi muda bagi mengelakkan tulisan jawi daripada menjadi bahan sejarah di muzium semata-mata," katanya.
Fadillah seterusnya membangkitkan saranan Gagasan agar kerajaan menubuhkan makmal integrasi nasional khusus untuk mengkaji program yang dapat meningkatkan integrasi antara masyarakat Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Gagasan berpendapat kewujudan makmal ini akan menjadi platform terbaik bagi menggubal formula melahirkan bangsa Malaysia yang progresif dan berjati diri Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2017

Semua pihak perlu menghimpunkan input demi melahirkan modal insan yang berilmu dan dilengkapi nilai moral serta beretika. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PRU15: Pembangkang Sarawak lancar GAGASAN bagi lawan GPS
Gagasan Rakyat Sarawak (GAGASAN) melibatkan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) dan Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR)

Gagasan Keluarga Malaysia bukan retorik - PM
Gagasan Keluarga Malaysia diilhamkan kerajaan mengetengahkan inspirasi sebuah keluarga bukan retorik atau slogan semata-mata, kata Perdana Menteri.

PN, BN dan GPS perlu bermuafakat, wujudkan satu gagasan besar - Hamzah Zainudin
Hamzah berkata gagasan itu dilihat perlu bagi mengekalkan permuafakatan politik ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 kelak

Lebih separuh calon PRN Sabah hilang deposit
DUN Bengkoka menyaksikan paling ramai calon hilang wang deposit apabila lapan calon memperoleh kurang daripada satu per lapan daripada undian keseluruhan.

Gagasan mahu Pendidikan Islam, Moral jadi subjek wajib lulus SPM
Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menyaran agar subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dijadikan mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia.