Murid cemerlang dan lemah perlu diasingkan bagi mengelak tahap perkembangan pelajar terjejas, kata Prof Datuk Raduan Che Rose.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN) itu menegaskan jurang pendidikan yang berbeza di negara ini akan menyukarkan penerimaan dalam kalangan murid, terutama tahap satu.
"Pelaksanaan pengasingan kelas sebelum ini bukannya ada arahan atau apa-apa. Cuma ia sebagai satu amalan untuk memudahkan guru membimbing murid ikut prestasi akademik masing-masing.
"Di Malaysia, ada yang masuk tahun satu belum kenal huruf, manakala ada pula yang sudah pandai membaca dan mengira.
"Kalau kita lambakkan semua sekali gus semua pelajar dalam satu kelas tetapi tahap pencapaian mereka sangat berbeza, ini menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
"Yang paling pandai dan yang paling lemah perlu diasingkan, sekali gus perlu ada cara serta amalan yang sesuai untuk dilaksanakan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.
BACA: Apa guna gabung kelas tapi 40 murid satu kelas? - PAGE
BACA: Gabung kelas: 'Takkan nak biar murid melompat?' - Luahan guru terbeban
Malah, beliau mempersoal tujuan utama Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan penghentian pengasingan kelas mengikut prestasi akademik murid.
"Penggabungan kelas ini, apa yang kita nak sebenarnya? Bila kita tidak mengadakan pengasingan ini, kita mengandaikan semua pelajar-pelajar mempunyai taraf pencapaian akademik yang sama.
"Salah satu syarat mesti ada guru terlatih kerana mereka perlu melakukan penilaian di peringkat sekolah," katanya.
BACA: Kerajaan takut wujudkan sekolah satu aliran - MPN
Mengambil contoh di Finland, Raduan berkata guru-guru di negara itu mempunyai sarjana pendidikan (pedagogi).
Justeru, beliau berharap supaya pelaksanaan penggabungan kelas tanpa menilai prestasi akademik murid diteliti bagi mengelak murid terus tercicir tanpa sistem perkhidmatan perguruan yang inklusif.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Dec 31 2017

RADUAN: Murid cemerlang dan lemah perlu diasingkan bagi mengelak tahap perkembangan pelajar terjejas. -Foto Facebook Raduan Che Rose

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Gabung kelas: Ingat semua darjah satu pandai baca, kira? - MPN
Murid cemerlang dan lemah perlu diasingkan bagi mengelak tahap perkembangan pelajar terjejas, kata Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose.

Gabung kelas: 'Takkan nak biar murid melompat?' - Luahan guru terbeban
Cuba bayangkan bila saya tengah fokus mengajar murid yang lemah, takkan saya nak biarkan murid yang cemerlang melompat dalam kelas. Mesti saya kena bagi modul pengayaan kepada murid cemerlang.

Kecilkan jumlah murid, elak proses PDP dalam kelas terjejas - NUTP
Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata, pengecilan kuantiti murid dalam kelas perlu dilakukan bagi membolehkan guru memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran (PDP).